Monday, March 26, 2012

Apa Erti Hudud dan Apa Erti Hudud dilaksanakan?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.

Akhiaq-akhiaq ni banyak diperkatakan tentang hudud (sebenaqnya lama dah Cuma isu ni dibangkitkan ikut keadaan), PAS kata nak buat hudud awat tak buat di Kelantan, Najib dan Muhyiddin pulak menyambung kata-kata keramat Mahathir iaitu Hudud TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN di Malaysia, dan sebagainya.

Benda yang kita perlu tau dahulu ialah Apa itu Hudud, dari mana ia datang, apa bentuk-bentuk nya, apa bidang hukumannya, apa contoh-contoh perlaksanaannya, apa kesan perlaksanaan dan apa kesan tidak melaksanakan hudud.

1.       Apa itu Hudud
Hudud adalah jamaq daripada perkataan Had. Apa dia Had? Batasan, perenggan, borderline, atau dalam bahasa lebih senang pehe, undang-undang lah. Semua arahan atau batasan yang ditentukan Allah SWT di dalam Al-Quran menyebut bahawa mereka yang merujuk selain dari hukum Allah SWT berada di dalam KESESATAN YANG NYATA. Ni bukan ana cakap tapi Allah SWT cakap. Ok? So apa yang susah sangat nak faham hudud ni? Tuhan Maha Pencipta, semua benda Dia cipta, dia tau la segala mak nenek akar umbi dan yang mana dijadikan panduan untuk manusia macam kita. Appara. Itu pun tak leh nak percaya dan ikut, memang jahil sungguh lah ummat kita ni.

2.       Dari mana ia datang
Dah diterangkan di atas. Hukum Hudud adalah ciptaan Allah SWT, bukan ciptaan Nabi SAW, khalifah-khalifah mahupun ulamak-ulamak atau pun tuan guru-tuan guru. Ia adalah ciptaan dan arahan Allah SWT, Pencipta Sekalian Alam. Bila Tuhan itu Pencipta Sekalian Alam, segala selok belok alam Dia tau, sebab Dia yang buat. Setiap titisan hujan yang turun ke bumi Allah SWT tau apa isi di dalamnya, berapa banyak titisan hujan, individu-individu titisan hujan terbabit. Sebab Dia yang buat. Jumlah daun yang berguguran di seluruh dunia pada setiap saat dan detik. Dia Tau. Sebab Dia buat. Nak persoalkan apa lagi?

3.       Bentuk-bentuk Hukum Allah SWT
Terbahagi kepada Dua dari Al-Quran dan satu sebagai Ta`zil. Hudud terbahagi kepada enam hukum, dan Qisas secara timbal-balik hukuman. Manakala Ta`zil mengikut kesesuaian sekiranya tiada terdapat di dalam hukum Hudud dan Qisas.

4.       Bidang-bidang hukum Allah SWT
a.       Hukum Hudud
                                                              i.      Hukuman bagi yg Berzina
                                                            ii.      Hukuman bagi yg menuduh orang berzina
                                                          iii.      Hukuman bagi pencuri (mengambil hak orang lain secara tersembunyi)
                                                           iv.      Hukuman bagi perompak (mengambil hak orang lain secara berdepan)
                                                             v.      Hukuman peminum arak
                                                           vi.      Hukuman bagi orang murtad (keluar dari Islam).
b.      Hukum Qisas
                                                              i.      Bunuh dibalas bunuh
                                                            ii.      Simbah asid dibalas simbah asid (perumpamaan untuk senang faham)
c.       Hukum Ta`zil
Hukum yang digunakan berdasarkan kesesuaian JIKA tidak terdapat di dalam HUKUM HUDUD DAN QISAS.

5.       Contoh-contoh Perlaksanaan Hudud
Terdapat 2 kes terkenal di Zaman Rasulullah SAW (ada lagi yang lain, tetapi dua ini yang terkenal).

a.       Kes Zina Maiz bin Malik RA
Diriwayatkan bahawa Maiz RA pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk membuat pengakuan (revelation). Maka setelah bertemu Nabi SAW, Maiz pun berkata:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali kedua.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling lagi sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali ketiga.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Sebelum Maiz RA ingin bertanya Nabi SAW buat kali keempat, Saidina Abu Bakar RA telah menyuruhnya pulang. Namun Maiz RA tetap mahu meneruskan pertanyaan, seraya bertanya:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Kemudian Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya bercium sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya meraba sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, tahukah kamu apa erti Zina?”
Jawap Maiz, “Tahu ya Rasulullah”.( Zina dari segi fiqahnya dikira kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam kemaluan perempuan, ada pendapat mengatakan hanya apabila seluruh kepala ashafah [kepala kote la] di masukkan ke dalam kemaluan wanita barulah dikira berzina). Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi:
“Wahai Maiz, apakah kamu berada dalam keadaan gila ketika melakukan zina tersebut?”
Jawap Maiz RA “Tidak ya Rasulullah SAW saya berada di dalam keadaan waras”.
Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Pulanglah kamu dan bertaubatlah, semoga Allah SWT mengampunkan kamu”. Motif Rasulullah SAW ini kerana disebabkan perbuatan tersebut hanya diketahui oleh beliau sendiri dan Allah SWT, bukan diketahui umum.
Namun Maiz RA tetap bertegas: “ Ya Rasulullah, selagi saya tidak dijatuhkan hukuman saya akan sentiasa berperasaan saya berdosa”.
Maka Nabi SAW pun mengarah Maiz RA direjam mengikut hukum Allah SWT. Ketika peristiwa rejam itu di lakukan, ada diantara sahabat yang mengutuk Maiz RA dengan kesalahannya, lantas Nabi SAW bersabda (Riwayat Ibnu Abbas RA):
“Janganlah kamu berkata yang demikian, ketahuilah bahawa aku Nampak Maiz berenang-renang di sebuah sungai di syurga”.

b.      Kes Zina Wanita Ghamidiah
Serupa juga lebih kurang kes Maiz RA di atas, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang perempuan Ghamidiah yang mengandung, meminta Nabi SAW mengadili perbuatan salahnya. Rasulullah SAW menyuruhnya pulang sehingga lah bayi itu lahir. Kemudian wanita tersebut datang kembali setelah kandungan tersebut di lahirkan. Rasulullah SAW sekali lagi menyuruhnya pulang sehingga bayi tersebut “kenyang dengan susuan”. Setelah 2 Tahun kemudian wanita tersebut kembali lagi menemui Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan wanita tersebut menyerahkan budak tersebut kepada siapa-siapa yang mampu menyaranya, barulah kembali datang kepada Nabi SAW. Setelah selesai menyerahkan anaknya kepada yang mampu menyaranya, baru wanita itu kembali kepada Nabi SAW, dan baru lah selepas itu Nabi SAW mengarahkan sahabat merejam wanita tersebut. Sama juga, ketika itu diberitakan Khalid Al-Walid RA mengutuk perbuatan wanita tersebut, lantas Nabi SAW berkata: “Wahai Khalid, jagalah mulut kamu, kerana sesungguhnya sekiranya Taubat wanita ini diterima Allah SWT maka tertolaklah perbuatannya itu”. Darah memercik selepas rejaman itu dan terkena pada Khalid RA.

c.       Rumusan dari contoh Rasulullah SAW
Kita dapat lihat dengan terang, betapa dalam melaksanakan hukum Allah SWT, Nabi SAW memastikan dengan jelas dan terang dahulu kebenaran tuntutan pesalah atau pendakwa, bahkan disunatkan penghakim meragu-ragukan dahulu si pesalah sebelum menjatuhkan hukum, seperti yang kita dapat lihat ada kes Maiz RA. Bahkan Nabi SAW menyuruh Maiz pulang supaya bertaubat, kerana yang mengetahui kes tersebut hanya beliau dan Allah SWT, bukan diketahui umum. Sama juga kesnya dengan wanita Ghamidiah, tujuan Nabi SAW menyuruhnya pulang agar peristiwa itu dapat ditamatkan dengan taubat dan pengampunan dari Allah SAW kerana ia tidak diketahui umum. Begitu berat Baginda SAW untuk menjatuhkan hukum, bukan senang-senang macam hakim-hakim la ni. Dalam kedua-dua kes ni, dapat dilihat yang Nabi SAW tak pun bertanya atau memanggil pasangan si pesalah tersebut. Tak pun Nabi SAW bertanya Maiz RA siapakah pasangan nya dan Wanita Ghamidiah tersebut siapakah pasangannya. Itu zaman Nabi SAW. 10 tahun baginda SAW memerintah hanya 2 kes ini saja la yang terkenal dan mungkin juga berlaku. Terdapat juga kes jenayah lain tetapi amat minimum. Itulah kesan perlaksanaan hukum Allah SWT. Ada pendapat cakap hanya ENAM kes jenayah saja ketika pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. Dan untuk statistic, kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan Raja Abdul Aziz yang memerintah selama 24 tahun, mencatat kes jenayah terendah rekod mereka (bukan termasuk Nabi SAW), iaitu hanya 16 kes sepanjang 24 tahun. Bermakna 1 kes dalam masa 1 setengah tahun. Kita? Setiap 5 minit pun entah2 dah ada kecurian, rogol di seluruh Negara.

6.       Kesan Perlaksanaan Hudud
Senang saja nak cakap bab ni, semuanya berbalik kepada ketakutan kita kepada Allah SWT, ketaatan kita kepada Allah SWT. Apa yang kita nak jajakan tentang masyarakat majmuk lah, tak sesuwei di Negara kita lah, apa perasaan cina india lah, apa la masalah kita nak persoai semua benda ni? Sebab tu ummat Islam makin lama makin jahil. Sebab Apa makin jahil? Sebab tak takut Allah SWT, tak terasa keWujudan Allah SWT, tak terasa Allah SWT itu Al-`Alim (Maha Mengetahui). Awat Allah SWT tak tau ka Malaysia ni bermasyarakat majmuk? Awat Allah SWT tak tau ka yang perbezaan agama di Malaysia ni? SEMUA DIA BUAT, SEMUA ATURAN DIA. Dia tau la apa yang sesuai untuk kawai ciptaan Dia. Mai mangkaq2 yang dok kata hudud ni primitive, tak sesuai, ni semua makhluk2 yang tak takut dengan Allah SWT, tak reti nak bersyukur, tak sedaq keWujudan Allah SWT di mana-mana. Dia ingat dia berkuasa di Malaysia Tuhan tak berkuasa? Tuhan kata “Kun Fayakunnn” habih camtu ja kita ni. Mangkaq2 ni jangan kata hudud ni primitive, ada yang siap kata rekaan ahli fikah lagi. Apa hukum kata macam ni? Jatuh aqidah. Atau bahasa sedap sikit Murtad. Kena mengucap lain. Apa kesan dia kalau buat hudud? Kurang la jenayah, aman la Negara. Contoh terbaik, Arab Saudi. Depa, kalau azan waktu semayang dah dengaq, tinggai kedai apa buta ja, mana grill kunci apa teruih bergegas p masjid semayang. Sapa yang tak p semayang tu la yang nak kena bawak p balai. Nampak? Sifat Takutkan Allah SWT tu dah menyelubungi hati rakyat Arab Saudi umumnya. Perempuan nak berjalan seorang diri di waktu malam, mana ada perasaan takut kena ragut ka apa. Sebab apa? Sebab semua takutkan Allah SWT untuk melakukan kesalahan. Kita? Cuba soal diri sendiri dan tgk Negara kita macamana dah la.

