Tuesday, December 17, 2013
Rakyat marah pasai kenaikan tol kerana rakyat tau syarikat tol buat untung, dikatanya pemikiran simplistic - respon pekerja kilang kepada injinia hebat minyak dan gas hebat (lagi)
Rakyat yang tak mau bayaq tol, guna jalan besa. ni menteri bekas ceo maybank kata. yang ni statement menteri yang bukan dipilih tapi dilantik.
Rakyat maghah. tapi injinia yang gah hebat membekap proton hari tu, iaitu injinia hebat oil dan gas yang hebat, katanya, pemikiran rakyat atau pun tuntutan rakyat bahawa syarikat konsesi tol telah berlipat kali ganda untung adalah PEMIKIRAN SIMPLISTIK.
hangpa tau ka makna SIMPLISTIK ni?
cuba bukak thesaurus tengok. perkataan sinonim yang pertama keluaq ialah CHILDISH. dalam erti kata lain kebudak-budakan. tapi itu mungkin bukan apa yang injinia hebat ni mau maksudkan. yang dia mau maksud kan: "An argument that glosses over or omits relevant facts and presents trite, hackneyed, slogan-like statements and sound bites is indeed SIMPLISTIC." Maksudnya, senang cerita, dia kata tuntutan rakyat mengenai kompeni2 ni dah buat untung kaw2 adalah tidak relevant. make sense jugak sebenaqnya dengan CHILDISH tadi. makna kata injinia hebat tadi kata rakyat berfikiran kebudak budakan.
aku nak tanya hang wahai injinia minyak dan gas yang pernah kerja ford, petronas dan arab saudi, hang tak penah kena saman ka kot jalan besa? hang habaq mai kat aku, adakah rakyat tak pikiaq, cuba la, kalau tiba2 memang ramai pakat lalu jalan besa, hang ingat depa nak biaq? depa boleh ja tambah kamera, tambah road block, tambah macam2 lagi. Depa BOLEH buat.
hang jangan lupa AES lagi. P Mai P Mai depa jugak yang Kaut. hang kata rakyat berfikiran simplistic?
"Kentucky state law requires toll collection to cease once the road's construction bonds are paid off. As a result, the last two Kentucky parkways to charge tolls were de-tolled in November 2006."
Undang-undang negeri kentaki menetapkan bahawa kutipan tol mestilah dihentikan apabila bon pembinaan jalan/hiway telah habis dibayaq.
"the federal Interstate Highway program was established, funding non-toll roads with 90% federal dollars and 10% state match, giving little incentive for states to expand their turnpike systems. Funding rules initially restricted collections of tolls on newly funded roadways, bridges, and tunnels. In some situations, expansion or rebuilding of a toll facility using Interstate Highway Program funding resulted in the removal of existing tolls."
Program Lebuhraya Antaranegeri telah diwujudkan, membiaya 90% uang pusat dan 10% dari kerajaan negeri.
"Maintenance is generally the responsibility of the state department of transportation."
Penyelenggaraan adalah bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kenderaan.
"About 70 percent of the construction and maintenance costs of Interstate Highways in the United States have been paid through user fees, primarily the fuel taxes collected by the federal, state, and local governments."
Sebanyak 70% dari pembinaan dan penyelenggaraan hiway di US telah dibayar menerusi cukai pengguna, terutamanya cukai minyak yang dikutip oleh pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
agak2 hangpa paham dak quote2 yang aku list kat ataih ni?
ni adalah antara pelaksanaan "de-toll" atau pun lebih korang makna dia buang tol.
jangan kata malaysia tak leh buat.
sumber mana aku amik? study bro study.
ni post injinia minyak dan gas yang hebat itu. memang hebat sebab boleh kata rakyat berfikiran simplistic. tapi ada jugak points dia yg aku x nafi.
tapi hang jangan sewenang wenang kata rakyat bersifat simplistic.
biaq la hangpa nak kata "patut la hang gheja kilang ja".
no problem
Thursday, December 12, 2013
Marah pasai kualiti dikatanya punching bag - respon seorang pekerja kilang kepada injinia propesional minyak dan gas yang hebat
lepaih tu dia kata pasepa kita terlalu kasaq atau pun saja nak melepaihkan kegeraman terhadap produk2 ni sedangkan ada saja company luaq yang buat benda yang sama (rebadging) tapi tak dimaki dikutuk dikritik sedemikian ghopa? lantas dia mengeluaqkan fakta yg ada beberapa contoh rebadging oleh beberapa kompeni len seperti Chevrolet Tahoe vs Cadillac Escalade, Holden Redline vs Chevrolet Lumina.
