Tuesday, January 29, 2013

Takut Murtad?

kadang-kadang kita suka sangat mengkritik sampai kita lupa apa sebenaqnya yg Islam ajaq kita.

paling best hasan ali la..serbu tak pakai helmet.

salahkan Kristian pasai umat Islam murtad?

check and balance la..

pasepa umat kini ramai murtad?

kehidupan sekeliling kita yang ditadbir oleh "Islam" sendiri pun dah memurtadkan umat dia..nak salahkan kristian watpa..biaq kat lepa la..

apadia?

TV - hiburan hiburan hiburan
Radio - hiburan hiburan hiburan
Soratkabaq - hiburan hiburan hiburan

hidup kita dah tak Islam. nak salahkan agama lain anak2 kita murtad?



Lawak AES

Apa sebenaqnya tujuan AES?


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”

“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.

Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu. -BS-



kahkahkahkah..

AES ni dibuat nak mengurangkan jalanraya ka lagi suka kalau kemalangan banyak?

kalau dah kata untuk keselamatan, patutnya time2 ghaya camni laa hangpa patut buat lagi elok..

#mungkindahnampakbetapabodonyadepabuatkeputusandanterkantoinakbuatduit

Friday, January 11, 2013

Lebih Baik Melayu dari Kafir?

Masih ada yang berpendapat:
"Lebih baik Melayu dari Kafir", untuk ibaratkan "lebih baik aku sokong melayu dari sokong cina macam 'khalifah' Guan Eng"

Isu dia di sini.
Kalau melayu islam itu adil, benar, telus, menegakkan Islam. aku paham. memang patut.

tapi kalau melayu yang:
1) terang-terang tolak Islam - tak penah ditarik balik, tak pernah disoal 'amanat', tak pernah didakwa, tak pernah dikacau Mufti, ISMA dan sebagainya
2) terang-terang HINA Islam - gillette, tarian lucah, penari tiang rm25 dsb
3) terang-terang buat maksiat - amah, san miguel, skandal, bunuh, kelab malam, dsb

senang saja.
ibaratkan antara Abu Talib bapa saudara Nabi SAW dan Abdullah bin Ubay bin Salul.

Abu Talib = bukan Islam yang baik. mempercayai Nabi SAW bukan kerana Islam, bukan kerana Nabi SAW anak saudaranya, tapi kerana peribadi Nabi SAW. Al-Amin. 
dia bukan Islam. tempatnya tetap ke neraka. tapi dia baik.

Abdullah bin Ubay bin Salul = Islam yang jahat. munafiq. selalu pecah belahkan sesama umat. selalu pertikai Nabi SAW sendiri. selalu lari dari medan perang. apa yang Nabi SAW suruh semua tak mau buat. tapi Islam. dia jahat.

camna?

Tuesday, January 1, 2013

pasepa naik jambatan pulau pinang masih kena bayaq rm7 lagi?

kemarin aku cuti.
cuti tahun baru gregori 2013. satu benda yang bagi aku tadak makna apa pun melainkan cuti umum. sebagai seorang muslim bila2 masa pun aku boleh wish apa yang aku nak dengan berdoa kepada Allah SWT, dalam masa yang sama kena ikut perintah Allah SWT. tak payah tunggu tukaq tahun gregori pun.

yang tak tahan hat melayu muslim yg ramai2 dok wish macam2 time nak masuk 2013..nak 2013 perfect la, wish everything comes true la, nak kurus la, nak cantik la etc etc..masa awal muharam haritu hangpa wish dak? kahkahkah.. tarikh hijri pun hangpa tak folo..


ok berbalik kepada topik aku..dah kemarin cuti maka kemarin aku pun dengan tatau apa nak buat kat umah melangkah laa keluaq p penang..yg mana sebenaqnya sampai la ni pun aku tatau pasepa aku p penang kemarin.

dah p penang mesti la kena lalu jambatan..nak naik feri tu makan masa..tunggu saja pun dah berejam.
so dalam aku dok bawak gheta sorang2(bini gheja plak) tu terpikiaq jugak...pasepa lalu jambatan pulau pinang masih dok kena bayaq lagi rm7? aku rasa ralat semacam..macam tak puaih hati gila.



pasepa?
cuba bayangkan. aku rakyat malaysia. aku orang kedah. aku kerja di kulim. nak p penang, aku kena spend rm7. ?????? pasepa? cuba hangpa bayangkan orang penang yang dok luaq dari penang. nak balik kampung. mau tak mau kena bayaq rm7. cuba hangpa bayangkan orang yang keja di penang tapi duduk semenanjung. nak masuk penang kena bayaq rm7. ni cek nak habaq mai..bukan orang tak mampu..tapi..perlu ka tiap2 kali nak masuk penang kena bayaq rm7? aku masuk thailand pun bayaq rm1 ja kat imigresen dia.

mengikut statistik yang dikeluaqkan oleh pihak Penang Bridge Sdn. Bhd, purata pengguna jambatan pulau pinang sehari ialah 65,000 kenderaan keluar masuk. 65k.....65k!!! banyak wei..cuba hangpa kira kalau setengah dari 65k = 32.5k. kali dengan rm7 tengok. dah buleh 227.5k! banyak tu untuk sehari.

sebulan? 6 juta lebih. sebulan...sebulan ok..sebulan..
setahun? 82 juta lebih..ok..
dah berapa tahun jambatan pulau pinang dibukak untuk kegunaan umum?
" It was officially opened to traffic on 14 September 1985."
orait..dah brapa tahun tu? 27 tahun bebehhhhh..nak masuk 28 tahun dah..

tu aku kira setengah tu..tak betui2 lagi tu..

"hang tak kira lagi maintenance, gaji pekerja, repair apa suma"
dont bullshit la. sebulan 7 juta tak lepaih ka?

"awat hang tak beli touch and go kat pejabat penang bridge..leh dapat diskaun jadi hang bayaq rm5.60 ja"
kalau aku dah ada kad touch and go..wajarkah aku p beli lagi satu kad semata-mata utk dapat diskaun? (tapi still kena bayaq?). aku bukan hari2/tiap2 minggu/tiap2 bulan p penang ok..kadang2..jarang2..tu ada la.


so..
please be sick of this. coz im already sick about this years ago..
they've already made around 20 billions for this 27 years. (They? Who? - PLUS Owned Penang Bridge Sdn. Bhd, kahkahkahkah)

(tu tak kira subsidi kerajaan ka apa ka lagi..)

Pasepa kita kena bayaq lagi?
soalan yang aku rasa..sama jugak macam soalan pasepa kita masih kena bayaq tol..kahkahkah..

sapa nak jawap?

wassalam..
aa kepada yang tak brapa nak folo..hari ni 19 Safar 1434 Hijriah..stay tuned! ingat2lah tarikh Islam..jangan dok ikut sangat orang luaq..