7.       Kesan tidak melaksanakan hudud
Ini pun senang. Jenayah semakin bertambah, Tanya diri anda sendiri dengan keadaan Negara kita hari ini. Culik, rogol, rompak, curi, ragut, semua ni dah sinonim dengan kehidupan seharian. Kita nak tinggai rumah, kadang-kadang terlupa kunci rumah pun sanggup patah balik, takut apa? Paham2 ja la kan. Kes Mawi kena ragut, kes nurin jazlin kena rogol, semua tu. Apa jadi kat kes2 ni? Tlepaih lagu tu ja? Mana keadilan? Tanya diri kita sendiri, rasa selamat ka tinggai dalam Negara la ni? Berani? Anda memang best la kalau kata Negara kita selamat la ni. Tempeleng wanita untuk anda. Jauh panggang dari api statistic  jenayah Negara kita dengan arab Saudi. Tu pun nak bangga kununnya Negara selamat. Nak selamat macamana, institusi keselamatan macam Polis yang sepatutnya menjaga rakyat, sebalik nya membuli rakyat? Polis, tuan-tuan ingat sikit na, gaji anda, gaji menteri-menteri, gaji perdana menteri dibayar oleh KAMI SEMUA YAKNI RAKYAT! ANDA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEAMANAN KAMI BUKAN MENINDAS KAMI! DUIT ANDA BAGI MAKAN ANAK BERANAK TU KAMI YANG BAYAQ! Mana p kes altantuya? Mana p kes sirul dan azilah? Mana p kes adik sharinnie? Mana p ? Kes teo beng hock? Kerja hangpa menjaga rakyat bukan menjaga menteri dan perdana menteri sekalipun. TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!




Cukupla takat ni saya cakap bab ni. Kalau ada yang masih tak paham, sama ada anda tak terang hati, kurang cerdik, atau pun kaldey saja la.

Perlu diingat, kepada yang dok mengata kerajaan PAS Kelantan tak melaksanakan lagi hudud tu, macamana depa nak laksana dah depa bukan ada kuasa mutlak, disekat oleh kerajaan PUSAT.

Perlu diingat, ada tiga faktor yang memainkan peranan dalam membolehkan Hukum Islam dilaksanakan. Yang pertama mestilah ada Tanah (Negeri, Negara), yang kedua ada RAKYAT, dan yang ketiga ada kuasa Mutlak terhadap tanah dan rakyat tadi. Macamana kerajaan Kelantan nak laksana dah tengkok dipegang oleh Kerajaan Pusat? Bajet pun disekat. Apa cerita? Sudah-sudah la hangpa oi.

Sama jugak dengan kes kununnya PAS nak dipijak kepala oleh DAP. Apa yang depa nak pijak kepala? Depa bukan gaduh ikut pun hukum Islam. Cuma perlu hormat saja, dan dalam kes ni memang DAP menyatakan pendirian menghormati hukum Islam bagi ummat Islam, seperti yang dinyatakan oleh pemimpin mereka Karpal singh, Lim Guan Eng, V Sivakumar dan sebagainya.

Kerana apa hukum Islam untuk orang Islam saja? Kerana berbalik kepada Aqidah lah. Kalau Aqidah pun depa dah tolak Islam, memang terang lah di akhirat kelak di mana bakai mereka berakhiaq. So hukum Islam untuk orang Islam kerana ketaatan dan keimanan serta kepatuhan kita kepada Allah SWT akan menjadi ukuran. Utk kap alif fa ro memang tau dah depa kat mana sebab aqidah pun dah lari.

Apa masalah dengan pakatan rakyat yang disertai PAS, PKR dan DAP? Senang saja, kepentingan umum iaitu Tahaluf Siasi. PAS tetap berpegang dengan menegakkan hukum Islam, DAP menegakkan hak asasi kemanusiaan dan PKR bertindak sebagai penjana kesatu paduan antara semua. Apa masalahnya? PAS tetap memperjuangkan Islam, tak pernah runtuh pun. Sapa yang dok melutut bila MCA melenting? Bukan ka alip mim nun wau, sarkis?

Firman Allah SWT : Janganlah kamu berkata yang tidak elok melainkan kamu dizalimi.

Di Malaysia Islam dizalimi. Islam dihina. Islam dicerca. Islam dipandang rendah. Oleh pemerintah sendiri. Oleh sesetengah umat Islam sendiri.

Wajiblah bagi saya dan anda menentang mereka yang menolak hukum Allah SWT. Termasuklah mengkritik serta menukilkan kezaliman mereka.

Jangan berkata lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain, kerana saya memandang dari sudut terang terangan bahawa mereka menolak Allah SWT, maka wajib bagi saya dan anda yang tahu bahawa Islam dihina oleh pmimpin negara ini sendiri, menyatakan kebenaran dan menyatakan yg kezaliman di malaysia ini perlu dijatuhkan.

Saya dan anda juga tidak terlepas dr melakukan dosa, tetapi apabila terang terangan Islam dihina, dicaci, di underestimate, wajib bagi saya dan anda menentang mereka yg menyatakan sedemikian.

Dalam konteks ini, sudah banyak pemimpin negara kita yg beragama Islam menolak hukum Islam. Iaitu Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Ini bukan politik tp kenyataan sebenar. Mereka menolak Islam. Jatuh hukum mereka menyatakan sedemikian adalah sama terpalit terhadap mereka yg menyokong pemimpin2 ini.

Maka fikirkanlah dan ubahlah kepada pemimpin yg berusaha menegakkan Islam. Ada, bukan tak ada. Ketepikan unsur kepartian dan fikirkan unsur kehidupan sebagai seorang Islam. Jangan kerana taboo terhadap warna hijau anda sanggup mengenepikan aqidah anda.

Sumber utama
Forum "Relevankah Hudud di Malaysia" 14 November 2011, Masjid Al-Ibtisam TTDI Jaya
Oleh Ustat Hadi Talhah, Ustat Nazmi Abdul Karim dan Ustat Idris Ahmad.

Sunday, March 25, 2012

Boleh Land? Perompak Land ada la..


Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera buat semua.

Kita kata kita boleh. Malaysia Boleh. Sampai tahap orang kita melabelkan atau mengatakan yang Malaysia ini "Boleh Land".
Jika kau fikirkan kau boleh, engkau boleh melakukan. Boleh ka?

Saya tak mau sembang banyak tentang benda yang malaysia dah buat yang sememangnya boleh buat, sebab banyak benda lagi yang malaysia
boleh buat tapi tak buat-buat dan jugak claim kata TAK BOLEH BUAT.

1. Hudud - tak boleh buat?
2. Mansuh Tol - tak boleh buat?
3. Mansuh PTPTN - tak boleh buat?
4. Turun harga minyak - tak boleh buat?
5. Pelajar berdemo - tak boleh buat?
6. Pakai baju BERSIH - tak boleh buat?


Analisis Terbalik.
Sebaliknya pulak,
benda yang sepatutnya ditidak bolehkan, boleh pulak dilakukan di malaysia. Ini bicara keadilan sesebuah kerajaan lah, bukan masalah
dengan peribadi sesiapa atau pun mana-mana pihak.

1. Menteri tak payah bayaq tol - boleh pulak?
2. Menteri tak payah bayaq minyak - boleh pulak?
3. Pelajar menyatakan terang-terangan sokongan terhadap UMNO - boleh pulak?
4. AP kereta luar hanya diberikan kepada kroni2- boleh pulak
5. Hiduplah berjimat, tetapi majlis pertunangan anak perdana menteri sampai 400k - boleh pulak?
6. Soft loan kepada menteri berfaedah 2%, tapi rakyat nak beli kereta pun 3-5% - boleh pulak?
7. Bekas menteri didapati bersalah seleweng wang berjuta, hukuman setahun, tapi orang biasa curi shampu penjara 4 tahun - boleh pulak?
8. Imam biasa terguna duit zakat terlebih dahulu kemudian membayar semula, dihukum 3 tahun penjara, menteri zakat guna dulu tapi tak bayar lagi, hukuman setahun - boleh pula?
9. Kelab UMNO luar negara (disertai student) boleh berpolitik, rakyat menyatakan sokongan terangan kepada PR tidak boleh berpolitik, ditarik biasiswa - boleh pulak?
10. Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri terbukti telah terlibat dalam banyak skandal, tetapi masih memerintah negara tanpa sebarang dakwa - boleh pulak?
11. Menteri yang sudah tertangkap basah kerana berkhalwat, hubungan seks pun masih boleh memerintah - boleh pulak?
12. Media utama negara hanya bias pada sebelah pihak - boleh pulak?
13. Pihak pembangkang tak boleh guna tempat public seperti sekolah, masjid, surau untuk bercerita politik, tapi kerajaan boleh - boleh pulak?
14. Kalau menulis artikel atau buku atau menerbitkan apa2 yang menyatakan pendirian berlawanan kerajaan, kena ban, kena gam, tapi kalau sokong kerajaan tak kena gam - boleh pulak?
15. Pekerja sektor awam tidak boleh menyokong pembangkang, sokong kerajaan takpa - boleh pulak?
16. ...


Nombor Satu: Hudud - tak boleh buat?
Apa alasan utama golongan pemerintah ni kata Hudud tak boleh buat?
A) Malaysia berbilang kaum - tak sesuwei
B) Hudud khas untuk golongan zaman dulu saja - macam nabi SAW tak bercukur janggut, zaman dulu mana ada Gillette (Mahathir kata)
C) Hudud ketinggalan zaman
D) Hudud akan memundurkan orang Islam - bila kena potong tangan, macamana nak bersaing dengan bukan Islam?
E) Hudud undang-undang primitif (Mahathir kata)

Malaysia berbilang kaum macamana pun, whats to do with Hudud? Hudud adalah untuk orang Islam, WAJIB bagi orang Islam melaksanakan dan mematuhi undang-undang hudud.
Orang bukan Islam nak takut apa? So tang mana tak relevannya hudud ni? Sebab apa pemerintah takut nak laksana hudud?

Hudud khas untuk golongan zaman dulu saja? Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk sapa? Apa yang Nabi SAW tinggalkan kat ummat selepas
kewafatan Baginda SAW? Al-Quran dan As-sunnah kan? Hudud ni mai dari mana? Ada kat mana? Time maulud Nabi SAW bukan main sambut,
selawat beribu kali tanda cintakan Rasulullah SAW (baguih la), tapi tang suruhan, arahan Allah SAW melalui Nabi SAW iaitu Al-Quran
dan As-Sunnah tak mau terima, siap tolak. Apa hukum menolak Nabi SAW, justeru menolak Allah SAW? Kap Fa Ro.