Tak di nafikan memang ada jugak persamaan, tapi kalau hang tengok sekali imbaih tadak laaaa jadi macam kat perdana 2013 ni yang tengok2 ja orang dah kata - "ni honda accord" "ni proton+honda = pronda".
masalahnya, jangan nampak sebelah mata. hang buat national car utk meng'afford'kan rakyat hang beli sebagai kemudahan sebab terang2 dah memang imported cars 300% dari harga supplier disebabkan cukai.
hang rebadging p lah nak tiru sapa pun, lagu mana pun. tapi masalah perlaksanaan kat malaysia ni, product yang di rebadge pun hangpa juai, product hasil rebadging pun hangpa juai dalam masa yang sama. adil ka?
kalau hang nak compare buah epal vs buah epal, banyak benda dah lari sebenaqnya.
1) Situasi kat amarika - hang compare Cadillac vs Chevrolet. Holden vs Chevrolet. Tiga-tiga under General Motors. logik la depa produce rebadging Brand lain-lain tapi product sama. Satu kampeni tapi sub kampeni len-len. Proton dengan Honda satu kampeni ka? habih kuat joint-venture, itu pun kalau ada la. makna kata kita beli design depa. p mai p mai pun duit p kat general motors jugak. Engineering analysis hang maybe different sebagai variation utk brand yang different, tapi hakikatnya ia nak tambah range of product jugak yang in the end under General Motors. Proton ada hakikat yang sama ka buat rebadging?
2) Holden Redline vs Chevrolet Lumina - sekali imbaih memang nampak sama. memang jadi macam perdana vs accord ni. tapi ada kelainan. market Holden Redline ni dekat Australia. market Chevrolet Lumina ni TAKDAK dekat Australia. hang baca ni:
"General Motors has launched the 2014 Chevrolet SS sports sedan in the United States, just a few days after the original Holden Commodore SS V debuted in Australia. The external difference between the two is pretty much just the badge on the grille, and the U.S. model will also be sourced from Australia." http://www.themotorreport.com.au/57273/2013-holden-ssv-redline-manual-sedan-review
Dia kata apa? chevrolet buat benda sama, source pun amik dari australia. tukaq logo kat gril saja. tapi kat ostolia depa x bok kuaq model chevy. pasai depa bok kuaq holden. kita plak lagu mana? becambah dah orang dok pakai accord 2011, 2 tahun lepaih tu hang bok kuaq benda sama logo lain. harga mungkin akan jadi lebih murah, tapi kamon la..
ni kalau hampa tengok gambaq2 ni..semua lebih kurang tapi ada kelainan. sama ada ghopa atau pun market.
apa dia kata? Commodore sold as Chevrolet Lumina. Statesment as Chevrolet Caprice. maksudnya kedua-dua product ni takkan clash di negara yang dijuai product rebadging tu. opposite gila dengan apa yg jadi kat negara kita ni.
honestly macam aku cakap awai2..rebadging tak salah. memang norm pun di dunia automobil. tapi buat bagi betui la. sebab tu bagi aku Perodua sebenaqnya 5 anak tangga ke depan dari Proton.Depa bekerjasama dengan Toyota untuk produce Myvi. Toyota produce Passo. (pembetuian fakta oleh bekas injinia Perodua - perodua tak rebadge tapi work together dengan toyota dalam penghasilan myvi) Tapi kat malaysia tak dak kan Passo? Daihatsu Move utk produce Kenari. tapi ada ka Passo dan Move depa juai jugak kat malaysia? tadak kan?
so wahai injinia yang hebat, artikel hang hebat. tapi jangan salahkan rakyat memberi pandangan. rakyat dah lama sengsara dengan banyak aspek. termasuk la dunia permotoran. hang tuding kata rakyat gunakan proton sebagai punching bag, tapi hakikatnya memang Proton mmg quite a mess. dah la harga pun tak murah mana.
nak refer tulisan injinia tersebut, ni link dia.
utk pengetahuan injina tersebut adalah senia saya semasa mengaji dulu dan kami memang saling mengenali(2 thn senia).
ni hanyalah balasan aku terhadap tuntutan beliau supaya rakyat malaysia lebih 'fair' katanya.
aku hanya seorang pekerja kilang. mungkin ramai yang akan kata "patut la hang kerja kilang ja.."
no problem.
