Sunday, June 10, 2012

Super-impose?

Kelmarin setelah tamat perlawanan Germany-Portugal,
saya terus menelusuri Lebuhraya utara-selatan memenuhi permintaan ibu saya untuk membawa dia ke jemputan Kenduri Kahwin anak rakannya di Shah Alam. Sampai di sana sekitar 12.30pm. Dari Kharkiv membawa ke Lviv di Ukraine sana (alam maya), saya teruih ke Shah Alam.

Perkahwinan tersebut di buat di sebuah hotel bernama De Palma Inn. Tempat duduk lelaki dan perempuan di asingkan, suatu benda yang bagus utk dicontohi (di kampung banyak dah buat, hotel tak pernah nampak pun sebelum ni).

Di meja saya kelihatan ada dua orang pak cik, maka saya pun joinlah mereka sambil meneruskan acara di majlis tersebut, macam biasalah, makan, dengaq ucapan, baca doa etc2.

Kemudian sampai lah kepada dialog yang berikut..semoga terhibur..bukan rekaan..ini betui2..

Pak Cik 1: Ramai yer tengok Najib turun Kulim aritu..tengok budak2 ramai..nampak lebih kurang Himpunan PAS Hijau apa tu..

Pak Cik 2: Hmmppphh..himpunan PAS tu ramai mendenyer..superimpose jer sume tu..biase laa nak tunjuk konon ramai yg sokong derang..

Aku (menyampuk, sebelum tu diam ja): Ehhh ramai betui pakcik..100,000 lebih kot..saya p pakcik..saya orang aloq setaq dan memang saya p himpunan hijau tu..

Pak Cik 1: Iye? betul eh? 

Pak Cik 2: Takdelah..photoshop je sume tu..biasela nak kasi nampak ramai..

Aku (sambil mengeluaqkan henpon dan tunjuk gambaq kat pakcik 1 dan 2): Habih tu takkan saya nak edit gambaq saya dalam ni? tadak gheja kot nak edit..kalau pak cik pakcik edit ka? Najib turun kulim tu, bajet dapat kumpui 28000, tapi 10000 pun tak sampai pakcik..saya kerja di kulim pak cik..ni kad kerja saya (sambil tunjuk kad entegris)..

Pak cik 1 angguk2
Pak Cik 2 diam bebai sambil usha pelik..

Aku pun beredarrrrrrrrr..puas hati.

Saya bukan kaki main photoshop, apatah lagi nak super-impose gambar saya sendiri..lawak betui..
kenapa saya nak super impose gambar sendiri? 

Wallahualam..nilaikan..ni saya p siang saja..tak kira malam lagi...


Saturday, June 2, 2012

This is Acheh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.
Moga kalian berada di dalam keadaan sihat dan bahagia seadanya.

Lama dah sebenaqnya tak mengarang, al maklumlah masa tidak mengizinkan untuk sentiasa mengupdate blog ni oleh karena komitmen kerja dan keluarga. saya bukan jenis duduk depan pc setiap masa, pc sendiri pun tadak sebenaqnya..

Kali ni saya nak cerita suatu kisah benar yang saya dapat rezeki untuk mengalami sendiri..iaitu apa?
Ya seperti tajuk di atas..berpeluang melawat Acheh, suatu tempat di bumi Allah yg dilanda Tsunami pada 2004 yang lalu..

Macamana saya nak molakan..
bermula dari saat kami tiba di Acheh dari kuala lumpoq (kolumpo la tu),
impression tak la nampak sangat, macam besa, macam p ke tempat lain.

destinasi kami yang pertama ialah pulau Weh di Sabang, suatu daerah dalam Acheh. Kami dibawa oleh seorang pemandu yang jenuh pujuk kami naik kijang dia (teksi la tu, orang sana panggey kijang iaitu toyota unser). semasa di dalam perjalanan, kami bersembang-sembang dengan brader derebar ni la..macam biasa banyak soalan2 skeptikel kita sebagai orang luaq yang tak tau apa sebenaqnya berlaku dan keadaan di acheh ni..seperti:

"bagaimana keadaan gempa di acheh tempohari"
"makanan di sini bagaimana"
"macamana dengan sambutan pelancong"
"macamana keadaan rakyat"

and so on..soalan2 seperti kat ateh ni kita tak boleh nak 100% sure jawapannya, sebab kita baru interview sorang, dan mungkin 2-3 or 4-5 or 10-11 orang..adakah jawapan mereka boleh meng100% surekan yang jawapan mereka adalah FACT. kalau kita habaq kat orang pun orang akan still unsure yg benda tu betui..

So we keep moving, sampai la kat pulau Weh..Masya Allah (gaya pak aji kat ataih).. cukup cantik.. inikah Acheh yang dilanda tsunami?