Hudud ketinggalan zaman? Primitif? Macamana pulak primitif? potong tangan primitif? rejam primitif? Saya pernah berbual dengan seorang bukan Islam di kilang saya.
Kami berbicara mengenai fitrah manusia. Saya kata kat dia, "Apa perasaan hang 'kalau' anak hang kena rogol?" Dia jawab, "Gila apa, aku cari orang tu pehtu bunuh la. Rogol ni bukan boleh recover balik dah. sekali pecah habih la".
Saya balas balik, "So makna kata hang nak bunuh, nanti hang pulak kena dakwa membunuh. tak bleh gak." Dia plak tanya, "habih tu takkan nak nganga ja? jenuh la lagu tu."
Saya kata lagi, "Tu la gunanya hudud, untuk pengetahuan hang, walaupun ni untuk orang Islam saja, just untuk bagi hang info, hudud ni dia buat hukuman berdasarkan penyiasatan. kita tak mau ada pihak yang mempunyai perasaan tidak adil,
dalam masa yang sama kita buat penyiasatan yang menyeluruh sebelum menjatuhkan satu-satu hukuman. hukuman rejam sampai mati, sebatan tu semua sebenaqnya nak mengadilkan pihak yang bersalah dan tidak bersalah.
So si pesalah pun dihukum dengan cara betul, yang tak bersalah pun diadili dengan cara yang betui. Hang pun tak yah risau nak p bunuh dia, melalui penyiasatan menyeluruh akan ada jaminan keadilan dalam tu."
Dia pun kata, "betui jugak no". Dalam masa yang sama, hukuman-hukuman ni bukannya terus direct dijatuhkan salah mana-mana pihak. siasat dulu adakah betui ka tidak.

Hudud memundurkan orang Islam? Apa pulak memundurkan. Dengan berdirinya Hudud, maka akhlak dan perlakuan rakyat akan menjadi lebih bersih, terjaga dan terpelihara. Walaupun hakikatnya pada permulaan,
mungkin orang akan nampak yang takutnya rakyat untuk berbuat salah kerana undang-undang, tetapi akhirnya rakyat akan akur yang ianya adalah undang-undang Allah SWT, maka
kita wajib Takut kepada NYA. so apa yang nak mundurnya? Bila kita takut untuk berbuat salah kerana Allah SWT, sebenaqnya kita akan semakin bersyukur kepada NYA. itulah Sifat Allah SWT yang Wujud.
Kita tak nampak Allah SWT tapi kita meyakini kehadiran Allah SWT melalui aqidah kita. kan baguih kita takut kepada Allah SWT? Sebagai contoh kita takut untuk meninggalkan sembahyang kerana Takut kepada Allah SWT.
Kan baguih? Kan Maha Mulia undang-undang Allah SWT? mundur apa undang-undang Allah SWT pun Allah SWT yang buat, pemikiran kita pun Allah SWT yang buat dan tentukan.

Perlaksanaan Hudud dilaksanakan di Arab Saudi. BOLEH SAJA PUN? Hudud ni nampak saja pada faktor curi dan zina, tetapi sebenaqnya mempengaruhi kesemua kehidupan kita.
Banyak contoh yang boleh kita tengok kat saudi arabia ni.

1) Indeks jenayah Arab saudi - terendah di dunia - hasil dari hudud. Ada media barat termasuk media kita yang kongkang melaporkan yang Arab Saudi menduduki tangga ke 101 negara teraman dunia.
Teraman yang bagaimana? percaya kita takat media barat saja kah?

2) Supermarket di arab saudi. Ada supermarket untuk lelaki sahaja, ada supermarket utk perempuan sahaja, ada supermarket untuk keluarga sahaja. Ada supermarket utk pakai wanita yang hanya wanita saja boleh masuk.

Apa kebaikan melakukan benda ni? Meminimumkan fitnah, mengurangkan budaya tidak elok dan nafsu lelaki serta wanita. Awat depa boleh buat? Awat kita tak boleh buat? Benda ni secara tak langsung adalah salah satu dari
hikmah melaksanakan hudud.

3) Perlaksanaan penghukuman jenayah - dilakukan live di televisyen - atas kebenaran keluarga masing-masing - untuk pengajaran kepada semua. bukannya kantoi curi or anything terus buat hukuman. penyiasatan dijalankan. dan yang lebih manis, pasukan medic jugak turut bersiap sedia sama dalam merawat para pesalah selepas dihukum - sebagai contoh kantoi mencuri - potong tangan - terus dirawat oleh geng medik ni. bukan kena tinggai buta ja

Ini semua adalah hikmah terlaksananya hudud, maka jenayah akan berkurangan, rasuah akan berkurangan (rasuah pun kira jenayah jugak laaa).

Apa masalahnya melaksanakan hudud? bukankah ia membawa lebih kesedaran supaya takutkan Allah SWT? Bukankah itu lebih baik?

Tamat kisah Hudud.

Nombor Dua: Mansuh Tol - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa tol tidak boleh dimansuhkan?
A) Maintenance

Tu saja?
Boleh terima, tapi masalahnya berapa actual kutipan vs bajet diperlukan untuk memaintainkan serta membayar gaji pekerja etc?
Bajet yang digunakan untuk membina lebuhraya utara selatan adalah sebanyak 6.8 billion ringgit.
Setakat 5 tahun pertama kutipan tol PLUS, 22.3 billion ringgit. takkan lah maintenance lagi mahai dari bajet pembinaan? ridikiulus!

Masih mau kutip tol untuk apa? anda pikiaq sendiri ya. gaji pekerja kalau seorang pekerja gaji 10000 pun, kalau pekerja dia ada 3000 pun tak habih lagi duit untung 5 tahun pertama PLUS.

La dah brapa lama Tol PLUS? kui naik pulak tu rate? Apa yang tak boleh mansuhnya?

Tamat kisah Tol

Nombor Tiga: Mansuh PTPTN - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa PTPTN tidak boleh dimansuhkan?
A) Rakyat kena bersyukur dengan pemerintah, salah satu sebab menghargai pemerintah ialah membayar balik pinjaman yang diberikan sebagai tanda terima kasih.

Err, hasil bumi di negara ni pemerintah punya ka? Err, bumi ni sapa punya? pemerintah punya ka Allah SWT?
Pemimpin dunia ini hanya diberikan amanah oleh Allah SWT MENGURUSKAN Hal ehwal di dunia. MENGURUSKAN bukan bererti memiliki.

Banyak hasil bumi kurniaan Allah SWT di bumi Malaysia ni. Keuntungan hasil bumi ni p mana? buleh kat sapa?

Malaysia ni sebenaqnya negara yang kaya dengan hasil bumi. Tak boleh ka ambil hasil dari hasil bumi tersebut untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada rakyat?

Kenapa nak mintak bayaq balik? Keuntungan petronas berpurata 90 billion ringgit. ambik 1 billion pun rasa2 dah lupus dah hutang semua pelajar yang terikat dengan PTPTN.

Hasil daripada benda ni, orang yang tamat mengaji belum dapat kerja tapi hutang sudah start dikutip? tak zalim ka?

Apa masalah bagi pendidikan percuma kat rakyat? negara lain buleh, awat kita tak buleh?

Tamat kisah PTPTN

Nombor Empat: Turunkan harga minyak - tak boleh buat?

Apa alasan utama pemerintah bahawa harga minyak tak boleh diturunkan?
A) Harga minyak mesti selaras dengan harga minyak dunia, malah malaysia antara terendah kalau dibandingkan banyak lagi negara.

Kes ni sama macam PTPTN kat ataih la. Amik keuntungan hasil bumi negara, contoh 10 billion, turunkan harga minyak. Masih lagi untung 80 billion. UNTUNG.

apa masalahnya untuk turunkan harga minyak? mana p semua duit ni? bandingkan dengan negara bukan pengeluar, memang la murah lagi malaysia ni. negara pengeluar semuanya harga minyak mereka rendah. Malaysia saja tidak. kan malaysia boleh?

Tamat kisah Minyak

Nombor Lima: Pelajar Berdemo - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa pelajar tidak boleh berdemo?
A) Pelajar belajar sudah la
B) Politik merencatkan proses pembelajaran

Err..kalau pelajar cuma belajar, tak mengamalkan apa yang dipelajari, tak berkembang la pemikiran..lagi merencatkan la. Pelajar berdemo bukan nak berperang, mereka cuma menuntut hak-hak mereka sebagai seorang pelajar, dalam masa yang sama mengambil berat hal ehwal negara, sebab mereka pun rakyat malaysia, dah dewasa, dah boleh mengundi dah pun, apa sebab nak halang mereka berdemo atau berpolitik? semua ni tak heran la, sebab prinsip machiavelli ala mahathir yang takutkan kebenaran itu tertegak.

kalau depa berdemo apa yang menyusahkan orang lain? bukannya depa buat rusuhan? depa cuma tuntut hak mereka tidak dinafikan, itu saja.

Di negara2 maju tak ada istilah pelajar tak boleh berdemo atau berpolitik ni. malah di negara2 ini pelajar lah antara yang paling aktif berpolitik. pelajar adalah generasi masa depan pemerintahan,
memang depa wajib diberi pendedahan serta ambik tau isu berkaitan negara. kalau institusi pengadilan negara tidak adil, sapa boleh senang duduk? atas dasar tanggungjawab la kita berreaktif terhadap
perkara2 seperti ini.

Apa masalah nya?

Tamat kisah Pelajar berdemo

Nombor enam:Pakai baju BERSIH - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa Baju BERSIH tak boleh dipakai?
A) Unsur menghasut

Tu saja?
Menghasut apa? pada baju BERSIH tersebut hanya ada tuntutan utama rakyat dalam memastikan pilihanraya berlaku adil.
Apa yang nak ditakutkan? apa unsur hasutan yang terdapat dalam tuntutan tersebut? rakyat berhak apa untuk menuntut pilihanraya yang bersih? rakyat tadak hak ka?
Dah terbukti dalam banyak pilihanraya yang sistem pilihanraya malaysia adalah sangat vulnerable kepada penipuan, terutamanya
UNDI POS.

So apa nak ditakutkan dengan sehelai baju berwarna kuning?

Tamat kisah Baju BERSIH.


So daripada penilaian semua hal di atas ni, saya simpuikan satu ja, PEMERINTAH KITA TAKUT DENGAN KEBENARAN KERANA APABILA KEBENARAN TERTEGAK MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MENGAUT KEUNTUNGAN HASIL BUMI YANG SEPATUTNYA
MENJADI MILIK RAKYAT UNTUK DIKONGSI BERSAMA, MAKA MEREKA TIDAK BULEH LA NAK ENJOI LAGI. SEPERTI KATA MAHATHIR, "AKU PUN NAK ENJOI HIGH END PUNYA CARS". HABIH TU RAKYAT TAK MAU?

Analisis Terbalik pulak.