Monday, April 22, 2013
Banner Fitnah
Kepada Penjawat Awam yang takut undi selain BN
Sebelum tahun 2006, apabila seseorang pengundi itu mengambil Kertas Undi dari kerani SPR yang bertugas di bilik mengundi, Peraturan 19 (3) mewajibkan kerani SPR tersebut untuk menulis nombor pengundi menurut turutan sebagaimana di dalam senarai Daftar Pemilih, di atas kaunterfoil Kertas Undi tersebut. Setiap Kertas Undi yang diserahkan kepada pengundi mempunyai nombor siri masing-masing di mana nombor siri yang sama juga tertulis di dalam kaunterfoil Kertas Undi. Kertas Undi diserahkan kepada pengundi untuk dipangkah manakala kaunterfoil Kertas Undi tersebut akan disimpan oleh SPR untuk tujuan melihat sebanyak manakah Kertas Undi yang telah dikeluarkan.
Ini bermakna, untuk mengetahui undi seseorang adalah tidak sukar dan boleh dilakukan dengan mengambil Kertas Undi tersebut dan membandingkannya dengan Kaunterfoil Kertas Undi tersebut. Memandangkan di atas Kaunterfoil telah ditulis nombor pengundi oleh Kerani SPR., maka secara automatik akan diketahui siapakah yang diundi oleh pengundi terbabit.
Namun, selepas pindaan yang dibuat pada tahun 2006 hasil desakan berterusan rakyat, amalan mencatiti nombor pengundi di atas kaunterfoil Kertas Undi telah DIHARAMKAN sama sekali dengan pindaan undang-undang yang dibuat. Dengan itu undi kita adalah benar-benar RAHSIA dan tidak ada cara untuk sesiapa pun mengetahui undi kita. Oleh itu, mengundilah dengan tenang dan sukarela tanpa perlu takut kepada ugutan sesiapa. Undi anda hak anda!
2) TAHUKAH ANDA : berdasarkan Peraturan 21 (1) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau dikenali juga sebagai General Order, hanya Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional yang dikenali sebagai pegawai kerajaan Kumpulan A yang dilarang terlibat dalam politik. Antara bentuk larangan yang dikenakan ialah tidak boleh memegang jawatan dalam parti politik, bertanding dalam pilihanraya dan menerbitkan apa buku atau makalah politik. Namun harus diingat, larangan ini adalah meliputi SEMUA parti politik tidak kira parti yang menjadi pemerintah atau parti pembangkang.
Tetapi Peraturan ini tidak melarang pegawai-pegawai kerajaan tidak kira dalam kategori mana untuk menjadi ahli biasa mana-mana parti politik, bersalam dan bercakap dengan ahli politik atau calon pilihanraya, mendengar ceramah atau penerangan dari parti-parti politik dan membeli, membaca atau memiliki surat khabar, risalah dan makalah yang diterbitkan oleh parti-parti politik. Di dalam kes Guaman No. 22NCVC-1042-09/2011, Pengarah JAIS, Dato' Haji Marzuki Hussin mengakui bahawa beliau adalah ahli UMNO dan pada masa yang sama masih memegang jawatan di dalam kerajaan.
Manakala bagi kakitangan kerajaan yang di dalam kategori Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Sokongan dan termasuk juga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 (kecuali Pengetua/Guru Besar), tidak ada sekatan untuk terlibat dalam politik melainkan perlu mendapat kebenaran bertulis jika hendak memegang jawatan di dalam parti-parti politik.
Dan yang penting sekali, kakitangan kerajaan adalah bebas dan berhak untuk mengundi mana-mana parti yang disukainya di dalam pilihanraya. Yang bertanding di dalam pilihanraya ialah parti-parti politik dan semua parti politik adalah setaraf di sisi undang-undang. Ingat! Tidak ada istilah kerajaan dan pembangkang di dalam pilihanraya. Yang ada ialah parti-parti politik yang bertanding. Undi anda hak anda!