Why? why must be this cantik?
haaa..this is the clue why we were so impressed.
kenapa negeri yang dilanda tsunami ini macam ni punya cantik?

Satu.
negeri ini, melalui pemerintahan negeri mereka sendiri, melaksanakan hukum hudud.
Ramai yang skeptikel (pandang serong) kata yang "ala dah kena tsunami, memang la semua sedaq"..
jangan salah paham. rakyat mereka memang sudah sedia mengamalkan Islam sejak awal. dan sepatutnya kita jadikan pengajaran yang Kuasa Allah itu "Kun Fayakuun". Tu kira warning dah la tu, untuk kita ambil pengajaran..pengajaran yang Tuhan berikan ialah apabila pemerintah gila harta, mengkhianat harta rakyat..Acheh adalah negeri yang kaya dengan minyak..Sejak dari zaman Soekarna sehinggalah ke zaman Gus Dur (soekarno, suharto, megawati soekarno, gus dur), sekupang pun hasil minyak Acheh tidak diberikan atau dipulangkan kepada rakyat Acheh (dari segi kebajikan mahupun real money). Balasan Tuhan ialah kepada mereka yang zalim dan ingkar. ambik cash dapat balik pun 'cash' la.. mai ja pemerintahan Susilo Bambang Yudiyono, menyedari hal ini, beliau mengambil langkah terus memulangkan 70-80% hasil minyak Acheh kepada Acheh. Alhamdulillah. bagi rakyat Acheh beliaulah 'hero' Acheh.

Dua.
rakyat mereka sendiri mengamalkan dan mematuhi undang-undang Islam yang dienforcekan di negeri depa.
contoh-contoh peraturan seperti berikut:

Kalau kita lihat undang-undang kat bawah ni, simple. tapi rakyat dia ikut. senang. patuh. agak2 kalau rakyat kita, patuh dak? di Acheh, 95% keyakinan bahawa tiada pick poket di sana. 95% rakyat mereka yang perempuan, tak kira lah budak kecik atau remaja 3R atau pun dewasa, pakai tudung.

Tiga.
pendatang luar menghormati dan mematuhi peraturan Islam. senang cerita, banyak mat saleh dan minah saleh yang p sana hormat peraturan depa. contoh? tengok peraturan kat bawah ni. 
seorang mat saleh, kebetulan menaiki satu sampan bersama saya dan isteri untuk pergi snorkeling, tak terlepas dari diinterview saya. siap cakap indo beb..wa tak tipu. pakai t-shirt dan seluar panjang p snorkeling..satu benda yang pelik untuk mat saleh..tapi depa hormat peraturan di acheh..maka depa pun ikutlah peraturan itu..kan rahmat?

panjang sangat dah artikel ni..gua pendekkan cerita la..
1. mayat-mayat ketika tsunami, tidak berbau busuk pun.
2. cina-cina disekeliling banda acheh kebanyakan masuk Islam setelah terjadinya tsunami, apabila mereka menyaksikan di depan mata mereka seolah-olah lembaga (malaikat) menghalang arus tsunami dari memasuki masjid.
3. semua masjid di acheh tidak terkena tsunami
4.kapal-kapal terdampar semua dibiarkan sebagai pengajaran, termasuk yang mendarat dibumbung rumah-rumah kediaman
5. boleh kata hampir tiada langsung kapel-kapel anak muda berkeliaran berdating atau yang sewaktu dengannya.
6. semua peniaga menutup kedai dalam 20 minit setelah mendengar azan dari masjid
7. minyak mereka lebih murah dari malaysia.

dalam positif tetap ada negatif. walaubagaimanapun banyak positif yang boleh kita belajaq dari acheh.
yang negatif hanya satu (setakat yang nampak): ramai sungguh orang hisap rokok. di mana-mana. dalam lobi hotel pun hisap rokok ikut dan.

tetapi.
Logikkah kita kata mereka berlakon semata-mata untuk menarik pelancong?
Logikkah kita kata mereka berpura-pura mengamalkan Islam?
Hanya Allah SWT yang tau dan kita yang p sana sendiri yang menilai.

Saya tetap impressed dan yakin, jika terlaksana hudud di malaysia, kita akan menjadi seperti Acheh.
Terus terang saya katakan rakyat mereka sangat sangat civilised dan sangat bersemangat mahu menaikkan Acheh dengan Islam.

Terus terang,
kapal janakuasa elektrik seberat beribu tan, boleh terdampar sejauh 5.4 kilometer di darat. Kuasa Allah.
Wallahualam


Penulis bersama isteri melawat satu kapal yang terdampar di bumbung rumah orang

Simulation gambaran kejadian tsunami. Nisbah manusia dengan ombak

Masjid Baitulrahman, masjid yang berjaya mengIslamkan rakyat cina Acheh.