1. Menteri tak payah bayaq tol - boleh pulak? - apa kelebihan menteri berbanding rakyat? kalau menteri saran rakyat berjimat, menteri pun kena rasa susah macam rakyat dan berjimat macam rakyat. ni semua free, macamana?
2. Menteri tak payah bayaq minyak - boleh pulak? - sama seperti di atas, takpayah sembang deraih, sendiri rasa susah dulu baru bicara pasai bab jimat.
3. Pelajar menyatakan terang-terangan sokongan terhadap UMNO - boleh pulak? - kalau umno boleh, pasepa PAS tak boleh? pasepa PR tak boleh? kena adil la. kalau tak boleh katakan tidak pada semua. jangan berat sebelah sebab nampak sangat bezanya.
4. AP kereta luar hanya diberikan kepada kroni2- boleh pulak - kenapa rakyat negara lain boleh menikmati kehebatan kereta luaq tanpa perlu buat loan yang besaq macam kat malaysia? jawap soalan ini dah cukup. duty masuk malaysia apa tak boleh bayaq ka? pasepa camry kat indonesia berharga senilai rm60k sahaja, kat malaysia 150k? jawap2.
5. Hiduplah berjimat, tetapi majlis pertunangan anak perdana menteri sampai 400k - boleh pulak?- suruh rakyat berwasatiyyah, sndri jimat hapa kalau tunang saja pun dah 400k. tu belum kompem kawin tu. kena laki tu men pompuan len. duit sapa jugak yang rugi? pemerintah hapa macam ni. ikat bata pun fail.
6. Soft loan kepada menteri berfaedah 2%, tapi rakyat nak beli kereta pun 3-5% - boleh pulak? - macam kes tol dan minyak, apa kelebihan menteri2, kroni2 umno berbanding rakyat lain? sama taraf rakyat jugak. kena bagi sama la.
7. Bekas menteri didapati bersalah seleweng wang berjuta, hukuman setahun, tapi orang biasa curi shampu penjara 4 tahun - boleh pulak? - ini jelas ketidak adilan sistem kehakiman yang terangan berat sebelah.
8. Imam biasa terguna duit zakat terlebih dahulu kemudian membayar semula, dihukum 3 tahun penjara, menteri zakat guna dulu tapi tak bayar lagi, hukuman setahun - boleh pula? - sama seperti di atas.
9. Kelab UMNO luar negara (disertai student) boleh berpolitik, rakyat menyatakan sokongan terangan kepada PR tidak boleh berpolitik, ditarik biasiswa - boleh pulak? - kalau student sokong umno boleh berpolitik, apa salah student PR? depa pun rakyat malaysia. kalau tak bagi jangan bagi dua dua teruih. kalau bagi kena bagi semua lah. baru adil.
10. Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri terbukti telah terlibat dalam banyak skandal, tetapi masih memerintah negara tanpa sebarang dakwa - boleh pulak? - ni petunjuk akhir zaman oleh Nabi SAW - pemimpin zalim diangkat, pemimpin alim ditolak. malaysia bukan takat pemimpin alim ditolak, Allah SWT pun ditolak. jenuh macamana Tuhan tak bagi bala?
11. Menteri yang sudah tertangkap basah kerana berkhalwat, hubungan seks pun masih boleh memerintah - boleh pulak? - sama seperti di atas
12. Media utama negara hanya bias pada sebelah pihak - boleh pulak? - malaysia ja media berat sebelah. di negara lain media adil untuk semua pihak. so nampak dak?
13. Pihak pembangkang tak boleh guna tempat public seperti sekolah, masjid, surau untuk bercerita politik, tapi kerajaan boleh - boleh pulak? - kalau tak bagi jangan bagi semua, kalau bagi benarkan semua, jangan berat sebelah
14. Kalau menulis artikel atau buku atau menerbitkan apa2 yang menyatakan pendirian berlawanan kerajaan, kena ban, kena gam, tapi kalau sokong kerajaan tak kena gam - boleh pulak? - ni hak rakyat dinafikan..macam ni punya pemimpin pun nak sanjung lagi?
15. Pekerja sektor awam tidak boleh menyokong pembangkang, sokong kerajaan takpa - boleh pulak? - pekerja kerajaan pun berhak menentukan siapa yang patut memerintah, mereka tak boleh bias kepada satu pihak. kalau bias tu tandanya takut kepada pemimpin tapi tak ikut akai. Takut kat pemimpin lagi takut kat Allah SWT. sedaqla yang kita akan disoal esok.
16. ...


Semua ni satu ja sebab dia.
Sebab Malaysia kita diperintah oleh PEROMPAK.

Sapa kepala Perompak?
Mahathir Mohamad Iskandar Kutty

Sapa timbalan kepala Perompak?
Daim Zainuddin
Syed Mokhtar Al bukhary
Rafidah Aziz
Vincent Tan
Robert Kuok
Ananda Krishnan

Siapa perompak senior?
Sama seperti di atas

Siapa perompak junior?
Najib dan Rosmah
Jamil Khir
Shahrizat
(Pasepa depa junior - sebab kantoi buat jahat, tak pro, tu pun lepaih jugak..boleh laa..)

ramai lagi lah. ni ingat-ingat lupa ja.

Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar dijatuhkan rejim perompak ni supaya rakyat boleh menikmati semua hasil negara yang dah lama tertangguh.

Wednesday, March 21, 2012

SPM: Penentu kejayaan Masa Depan?


Kepada adik-adik yang baru lepaih amik result SPM:

1) Ada yang berjaya SPM, berjaya Metrik/Dip, berjaya U, berjaya dlm kerjaya, berjaya dlm hidup -> ini Perfect, sangat sedikit.

2) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, berjaya u, berjaya dlm kerjaya, gagal dlm hidup -> ini termasuk cara hidup, amalan, agak ramai

3) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, berjaya u, gagal dlm kerjaya, gagal dlm hidup -> ini sangat ramai

4) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, gagal u, gagal kerjaya, gagal hidup -> ini kadang-kadang

5) Ada yang berjaya SPM, gagal metrik/dip, masuk u buat benda lain dari bidang, in the end masuk kerjaya lain -> PALING RAMAI

Walau bagaimanapun,

A) Ada yang gagal SPM, masuk kolej komuniti/poli/dip di mana2 berjaya, berjaya masuk u, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam hidup -> ini jugak perfect, jugak sedikit

B) Ada yang gagal SPM, masuk kolej komuniti/poli/dip di mana2 berjaya, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam hidup -> ini jugak almost perfect, dan ramai dah membuktikannya.


Dan jugak,

A) Ada yang gagal SPM, tak masuk u, tak masuk poli, tak masuk kolej komuniti, tetapi berjaya dalam kerjaya dan hidup.

B) Ada yang gagal SPM, tak masuk u, tak masuk poli, tak masuk kolej komnuniti, gagal dalam hidup


Ingat, SPM hanya penentuan tahap kefahaman sahaja. Yang penting selepas itu bagaimana anda mengatur dan fokus kehidupan anda.Oleh itu jangan terasa down dan buatlah pilihan yang tepat kerana anda mampu mengubahnya.

Kejayaan bukan diukur melalui:

1) Kerja dengan kerajaan: Semua orang boleh kerja kerajaan. boleh naik melalui credit, merit dan jugak kabel (ini ramai jugak)


2) Kerja dengan syarikat besar: Ini semua orang pun boleh pulun. melalui credit boleh melalui kabel pun boleh (ramaiii)


3) Belajar universiti besar: masuk universiti besar pun tak guna kalau buat bidang yang bukan pilihan. (ramai)


4) Kerja bergaji besar: belum tentu menentukan anda seorang yang berjaya. boleh jadi bidang kerja tersebut berisiko jadi gaji diberi besar.


5) Kekayaan: Ada jalan yang benar untuk mencari kekayaan, namun ramai yang mencari kekayaan melalui jalan yang salah dewasa ini..paling ketara ialah rasuah, kronism, bersikap bias dan kabel..

Kejayaan sebenarnya ialah bagaimana anda mengatur dan memperjalankan kehidupan anda secara teratur dan sesuai mengikut kehendak anda dan yang paling penting, tidak lari dari landasan yang ditetapkan oleh Agama.

Carilah rezeki yang halal dan jalan yang halal untuk berjaya.

Kejayaan juga boleh terbentuk melalui reaktif anda terhadap satu-satu situasi, contoh terbaik selepas mendapat result SPM lah.

Apa yang anda nak buat? Apakah jalan seterusnya untuk anda?

Saya mempunyai ramai contoh rakan yang berjaya walaupun bukan melalui keputusan SPM yang cemerlang. Ada yang tadak A pun boleh berjaya, Ada yang siap Fail SPM pun boleh berjaya.
Ada jugak sebaliknya. Cemerlang SPM tetapi gagal seterusnya di fasa-fasa mendatang.

So aturlah kehidupan anda, fikirkanlah boleh dan fikirlah ke depan. jangan terasa gundah dengan benda yang dah berlalu.

Dalam masa yang sama, yang berjaya cemerlang, Tahniah tetapi jangan dibuai kejayaan tersebut berlebih-lebihan, Kerana INGAT, di kala anda semua bersukacita, ada yang akan terlena dibuai mimpi indah, di saat itulah yang lain sedang meningkatkan diri mengatasi anda.. Anda hanya gembira takat tu saja la..

Ada Apa Dengan Melayu? Menjunjung Kerih atau Al-Quran?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Melayu, Melayu, Melayu.
Dari dulu sampai ke la, sikit-sikit melayu. Sikit-sikit melayu. Sana melayu. Sini melayu. Situ melayu. Sinun pun Melayu. Apa yang hebat sangat melayu ni? Tang mana gahnya melayu ni? Ada tulih dalam Al-Quran ka bangsa melayu ni? Ketuanan Melayu? Apa benda?

Tahukah anda, Melayu ini berhasil dari campuran pelbagai genetic bertahun-tahun? Dah lama daaaah. In the end semuanya berasai dari genetik Nabi Nuh AS. Nabi Nuh AS pulak mai dari Nabi Adam AS jugak. Semua mai dari benih yang sama.

Penyakit RACISM ni sebenaqnya mai dari SAPA? SAPA? Cuba teka. Adakah:
A)     Melayu sendiri
B)      Cina sendiri
C)      India sendiri
D)     Org putih sendiri
E)      Yahudi
F)      Arab
G)     Afrika
H)     Filipino
I)        Japanese
J)       Korean
K)      Mongolian

Yaa betui. YAHUDI. Kenapa Yahudi? Pasepa yahudi? Awat yahudi?

Melayu ni populasi seluruh dunia agak-agak berapa? Nak banding dengan umat Islam? Nak banding dengan Yahudi?

Mengikut kajian yang dibuat oleh sebuah buku, MENGAPA YAHUDI BERPRESTASI,
"Populasi Umat Islam sedunia: 1.5 billion orang
Populasi Yahudi sedunia: 14 juta orang.
Nisbah 1:107. Seorang yahudi: 107 muslim.

Sepatutnya umat Islam lebih maju kehadapan dengan numbers ini. Tapi kerana HUBBUN DUNYA, dan KARAHIYATUL MAUT, umat Islam dibuai angan angan kosong, malas dan tidak mahu tingkatkan kualiti diri.

Disebabkan faktor inilah, tak heran la umat Islam ramai tapi x mampu memberi warna kepada peradaban. KEKAYAAN SUMBER DAYA ALAM HANYA DIKUASAI DAN DINIKMATI OLEH PEMBESAR, RAJA ATAU SEGELINTIR BANGSAWAN UNTUK MENIKMATI KESERONOKAN FANA DAN MENINGKATKAN BUIH-BUIH KEHIDUPAN" - Dipetik dr buku MENGAPA YAHUDI BERPRESTASI.

Inilah yang dihadapi oleh Malaysia sejak sekian lama. Dan satu lagi faktornya, ialah:
"Golongan yang kuat menjadi tuan dan golongan yang lemah menjadi suruhan. Golongan yang lemah ini pulak merasa bangga apabila menjadi sebahagian dari golongan kuat yg berpengaruh. Golongan yg dijajah merasa moden ketika mengikut penjajah. Adat dan agama sendiri dianggap sebagai belenggu kemajuan. Agar kelihatan lebih moden dan mengikut trend semasa, ramai dikalangan masyarakat yg berfikiran sempit ini berusaha meniru cara budaya golongan mereka yg kuat dengan harapan mereka akan setanding dengan golongan kuat itu." Dipetik dr buku MENGAPA YAHUDI BERPRESTASI.