Dikeluarkan oleh : Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Wednesday, April 17, 2013
Tolong jangan jadi Laughing Stock
ada yang selalu persoal:
"dalam lima tahun pakatan rakyat ni, berapa ramai DAP(wakil rakyat dan pengikut) masuk Islam oleh PAS?"
jangan jadi Laughing Stock.
Hang Tuhan ka?
Antara hikmah dakwah islam itu ialah membuatkan mereka yang membenci Islam supaya suka dan selesa dengan Islam.
Yang kedua supaya mereka yang suka dan selesa dengan Islam agar memeluk Islam dengan Rahmat Allah.
Yang ketiga supaya mereka yang sudah Islam menjadi lebih taqwa dengan Islam.
Tolong JANGAN JADI TUHAN..
Anda siapa hendak menghukum manusia.
Thursday, April 11, 2013
Sapa dia Ikatan Muslimin Malaysia, Melayu Sepakat Islam Berdaulat, dan Arus Baru(a) ni? (sebut gaya mahathir tanya "sapa dia khairy ni?")
mungkin ramai yang dah kenai.
betui ka?
mengikut penyelidikan, dalam 100 orang, hanya seorang yang tau apa dia ISMA.
depa ni akan bertanding atas tiket BERJASA, satu parti yang hidup segan mati tak mau, tapi pernah menolong BN memecahkan undi pada pilihanraya 1974 dulu.
apa agenda depa? Negara Islam.
Tapi,
tolak bangsa lain. melayu saja. serupa macam umno saja la. awat tak join umno teruih under biro agama?
depa tolak non muslim.
depa tolak cina, depa tolak india dari ada perwakilan dalam negara.
nak tau depa ni macamana?
sila baca hujah di bawah:
depa ni kononnya, "Pendirian ISMA tetap dengan hujah, ISMA sedia muzakarah."
[1]
Satu lagi kepincangan yang masyarakat awam dapat kesan dengan mudah pada ISMA adalah kegagalan mereka untuk "walk the talk"
Contohnya dakwaan seperti di atas, kononnya pendirian ISMA berdasarkan hujah. Walhal umum mengetahui bahawa.kepakaran ISMA adalah dalam membina persepsi terlebih dahulu, hujah atau fakta dikemudiankan.
Keupayaan ISMA membina persepsi sudah menghampiri kepakaran Barisan Nasional dan apendaj medianya membina persepsi ke atas sesuatu isu, khususnya melibatkan isu agama dan kaum dalam menakut-nakutkan orang awam.
Contohnya ISMA menggembargemburkan mengenai kehilangan kuasa Melayu dalam Parlimen di bawah pentadbiran Pakatan. Ini satu persepsi, kerana hakikatnya
1/ Mana pernah Pakatan memegang pentadbiran lagi, tiada rekod di peringkat persekutuan. Manakala di peringkat negeri pula, ISMA memakan umpan media kawalan BN mengenai isu2 setempat, walhal rakyat awam khususnya setempat mengakui kuasa Melayu tidak tergugat. Hatta di bawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang, faktanya, pentadbiran DAP meningkatkan bajet ke atas hal ehwal agama Islam - menambah elaun guru Kafa, bajet kepada masjid2, membina bangunan baru mahkamah syariah dsb. Ini faktanya. Isma mendatangkan persepsi bahawa jika Pakatan memerintah, kuasa Melayu lemah. Tetapi fakta menunjukkan perkara yang berlainan.
2/ Jumlah calon Melayu dalam Pakatan lebih ramai dari calon Melayu dalam Barisan. Semua parti-parti komponen dalam pakatan, mempunyai ahli Melayu. Dalam DAP ada ahli Melayu, dalam PKR ada ahli Melayu, dalam PAS ada ahli Melayu. Walhal dalam Barisan, kita tahu cuma UMNO sahaja ada Melayu. Saya tak tahu la kalau saya je terlepas pandang bahawasanya ada ahli Melayu dalam MCA dan MIC.