Dan ada lagi satu. Paling penting.
"Yahudi menganggap mereka adalah bangsa pilihan Tuhan (the chosen one). Ajaran Talmud telah melahirkan "manusia paling rasialis(bersikap perkauman) tetapi berorganisasi"."


So perjuangan bangsa ni tak lain tak bukan adalah ajaran Yahudi. Propaganda ni dah dibawak oleh Yahudi sejak sekian lama.

Buang la sikap hidup melayu, melayu sepakat, ketuanan melayu apa bala tu. Junjung kerih tak bawak makna apa, junjung Al-Quran besaq maqnanya disisi Allah SWT. Insap la Mahathir dan penyokong mahathir...sama2 kita bersatu sebagai Islam.

Di mana Melayu dalam cerita di atas? Tiada. Tetapi sikap racism itu, ataupun perjuangan perkauman, jelas dah memang mai pun dari Yahudi, dan diserapkan kepada semua bangsa bukan Yahudi terutama nya Islam supaya ummat Islam terpesong dari Islam sendiri, mementingkan semangat kebangsaan, sedangkan semangat KeIslaman saja sebenaqnya sudah cukup untuk memajukan sesebuah peradaban dunia.

Dan yang paling penting, dalam konteks seperti di atas, Yahudi membuat sedemikian rupa untuk memajukan bangsa mereka, iaitu bangsa Yahudi, menjaga keamanan, keselamatan, kemajuan dan sebagainya.

UMNO? Adakah mereka melakukan sedemikian rupa? Membela nasib melayu, menjaga ketuanan melayu, memajukan melayu? Ada ka? CLAIM buat memang la ada, tapi hakikatnya tak buat pun.
So kesimpulannya, UMNO ni lagi teruk dari yahudi, dan boleh dikatakan perancangan Yahudi ni Berjaya lebih dari target asai dia la, sebab dah la ummat tak terjaga, pehtu pakat dok pesong dari Islam habih.

So, baliklah kita ke jalan yang benar, jalan yang haq, bersatulah kita kerana Islam. Tiada makna apa kebangsaan di sisi Allah SWT.

Menjunjung Keris tiada Makna di sisi Allah SWT, Menjunjung Al-Quran tinggi darjatnya disisi Allah SWT.

Wednesday, March 14, 2012

Apabila Al-Quran sudah hanya menjadi sebuah Kitab


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau saya tulis di sini mengenai pemimpin Malaysia, mesti orang akan kata politik. Kalau saya tulis pasai isu yang melanda pemimpin Malaysia, mesti orang akan kata politik. Kalau saya tulis pasal Islam dan kaitkan dengan pemimpin Malaysia,  mesti orang akan kata politik jugak.


MEMANG BETUI! Memang politik pun. Tapi pahamkah anda yang politik itu termasuk di dalam kehidupan, dan kehidupan itu adalah Islam?


Terbaru satu kenyataan berani yang dilakukan oleh seorang pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang menyatakan terang-terangan, bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadikan Agama untuk menarik pengikut, dan menyamakan beliau dengan Ayah Pin. Tambahan lagi, dia mengarah atau memberi proposal supaya TGNA mengikut jejak langkah Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan (sebenarnya tamat tempoh, bukannya letak jawatan pun). Apa kejadahnya semua ni? Semakin lama dilihat semakin bengong orang Malaysia kita ni.


Kenapa pulak TGNA ‘menggunakan’ agama sebagai mempengaruhi atau menarik pengikut? Cakap biaq berlapik cik Farahana oi. Islam bukan digunakan untuk politik, malah politik itu sendiri termasuk di dalam Islam. Islam tidak dipolitikkan. Walhal beliau mengajak, atau dalam makna yang lebih jelas, berdakwah supaya Islam disanjung, Islam sebagai sebuah kehidupan, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan terbaik, Islam sebagai penyelamat dan penyelesaian segala hal ehwal kehidupan! Apa kena mengena dengan Ayah Pin?! Paling menyedihkan ialah apabila orang yang mengaku Islam sendiri boleh berkata sedemikian rupa. Ini tak lain tak bukan adalah kerana kepentingan diri dan takut untuk membongkarkan kebenaran, takut dengan orang atasan yang memerintah. Ini makna dia apa? Takut kepada  pemerintah yang menolak Islam, bererti sudah tidak TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Apa hukum tidak Takut kepada Allah SWT? Takut kepada orang lain? Syirik lah kan. Bawak2 mengucap la cik Farahana oi. Lain kali kaji dulu betui2. Hang nak kritik TGNA hang tu macamana? Boleh lawan ka amalan TGNA dengan hang? Amalan Shahrizat, boleh lawan ka dengan TGNA? Bukan kita nak pertikai amalan masing-masing tapi hal ni dah mengaitkan keperibadian TGNA, perjuangan dia.

Kita semua sedia maklum, TGNA perintah Kelantan dah 20 tahun, tak pernah ada satu kes dan skandal pun yang beliau terkancah atau terlibat. Macamana nak terlibat? Tengoklah peribadi dia macamana. Kehidupan seharian dia bagaimana. Nak compare dengan shahrizat? Mereng gamakknya Farahana ni. Ayah Pin apatah lagi, ajaran sesat teruih, lagi la amalan tah ke mana, akidah dah lari dah. TGNA bukan nabi dan bukan rasul, tetapi beliau menyanjung, mengikut dan mengamalkan semaksima mungkin cara Nabi Muhammad SAW. Hanya Allah SWT yang tau, tapi dari keperibadian beliau terserlah yang beliau cuba sedaya upaya menyahut seruan Nabi SAW, baik dari segi kehidupan seharian atau pun pemerintahan sekalipun. Sapa hang (Farahana) nak kata lagu tu?

Sebenaqnya kalau kita kaji balik apa punca si Farahana ni buat declaration macam tu? Senang saja, tak lain tak bukan adalah strategi nak memulihkan kembali reputasi yang telah tercalar. Banyak benda berkait yang boleh difahamkan di sini.
1)      Shahrizat menyatakan beliau tidak terlibat langsung dalam kes NFC
a.       Tak terlibat tetapi suami dan anak terlibat. Betuikah Shahrizat tidak terlibat? Wallahualam


2)      Shahrizat membuat pengumuman beliau akan meletak jawatan 8 april 2012
a.       Walhal beliau tamat kontrak
b.      Kalau betui nak rasa tanggungjawab kenapa tak letak jawatan serta merta?
c.       Kalau betui rasa tanggungjawab kenapa tak letak semua jawatan yang disandang?
Kenapa masih nak rasa ada kepentingan?


3)      Muhyiddin, Najib keluaq statement pengunduran Shahrizat satu pengorbanan besar buat Negara
a.       Apa yang hebat sangat ? Bukannya dia (suami dan anak2 dia) pulangkan pun RM250 juta?
b.      Kalau beliau berasa tanggungjawab dan berkorban besar, kenapa mula-mula bila di interview beliau kata beliau tadak terlibat langsung dengan NFC? Kenapa tiba2 pulun nak undur diri? Paksa saja la suami dan anak2 bayar balik?

4)      Farahana Jamaluddin keluaq statement TGNA sama saja macam Ayah Pin, dan sepatutnya tiru pengunduran Shahrizat.
a.       Apa kaitan TGNA dalam kes ni? Tadak kena mengena kan?
b.      Apa kaitan Ayah Pin dalam kes ni? Tadak kena mengena kan?

Nampak dak kaitan di atas? Ini semua adalah STRATEGI UNTUK MEMULIHKAN SEMULA IMEJ YANG DAH BERLUMOQ TAIK! SEBAB ITU LA SANGGUP MENGHINA KESUCIAN ISLAM DAN PERJUANGAN ULAMAK!


Lepas ni tak yah heran la kalau lepas Kak Jatt kita berundoq, Kes ini takkan lagi dibincangkan lagi dalam parlimen, dan kemudian bila ditanya akan dijawab “sedang dalam penyiasatan”, sampai kesut la tadak apa dan last skali akhirnya tutup kes. Nganga ja kita semua duit rakyat 250 juta lesap, itu semua duit yang kita bayaq income tax dan EPF. Silap haribulan depa dok enjoi lagi duit tu ada la. Dah tu, NAK SOKONG LAGI KEPIMPINAN ZALIM MACAM NI?


Sebelum ni saya dah ceritakan kisah bagaimana Nabi SAW memilih pemimpin, tak kira lah pemimpin pasukan tentera kah pemimpin apa pun, Baginda SAW akan memilih yang paling tinggi menyanjung Al-Quran. Apa maknanya? Yang menghafal mengamal mengajar Al-Quran paling tinggi.


La ni saya nak bawak kisah Nabi SAW sendiri pulak. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA (Ibnu Abbas), ketika itu beliau masih kecil, Rasulullah SAW datang melawat rumahnya. Ketika itu ditanya Ibu Ibnu Abbas adakah beliau sudah tidur, maka ibunya menjawab bahawa Ibnu Abbas RA sudahpun tidur. Maka Baginda SAW mendampingi Ibnu Abbas RA. Ibnu Abbas RA yang ketika itu masih sedar, melihat segala tindak tanduk Nabi SAW. Baginda menyebut nama Allah SWT berulang kali sebelum tidur. Begitulah jadinya setelah bangkit dari tidur, Nabi SAW menggesek kan matanya, kemudian membaca 2 ayat Al-Quran (saya tak ingat surah apa, kena check balik). Begitulah dia insan yang dah Dijamin Syurga, masih kuat mengingati Allah SWT. Itulah dia pemimpin yang menjulang Al-Quran. Kehidupan baginda adalah Islam dan Al-Quran.


Ada satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnu Yaman RA. Huzaifah Ibnu Yaman RA ini bolehla diiibaratkan sebagai setiausaha politik Nabi Muhammad SAW, bahkan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA juga menggunakan khidmat Huzaifah Ibnu Yaman RA. Apa istimewanya Huzaifah Ibnu Yaman RA ni? Ya, beliau telah dianugerahkan oleh Allah SWT ilmu kasyaf, iaitu ilmu imbasan/tilikan. Dikatakan bahawa Huzaifah Ibnu Yaman RA ini, dengan melihat muka kita sahaja, beliau sudah tahu bagaimana peribadi kita. Beliau boleh tau keimanan kita, boleh tau amalan kita, dan sebagainya. Ini anugerah Allah SWT kepada Huzaifah Ibnu Yaman RA. Sehingga dikatakan ketika di zaman Saidina Abu Bakar RA, jika sesuatu jemputan sembahyang jenazah diberikan kepada beliau, beliau (Saidina Abu Bakar RA) akan bertanya dahulu, adakah Huzaifah Ibnu Yaman RA hadir? Jika hadir maka Saidina Abu Bakar RA akan hadir. Jika tidak hadir maka Saidina Abu Bakar RA jugak tidak akan hadir. Ini kerana melalui imbasan Huzaifah Ibnu Yaman RA sudah tahu bagaimana peribadi si mati. Huzaifah Ibnu Yaman dapat membezakan yang betui2 beriman dan yang munafiq.



Diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnu Yaman RA, pernah suatu ketika beliau turut sama menunaikan solat sunat di waktu malam (Qiamullail) bersama Nabi SAW. Pada rakaat yang pertama, Nabi SAW membaca surah Al-Baqarah. Ketika itu, Huzaifah RA berpendapat, mungkin Nabi SAW membaca beberapa ayat dari surah Al-Baqarah. Andaiannya tidak tepat, apabila Nabi SAW terus membacakan surah Al-baqarah. Kemudian beliau beranggapan mungkin Nabi SAW membaca hingga tamat juzu’ yang pertama sahaja. Anggapan beliau tidak tepat lagi, apabila Nabi SAW terus membaca lagi melangkaui juzu’ yang pertama. Seterusnya sampailah tamat surah Al-Baqarah. Tiga Juzu’ satu rakaat!



Tu tara Nabi Muhammad SAW yang DIJAMIN SYURGA oleh Allah SWT. Cuba bayangkan berapa lama kita baca quran surah Al-baqarah. Koman2 3 jam. Habih laju sejam setengah. Tu kalau kita baca sambil duduk. Cuba kalau kita baca sambil solat? Buleh tara tu? Nabi SAW kompom masuk syurga pun beramal macam tu. Kita jangan kata semayang sunat, semayang fardhu pun tibai QulhuAllah (Al-Ikhlas) dengan Inna A`toina (Al-Kauthar). Semoga kita lebih baca surah panjang2 sikit lepas ni.


Bila ditanya para sahabat, kenapa baginda masih kuat beramal, walaupun telah dijamin syurga? Baginda menjawab kerana Bersyukur Ke hadrat Allah SWT. Itulah jadinya kalau kita ikhlas beramal.


Kita kata kita sayang Nabi SAW, kita kata kita junjung Nabi SAW, kita kata agungkan Nabi SAW, kita kata kita sambut Maulud Nabi SAW. Tapi kita ikut ka apa yang Nabi SAW suruh dan Nabi SAW buat? Kita ni buat dah ka semua yang Nabi SAW buat sampai berani nak mempertikaikan ulama` (satgi ada pulak yang kata ulama` bukan maksum). TGNA tak pernah ada skandal, mengapa tiba-tiba nak babitkan beliau dengan kes Shahrizat? Shahrizat sudah terang suami, anak-anak beliau terlibat. Wallahualam kalau betui dia memang ZERO tak terlibat, tadak alasan pun untuk dia letak jawatan. Dia mempunyai kuasa untuk memaksa Suami dan Anak-anak dia PULANGKAN WANG2 tersebut. Ada dia buat? Tak buat kan? Pasepa? Pasai sangkut skali la kot..Wallahualam.kita tunggu saja perbicaraan. Tak di dunia, di akhirat sana ada lagi oi. Dan yang paling best, tamat kontrak tidak bererti meletakkan jawatan. Meletakkan jawatan sama ada serta merta atau pun berhenti sebelum tarikh tamat kontrak. Tamat kontrak kira tamat kontrak la, tidak disambung. Yang MEDIA MALAYSIA pun MANGKAQ nak putaqbelit pasepa? Ohh lupa, konsep Machiavelli, “bohong lama-lama akan jadi benar”.


Apabila seorang insan yang berjuang di jalan Allah, menegakkan Islam, berusaha menjunjung Al-Quran dan RasulNya, boleh dipertikaikan kununnya menggunakan Agama sebagai strategi politik, boleh diperkatakan sebegitu rupa, Sahlah memang mereka yang mempertikaikan ini menolak Islam, menolak Allah SWT, menolak Rasulullah SAW, menolak Al-Quran. Kembali lah ke jalan yang benar. Jangan takut kepada kuasa Dunia, Takutlah kepada kuasa Allah SWT.

Thursday, March 8, 2012

Maju atau Mundur?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.

Kehidupan kita seharian dewasa ini apa yang kita kejar, apa yang kita kecapi sebenaqnya. Apa yang kita nikmati sebenaqnya. Apa yang sepatutnya kita dapat. Apa yang sebenaqnya kita dapat. Apa yang selayaknya kita dapat. Dari diri kita sendiri, dari usaha kita sendiri, dari hasil titik peluh kita sendiri.

Namun setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Setiap orang mempunyai level pemikiran yang berbeza. Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza. Memang kita semua sama, makhluk Allah SWT. Tapi hakikatnya bagaimana tindakan kita, pemikiran kita serta kehidupan kita itulah yang menentukan bagaimana kita akan end up akhirnya.

Maju. Apakah definisi Maju. Sinonimnya Moden. Asalnya perkataan Madaan di dalam bahasa Arab bermaksud tamadun.

Maju istilahnya apa? Maju di mata kita apa? Maju hasil nya apa? Maju asalnya dari apa?
Sebenaqnya secara jujoqnya, ramai yang memandang, MAJU ini:
1)      KLCC
2)      KLIA
3)     F1 SEPANG
4)      LRT
5)     MonoREL
6)    Menara KL
7)    Eye on Malaysia
8)      Pavillion, Midvalley, Bukit Bintang
9)      Tesco, Giant
10) Mcdonalds, Pizza Hut, KFC
11)   Genting Highlands
12)  Berbangga Syed mokhtar Al bukhary jadi billionaire, berasa tercabar dengan kayanya Vincent tan, ananda Krishnan, Robert kuok dan sebagainya

Contoh terbaik orang kata, walau pun cara seloroh, orang kata kalau tempat tu ada TESCO, ada GIANT, ada McD,KFC,Pizza Hut, “uih dah maju no kulim, ada tesco!” itu hakikatnya walaupun berseloroh.
Betuikah pemikiran seperti ini mengenai MAJU?

Apakah sebenaqnya MAJU disisi Allah SWT? Adakah ada banyak wang? Adakah ada banyak bangunan Tinggi? Adakah ada banyak tesco dan giant? Adakah ada banyak kfc, pizza hut, mcdonalds?

Cuba kita korek balik la, habih ingat pun hat sikit-sikit pun jadi la. Al-Quran ni, dia dah siap ready semua dah, ahli saintis baru nak cari, baru nak jumpa. Ada betui? Tak betui? Betui? Sekecik-kecik semut pun nama dia ada dalam Al-Quran, sekecik-kecik kuman pun nama dia ada dalam quran, sebesaq-besaq matahari pun nama dia ada dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran ada tulis dah akhir zaman nak jadi lagu mana. Dalam Al-Quran ada tulis proses kejadian manusia macamana. Dalam Al-Quran ada tulis macamana nak mengubati orang yang sakit AIDS (biasanya golongan yang berzina lah kena AIDS ni), semua benda Al-Quran dah explain. Al-Quran jugak boleh menjadi ubat, tak kira lah ubat apa pun. (apa bukti hang? Cari sendiri lah, semua boleh baca quran kan, lain la kalau tak pandai baca quran, baca tafsir pun boleh jugak kan). Yang paling penting sekali, dalam Al-Quran, tak kira lah ayat apa pun, mesti akan ada tulis, darjat manusia di sisi Allah SWT. Apa yang Allah SWT nak manusia buat supaya mendapat rahmat dari Nya, mendapat hidayah Nya, mendapat anugerah tertinggi dari Nya.
Apa dia tu?

Macam2. Yang paling bertakwa akan dapat habuan dari Nya, yang paling beriman dan beramal soleh akan mendapat habuan dari Nya, yang menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar akan mendapat anugerahNya, yang paling tinggi darjatnya ialah mereka yang membaca, beramal dan menyebarkan Al-Quran, menegakkan Al-Quran, menjunjung Al-Quran dan mengGUNAkan Al-Quran. Pendekata p mai p mai semua Al-Quran. Macam saya kata awai2 tadi. Apa benda yang berkait dengan kehidupan yang Al-Quran tadak JAWAPAN? Macamana boleh tak dak jawapan sedangkan yang memberi kata-kata di dalam Al-Quran adalah Pencipta Alam ini? Alam ya, bukan bumi saja. Termasuk la bima sakti dan segalanya yang wujud dan ghaib.

Dan semua-semua darjat di atas, bukan Allah SWT bagi kat sebagai reward sahaja. Ia adalah satu tanggungjawab buat semua makhluk bernama manusia, dengan jaminan reward yang diberikan oleh Nya. Tanggungjawab tetap tanggungjawab, di anugerahkan dengan reward. Kita nak reward tapi tanggungjawab kita tak buat, macamana nak dapat reward?

Suatu ketika di zaman nabi SAW pernah suatu ketika Nabi SAW mahu mengirimkan satu pasukan tentera, tiba ketika di mana Nabi SAW ingin melantik kapten pasukan tentera tersebut. Apa kata Nabi SAW?

“Siapakah di antara kamu yang menghafaz Al-Quran?”

Tidak ada siapa yang mengangkat tangan. Kemudian Nabi SAW bertanya lagi:

“Siapakah di antara kamu yang menghafaz beberapa surah Al-Quran”

Kemudian salah seorang dari sahabat Nabi SAW mengangkat tangan lalu berkata: “Saya menghafal seluruh Surah Al-Baqarah ya Rasulullah”

Kata Nabi SAW “ Maka kamu lah yang akan memimpin pasukan ini”.

Ada lagi satu cerita mengenai betapa tingginya darjat orang yang dekat dengan Al-Quran disisi Rasulullah SAW, iaitu ketika pengebumian para syuhada Perang Uhud.

Ketika itu Nabi SAW bertanya kepada para sahabat: “Yang manakah di antara mereka yang menghafaz Al-Quran?”. Maka yang menghafaz Al-Quran dikebumikan terlebih dahulu.

Kita ni, kata ja rajin selawat ke atas Nabi SAW. Mai Maulud Nabi SAW sambut besar-besaran. Tapi yang Nabi SAW buat, yang Allah SWT dan Nabi SAW suruh buat, kita ambik sikit, tinggai banyak. Kita Ambik sikit-sikit, secopek secopek. Baca ayat Quran bila nak lalu jalan gelap (takut hantu!). Elok lagi 5 minit nak sampai rumah hilang la ayat Quran tadi. Quran takleh letak kat bawah, so letak la kat atas, sampai nak ambik pun tak sampai dah. Jadi la Quran itu Suci dalam Debu. Ya la Quran suci tapi berdebu sebab letak kat atas rak tak dak sapa ambik.
Berbalik kepada Maju, kita dah boleh Nampak dah kan apa dan bagaimana definisi manusia tertinggi di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Al-Quran sebagai kehidupan. Al-Quran sebagai panduan. Al-Quran sebagai penunjuk jalan. Mereka inilah golongan yang maju. Sapa kata ikut Islam tak maju. Kelantan tanpa sesen (sedet kata orang utara) pun saluran kerajaan pusat masih mampu mengurangkan dan mengclearkan deficit hutang. Adakah kita mau kata Kelantan mundur? Itulah kerajaan yang maju. Saya bukan berkata kerana nak bias dari segi politik. Saya bercakap kerana nilai2 Islam yang terdapat di kelate. Bagaimana pemimpin dia. Bukan masalah bias, tapi dah memang ini contoh terbaik yang ada.