3/ Persepsi yang didatangkan ISMA adalah kononnya suara Melayu/ISLAM didalam Pakatan tidak bersifat dominatif berbanding suara bukan Melayu. Atau dalam bahasa ringkasnya - yang ISMA sering laungkan - PAS gagal mengawal DAP. Itu persepsi yang ISMA timbulkan. Faktanya, apa yang dipraktiskan PAS adalah tahaluf siyasi, tahaluf siyasi tidak bermaksud untuk mengawal sesiapa (bukan melayu kawal melayu atau vice versa), bukannya menjadikan mana2 pihak sebagai tunggangan mana2 pihak. Faktanya jika kuasa dominatif menjadi ukuran, maka kita melihat kegagalan yang lebih besar pada UMNO didalam Barisan yang tidak dominatif ke atas MCA yang terang-terangan menolak hudud. Ini tidaklah menghairankan kerana umum mengetahui, hatta didalam UMNO sendiri terdapat pihak yang menolak hudud, masakan taik dapat mencuci taik?
Ini antara contoh yang dapat saya berikan mengenai sikap Isma iaitu membina persepsi. Malahan, bukan sedikit dalam kalangan ahli ISMA yang membakulkan semua - liberalisma, pluralisma, kristianisasi - dalam satu bakul. Hal kristianisasi contohnya, tanpa menafikan ianya wujud di Malaysia (sebagaimana wujudnya juga Islamisasi, dan juga apostasi), fenomena ini telah di-highlight secara hiperbola sehingga ada segelintir yang bila tengok gereja atau nampak buku bible sahaja terus rasa prejudis dan takut.
Persepsi yang dibina ISMA bukanlah memfokus ke atas membina keyakinan umat Islam bagi berhadapan kristianisasi, sebaliknya menakut-nakutkan rakyat. Fokus yang sama, jika diberikan kepada Usaha2 dakwah ke atas orang bukan Islam (Islamisasi) pasti mendatangkan kesan yang berbeza. Dengan teguhnya Islamisasi, jika selama ini kita umat Islam yang intimidated by kristianisasi, kita boleh gain the upper hand iaitu kita pula yang intimidate mereka dengan Islamisasi.
Perihal dakwah ke atas bukan Islam tentu sekali sesuatu yang asing ke atas Isma, kerana faktanya seruan2 kebangsaan Isma yang memfokus ke atas Melayu sahaja tentu sekali tidak menyumbang ke atas proses Islamisasi di negara kita. Malahan kenyataan yang dikeluarkan seperti "bukan Melayu tiada peranan mendaulatkan Islam di Malaysia" lebih mengguris hati orang Islam bukan Melayu di negara kita.
Ok itu bab pertama, mengulas statement "pendirian ISMA berdasarkan hujah", saya sangkal dengan "ISMA membina persepsi, bukan hujah".
Resource: FB Mohd Syamirulah Rahim dalam post oleh Azlan Shah Nabees Khan.
sudah terang lagi bersuluh, depa ni memang berpihak kepada barisan nasional.
Wednesday, April 10, 2013
pilihanraya kita
saya biasa melalui pengalaman melihat secara live pilihanraya di australia pada 2007.
suasana baik sebelum ketika dan sesudah pilihanraya, diam diam saja x macam kita di malaysia riuh rendah meriah segala gala.
kebelakangan ni ramai juga yg mengeluh, "tak habih2 politik, macam depa yg nak jadi calon, calon pn x hingaq cam depa, puiiii".
mengapa di malaysia jadi begini? bagaimana australia boleh mengundi aman tak dak yg kata situ kata sini kata sinun?
sebenaqnya bukan tadak kata mengata kutuk mengutuk di australia. ada.
di mana? di televisyen. bagaimana?
kedua dua belah pihak atau kesemua pihak diberi peluang sama rata dalam tv. mula2 iklan kerajaan sat, lepaih tu iklan pembangkang sat, kerajaan balik, pembangkang balik, begitulah seterusnya. dan diambang pilihanraya, ketua kerajaan berdebat secara live dengan ketua pembangkang, live seluruh australia, dan bersiri siri(bukan sekali debat saja) mengikut isu semasa.
rakyat boleh meneliti kedua dua belah pihak. fair and square. depan mata. setiap masa.
satu lagi.
australia bukan pengeluar minyak. harga minyak mereka dikawal harian. saya ulang HARIAN. pernah satu ketika, berlaku kenaikan harga minyak tiga hari berturut2. apa yg berlaku? rakyat berdemo menuntut PM John Rudd lakukan sesuatu atau letak jawatan. sapa escort depa ni? Polis.
bolehkan berlaku di malaysia kalau semuanya fair and square?
so nama pun musim pilihanraya, ditambah pulak berat sebelah. mana boleh?