KeMAJUan di mata sesetengah atau kebanyakan orang, hanya kerana dunia semata-mata? Bangunan tinggi seperti KLCC, apa yang anda dapat dengan berdiri megahnya KLCC tu? Dapat rasa megah saja la? Tu pun bukannya orang Malaysia buat, apatah lagi orang Islam. Nak bangga apanya? Kalau bangga pun dapat apa? Adakah hasil tourism yang berlaku di KLCC, satu Malaysia dapat rasa? Orang Baling, Kuala Ketil boleh rasa?

Adakah LRT di kuala lumpur, sebagai satu ‘kemajuan’, membawa faedah kepada orang cerok tokkun? Adakah ia memudahkan perjalanan orang kubang rotan?

Ada yang mampu ada yang tak mampu.

Ramai lagi di Malaysia ini yang nak membeli setong gas untuk memasak pun tidak mampu? Tanyalah diri anda sendiri jikalau benda ini sudah tidak ada.

Adakah dengan program BERSAMAMU itu menolong kesemua rakyat miskin di Negara ini? Atau hanya imbasan kononnya keprihatinan itu berlaku? Cuba pikiaq tengok. Pakcik2 makciks2 yang masuk dalam program BERSAMAMU itu. Apa depa dapat? Sekampit beraih? Baju raya? Songkok? Kain pelekat? Duit rm500? Duit rm1000? Tahan lama mana? Ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Inikah Negara Maju?

Di Australia, orang yang homeless mendapat elaun setiap bulan, sekitar AUD1000. Tangga gaji di Australia, seorang penyapu sampah, lihat betui2, PENYAPU SAMPAH, mempunyai gaji sekitar AUD2000. Ini adalah hakikat, bukan hentam keromo. Pemetik buah, atau pun fruit picker, diberi gaji berdasarkan berapa banyak buah yang boleh dipetik, selalunya mencapat AUD1000 seminggu. Sebulan? (Tp bergantung juga kepada musim buah). Bayangkanlah kalau yang bekerja di sector kerajaan, perkilangan dan sebagainya.

Jangan bila saya buat statement kat atas ni, orang kata plak “P la belah dari Negara ni, p duduk Negara lain apply kerakyatan Negara lain”. Ini orang jenih tak boleh pakai punya. Kita kritik untuk kebaikan, untuk improvement, bukan untuk kritik buta semata-mata. Apa punya orang macam ni pun tak tau.

Ini adalah sebenarnya kenyataan sebuah Negara maju. Australia adalah tempat yang saya berpeluang hidup di sana sekitar 5 tahun. Dan apa yang saya Nampak, terlalu langit dan bumi perbezaan antara Australia dan Malaysia. Dari segi kemajuan yang saya definisikan, telah saya terangkan di atas. Satu lagi contoh, di sana, kawalan harga minyak dikaji SETIAP HARI. By the way mereka bukan Negara pengeluar minyak ya. Katakan harga minyak mereka, aud2.00 seliter, jika keesokannya naik kepada sekian sekian amount, Rakyat sudah pun berdemo menyuruh PM mereka letak jawatan. Dan berdemo tanpa sekatan FRU, tanpa sekatan polis, tanpa ada orang yang komen seperti “hangpa dok berimpun buat pa bukan dapat apa pun”.

Hak rakyat tidak dinafikan. Kerana rakyat tidak puas hati, rakyat terus bersuara dan hasilnya, hari ini Kevin Rudd (PM ketika saya berada di sana) sudah pun digulingkan. Nampak? Hanya kerana tidak dapat mengawal harga minyak, tidak dapat mengawal inflasi, terus rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati, dan tiada pun sekatan dari mana-mana pihak. Malah media pun turut membuat penyiaran demo tersebut, membuat liputan live. Debat antara PM dan ketua pembangkang juga diadakan secara LIVE di TV tanpa ragu-ragu. Iklan pilihanraya menjadi BEBAS, kedua-dua belah pihak dibenarkan berkempen di dalam TV. Terserah kepada rakyat mahu memilih dan menilai pemimpin yang mana mampu membuat keputusan. Disinilah kuasa rakyat di Australia, sebuah Negara maju, dan Negara bukan ISLAM.

Kita, sebagai sebuah Negara Islam, sepatutnya kembali kepada Al-Quran. Pemimpin yang dipilih sepatutnya menjadikan Al-Quran sebagai kehidupan, bukan Al-Quran di atas rak, bukan Al-Quran apabila ucapan Hari Raya, bukan Al-Quran ketika ucapan Maal Hijrah, bukan Al-Quran ketika ucapan Maulud Nabi SAHAJA. Al-Quran sebagai kehidupan. Barulah pertolongan demi pertolongan Allah SWT akan sampai. Macam la ni punya pemimpin, mana tak ketinggalan? Indeks rasuah semakin menjunam, hutang Negara menghampiri 55.5% GDP (sekarang 54%), kadar tangga gaji rakyat 70% bawah rm3000 ( sama dengan USD900-1000, lagi rendah dari gaji seorang operator kilang di amerika),  and yet kita rakyat marhaein ni nak berasa bangga ada orang melayu macam Syed Mokhtar Al Bukhary jadi billionaire? Kita dapat apa? Dia beli Gardenia tolong rakyat? Beli Gula tolong rakyat? Yang dapat untung berkandaq kandaq adalah Syed Mokhtar Al Bukhary, bukannya rakyat Malaysia pun. Sama la kes ananda Krishnan, Vincent tan, Robert kuok dan paling utama, MAHATHIR. Bangga dengan depa2 ni adakah petanda Negara Malaysia Maju?

Sepatutnya, kemajuan sesebuah Negara itu perlu dinilai berdasarkan ekonomi rakyatnya. Biar jurang antara yang tertinggi dan yang terendah tidak jauh. Biar harga barang setara dengan kemampuan rakyat. Malaysia bukan Negara gersang tiada apa. Getah banyak, timah banyak, minyak ada, gula ada, emas ada, copper ada, beraih pun banyak, dan banyak lagi lah. Gunakan dengan sebaiknya dan dengan mengikut panduan Al-Quran. Timbang sukat tu kena betui. Ni pesawah tolak beraih kat bernas, berapa boleh dapat? Berapa sangat? Tu duk bangga lagi dengan syed mokhtar al bukhary beli Bernas? Thailand di mata ramai orang Nampak mundur. Mundur-mundur Thailand tak seinci jalan pun di sana memerlukan Tol. Jalan double lane pulak tu. Single ada double pun ada. Tak kena bayaq tol, sapa pun boleh pakai. Macam kami di kedah ni nak p KL pikiaq 5 kali gak la tara nak bajet duit tol tu dulu.

Biar Negara Nampak bangunan rendah tapi rakyat hidup sama rata. Banyak cara boleh dilakukan untuk memajukan Negara, antara paling ketara ialah majukan pendapatan rakyat. Nilai prestasi berdasarkan merit bukan kabel, bukan kroni. Indeks rasuah pun dah setaraf Negara seperti Zambia, nak claim Negara maju.
Apa yang Litar F1 Sepang bagi kat kita? Apa yang Eye on Malaysia bagi kat kita? Apa yang KLCC bagi kat kita? Apa yang pavilion bagi kat kita?

Tenung-tenungkan. Ini bukan untuk pemimpin saja tapi untuk semua. Majukah kita, Majukah Negara kita, majukah pemimpin kita.

Tuesday, March 6, 2012

Perbezaan Pendapat Tanda Kerajaan dalam Krisis? Rakyat kurang yakin?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perbezaan Pendapat adakah waran untuk dijadikan isu sebagai sesuatu pemerintahan itu berada di dalam kemelut atau krisis?

Sekarang ni dok heboh pasai Kerajaan Kedah kununnya berada di dalam krisis pemerintahan, di mana penolakan tawaran oleh dua exco kerajaan negeri iaitu YB Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail.
Lebih menarik, ada yang mengatakan perbezaan pendapat ini telah membawa kepada kemelut yang boleh menentukan tanda aras keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan. Wau, macam tu tak boleh ada perbezaan pendapat langsung lah? Wooo…orang jenis apakah yang berani menyatakan kenyataan sedemikian ini? Yaa, orang seperti ini dikatakan ibarat musuh dalam selimut.

Ada seorang makhluk Allah SWT ni mengaku bahawa dia bekerja di bawah pemerintahan kerajaan Kelantan, day in day out, dan terus menyatakan yang kerajaan Kelantan di bawah PAS adalah kerajaan yang lemah. So? Apa kaitannya dengan ‘kerisis/kemelut’ kerajaan negeri kedah? PAS Kelantan lemah, penanda aras PAS kedah lemah? And by the way, apa facts yang dia bawakkan untuk claim PAS Kelantan lemah? Zero. Dia Cuma claim dia day in day out kerja gomen kelate. Kahkahkah, macam ni ja orang yang sembunyi2 sokong umno nak debat? Oi hang tau dak gaji hang tu bukan mai dari kerajaan Pusat, dari kerajaan Tuan Guru yang hang gheja tu la, nak harapkan duit Kelantan yang patutnya disalurkan oleh Pusat, ada hang nak rasa? Melainkan hang gheja ngan annuar musa lain la kot..

Kemudian di samakan pulak dengan krisis yang melanda Perak, dimana YB Nizar dirampas kuasa secara haram. Kononnya vote of no confidence di nyatakan oleh exco dan Sultan memecat yb Nizar.
Alih-alih kata Sultan Kedah Pro-PAS. Kahkahkah…mana dia dapat tau pun tak tau..dia p sembang ngan sultan kot..

Jika perbezaan pendapat di dalam majlis exco menjadi suatu tanda aras keyakinan rakyat kepada kerajaan tersebut, alangkah lemahnya pemikiran rakyat jika menilai berdasarkan ini.

Mai saya cerita cara yang kita sepatutnya faham dalam keadaan yang tak sepatutnya menjadi isu ni. Mengapa ia jadi isu? Media lah..kerja depa..benda A cakap B, benda B cakap C. ni memang ideology Machiavelli. Media digunakan sepenuhnya demi mengekalkan kuasa yang ada. Cerita mesti diputar belit agar ideology yang bertentang dengan ideology yang dibawa oleh pihak berkenaan menjadi negative. So kena hati-hati dalam membaca dan menerima tulisan media ni, baik di pihak pro A mahupun di pro B. (paham2 la kan A dan B tu sapa).

Saya secara kebetulan mempunyai salah seorang dari ahli keluarga saya yang termasuk di dalam sidang tertutup prosiding pendengaran jawatankuasa ulamak PAS Pusat terhadap kedua-dua belah pihak Ustaz Azizan Abdul Razak dan jugak YB Phahrolrazi serta Dr. Ismail. Mungkin anda percaya mungkin anda tidak percaya (hang sapa, aku pun bleh kata sepupu aku duk skali ustat azizan). Apa yang saya pasti, ahli keluarga saya ini memang sama-sama bekerja dengan kedua-dua orang ini iaitu ustat Azizan dan YB Phahrolrazi sendiri. Faham ya istilah SAMA-SAMA BEKERJA. Bukan BEKERJA DI BAWAH.

Apa yang saya nak habaq kat sini ialah, jawatankuasa ulamak Pusat, atau pun pendekatanya geng2 majlis Syura Pusat, dah come out with investigation report, investigation hearing kepada kedua-dua belah pihak. Ustat Azizan dah come out with hujah dan faktanya dan YB Phahrolrazi dah come out with hujah dan faktanya. Apa pun decision yang keluaq adalah berdasarkan penelitian kedua-dua belah pihak punya hujah. Habih cerita. Apa nak jadi isunya? Ada kaitan dengan keyakinan rakyat?

Dalam kes ini, kalau dibuat secara format bahas ala parlimen, ustat Azizan akan jadi sebagai pihak kerajaan dan yb phahrolrazi akan jadi pihak pembangkang, dan keputusan juri iaitu ahli majlis syura memutuskan ustat Azizan akan menjadi MB Kedah sehingga PRU13 dan YB Phahrolrazi dinaikkan pangkat ke pesuruhjaya PAS Kedah berkuat kuasa serta merta. Anda nak percaya atau tidak, ini adalah prosiding yang pertama. NAMUN, apabila sampai keputusan untuk diumumkan oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Hadi Awang, telah ditolak bulat-bulat. So kes ini, apa kaitan dengan keyakinan rakyat?

So dalam kes ni, Tuan Guru Hadi sebenarnya bukan campur tangan, tetapi beliau sebagai Presiden PAS layak memberi keputusan atau pun rundingan kedua dilakukan. Saya bukan pro Tuan Guru Hadi. Saya lebih setuju pendekatan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini mengenai hal ini, iaitu “buatlah yang mana akan menjadikan keadaan lebih elok”. Dia tidak suruh atau dia tidak larang apa pun tindakan yang bakal diputuskan. Beliau sebagai mursyidul Am PAS nampak lebih relevant dalam kenyataan ini. Tapi saya kira Haji Hadi juga telah bertemu kedua-dua belah pihak dan telah mendengar kedua-duanya berdasarkan hujah masing-masing.

So pada ana kes ini sebenaqnya tak sepatutnya membabitkan keyakinan rakyat pun (awat plak, bila exco bergolak, mestila menyebabkan orang kurang yakin dengan pemerintahan ni, sedangkan sama-sama exco pun berbeza pendapat?kalau tak ditangan dengan bijak macamana orang nak yakin?) Tu dia la bila orang kata problem statement pun dah tak paham..melalut habih la semua. Ok.

Problem Statement: Exco does not want to renew position in 2012 (Phahrolrazi,Ismail)

Root-cause: Indifferences in decision making between exco members and the head exco (MB)

Root-cause investigation:
·         
Main Root Cause: Certain decisions made by MB were seen as direct negotiation, where it should be open tender, and instead neglecting or rejecting PAS delegate decisions. (This is what claimed by Phahrolrazi)
·         Fact and figures brought up by both sides to stand up for themselves.

Corrective Action and Preventive Action (For first proceeding):

·         Phahrolrazi to be installed as PAS Kedah Chief Commissioner (Pesuruhjaya PAS Kedah)

·         Ustat Azizan Razak will maintain as MB of Kedah until the next GE

Ini yang dikatakan prosiding yang pertama yang telah direjek oleh Tuan Guru Hadi Awang. Sebenaqnya perjalanan dalam menyelesaikan kes ni cukup simple dan straight forward. Pihak A bagi hujah, Pihak B bagi hujah, dan Pihak C buat keputusan. Senang. Apa kaitan nya dengan keyakinan rakyat?

Dalam kes ni, boleh la dikatakan:
Pihak A: Ustat Azizan
Pihak B: Phahrolrazi dan Ismail
Pihak C: Jawatankuasa Ulamak PAS Pusat

Ada ‘suara-suara’ pulak yang mengatakan, tak boleh la geng PAS pusat campurtangan sebab ia melibatkan Exco kerajaan negeri kedah. Awat pulak tak boleh. Kot mana pun semua bernaung di bawah PAS. PAS Pusat berhak mengambil inisiatif dalam menyelesaikan apa yang berlaku. Ooo kalau kes Perak Najib dan Azlan Shah campuq tangan hangpa tak hingaq? Isu Shahidan Kassim dengan Isa Sabu di Perlis tadak sapa hingaq pun? Sengap lagu tu ja? Boleh pulak tak melanggar undang-undang tubuh perlis?

Dalam kes ni takkan nak ambik majlis ulamak PAS Kedah jadi juri. Tentu akan ada unsur bias dalam keputusan tu, sama ada memihak satu pihak, atau satu pihak lagi. Sama la macam Laporan Ketua Audit Negara, ia tidak boleh memihak atau melapor kepada mana-mana pemerintah. Ia mesti melapor kepada setiap Sultan negeri tersebut, sebab Sultan tidak boleh memihak mana-mana parti politik. Jenuh makan rasuah la lagu tu Tan Sri Ambrin Buang kalau nak pihak ikut pemerintah negeri.

Akhir sekali, mari kita sama-sama kembali kepada As-sunnah Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW:
"Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat dan perpecahan itu azab (menyakitkan)."

Perpecahan atau perbezaan pendapat ini adalah dalam Bab FEQAH.

Bab Feqah mengandungi perkara-perkara seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah dan Siasah.

Dalam hal-hal ini, nabi membenarkan berlaku perbezaan pendapat.

Sebagaimana sabdanya, “Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala”.

Nabi tak katapun, ijtihad yang salah mendapat dosa!. Malahan diberi 1 pahala. Barangkali sebagai hadiah untuknya kerana serius memikirkan masalah agama untuk kebaikan ummah. (Siapa yang boleh ijtihad tuu.. tengok oranglah, pulak!)

Tambahan pula ayat-ayat Al-Quran itu ada yang jelas (ayat Muktamad), dan ada yang samar-samar (ayat Mutasyabihat).

Ayat yang samar-samar sudah pasti timbul tafsiran yang berbeza-beza disebabkan kepala otak yang berbeza-beza kadar IQ nya.

Contoh, masalah dalam bab batal wuduk. Perkara ini berbangkit dari firman Allah yang tak jelas, iaitu,“Atau kamu menyentuh perempuan” (Al Maidah: 6)

(Ulama membandingkan perkataan ‘sentuh’ dengan sifat Allah yang Maha Pemalu. Sentuh di situ ada makna tersirat!).

Maka..

Iman Syafie r.h. berijtihad, sentuh kulit perempuan batal air sembayang.

Iman Hanafi kata, tidak!. Naik ‘syok’ baru batal air sembahyang.

Ada pula seorang Imam kata, sampai peringkat bersetubuh baharulah batal air sembahyang.

Mana satu yang tepat dan dapat dua pahala, Waallah hualam!

Yang pasti, kita mudah untuk mengerjakan tawaf Baitullahi Haram di kala perempuan-perempuan Hidustani dok sondol-sondol kaki kita kat depan-belakang! Kan tu satu Rahmat!.

Kalau tidak.. kita dok berulang ambil air sembahyang untuk cukup 7 pusingan. Jenuh jugak la kan.

Berbeza pendapat ni bukan bermusuh. kita sebagai manusia biasa sewajibnya memahami bahawa perbezaan pandangan atau buah fikiran bukanlah dicipta untuk mencetuskan satu permusuhan dan sentimen pertelagahan sesama manusia. Sebaliknya, ia hanyalah merupakan sebahagian daripada wadah atau medium untuk mencipta satu persefahaman yang mantap dan semangat toleransi yang jitu dan akhirnya akan menjalin satu ikatan persaudaraan dan kesatuan ummah yang mapan sama ada sesama Islam mahupun sesama bukan Islam.

Contoh paling mudah dalam Islam berkenaan persoalan perbezaan pendapat ini timbulnya pelbagai mazhab. Kita harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeda-beda. Kerana itulah  wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi. Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Apatah lagi kita umat akhir zaman. Persoalan sebesar Akidah masih ada banyak khilaf, apa lagi isu-isu lain yang bersifat teknikal.
Teladani Rasulullah SAW. Mari kita perhatikan beberapa contoh yang dipetik daripada sirah agung Rasulullah SAW dalam persoalan menangani perbezaan pendapat ini.
1. Sejurus perang Ahzab atau perang Khandak, Rasulullah s.a.w. memerintahkan sebahagian para sahabat ke perkampungan Bani Quraizhah untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianatan semasa peperangan. Sebelum bertolak Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia solat asar melainkan di Bani Quraizhah.”
Para sahabat dari madrasah az-Zawahir menafsir hadis itu secara literal sehingga menyebabkan mereka melewatkan solat asar sehinggalah mereka tiba di perkampungan Bani Quraizhah walaupun telah masuk waktu maghrib. Para sahabat dari madrasah al-Maqasid melakukan solat asar ketika di perjalanan kerana berpandangan bahawa tujuan Rasulullah s.a.w. berkata begitu ialah supaya para sahabat bersegera ke sana.
Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, Baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan. Inilah antara bukti bahawa Rasulullah s.a.w. sangat meraikan perbezaan pendapat di kalangan para sahabat malah Baginda membiarkan mereka beramal mengikut ijtihad masing-masing.
2. Musyawarah yang diperintahkan Allah kepadaNya telah dipraktikkan oleh Rasulullah dalam banyak peristiwa terutamanya dalam soal-soal yang berkaitan dengan strategi perang.
Contohnya dalam perang Badar. Rasulullah telah bermusyawarah dengan para sahabat dengan menawarkan ideanya untuk menghalang khafilah musyrikin Quraisy yang kembali dari Syam. Idea tersebut diterima dan disepakati oleh para sahabat dengan kata-kata yang menyakinkan:
”Ya Rasulullah, sekiranya engkau mengajak kami berjalan menyeberangi lautan yang luas ini, tentu akan kami lakukannya dan sekali-kali tidaklah kami akan bersikap seperti kaum Musa yang berkata kepada nabinya: Pergilah engkau bersama Tuhanmu berperang, sedang kami akan tetap tinggal di sini.”
Perbezaan pendapat dalam muyawarah sebegini mampu dimurnikan dengan baik hingga menimbulkan penyelesaian terbaik yang diterima semua.
Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika seorang di antara kamu dimesyuarahi saudaranya, maka hendaklah ia memberikan petunjuknya”
Sewajarnya wujud perasaan saling hormat menghormati dan harga menghargai antara satu sama lain kerana kita semuanya diciptakan Allah bersama-sama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing biarpun kita adalah sebaik-baik makhluk di bumi Allah ini.pendapat atau pandangan boleh  saja diterima dan  boleh juga ditolak, kerana ia hanyalah pandangan, ia bukan satu keputusan, bukan satu resolusi, bukan juga satu arahan malah bukan dalil mutlak! Maka perbincangan secara ilmiah wajiblah diadakan.  Tidaklah menjadikan seseorang itu rendah martabat atau menjadi hina jika pendapatnya ditolak.
Dalam kes ni adalah sangat ketara professionalism diperlukan oleh kedua-dua belah pihak.

So kesimpulannya,

Isu ni tak sepatutnya membangkitkan kebimbangan rakyat pun, kenapa?

Kerana, prestasi Kerajaan Kedah di bawah PAS sudah 54 tahun meninggalkan prestasi Kerajaan Kedah di bawah UMNO. Baru pegang 4 tahun sudah surpass 54 tahun pemerintahan UMNO.

Kerana yang kedua, isu perbezaan pendapat ni antara exco dengan MB. Isu ni hanya kerana decision making.

Apa yang nak ditidak yakin kan?
Wallahualam