Monday, March 26, 2012

Apa Erti Hudud dan Apa Erti Hudud dilaksanakan?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.

Akhiaq-akhiaq ni banyak diperkatakan tentang hudud (sebenaqnya lama dah Cuma isu ni dibangkitkan ikut keadaan), PAS kata nak buat hudud awat tak buat di Kelantan, Najib dan Muhyiddin pulak menyambung kata-kata keramat Mahathir iaitu Hudud TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN di Malaysia, dan sebagainya.

Benda yang kita perlu tau dahulu ialah Apa itu Hudud, dari mana ia datang, apa bentuk-bentuk nya, apa bidang hukumannya, apa contoh-contoh perlaksanaannya, apa kesan perlaksanaan dan apa kesan tidak melaksanakan hudud.

1.       Apa itu Hudud
Hudud adalah jamaq daripada perkataan Had. Apa dia Had? Batasan, perenggan, borderline, atau dalam bahasa lebih senang pehe, undang-undang lah. Semua arahan atau batasan yang ditentukan Allah SWT di dalam Al-Quran menyebut bahawa mereka yang merujuk selain dari hukum Allah SWT berada di dalam KESESATAN YANG NYATA. Ni bukan ana cakap tapi Allah SWT cakap. Ok? So apa yang susah sangat nak faham hudud ni? Tuhan Maha Pencipta, semua benda Dia cipta, dia tau la segala mak nenek akar umbi dan yang mana dijadikan panduan untuk manusia macam kita. Appara. Itu pun tak leh nak percaya dan ikut, memang jahil sungguh lah ummat kita ni.

2.       Dari mana ia datang
Dah diterangkan di atas. Hukum Hudud adalah ciptaan Allah SWT, bukan ciptaan Nabi SAW, khalifah-khalifah mahupun ulamak-ulamak atau pun tuan guru-tuan guru. Ia adalah ciptaan dan arahan Allah SWT, Pencipta Sekalian Alam. Bila Tuhan itu Pencipta Sekalian Alam, segala selok belok alam Dia tau, sebab Dia yang buat. Setiap titisan hujan yang turun ke bumi Allah SWT tau apa isi di dalamnya, berapa banyak titisan hujan, individu-individu titisan hujan terbabit. Sebab Dia yang buat. Jumlah daun yang berguguran di seluruh dunia pada setiap saat dan detik. Dia Tau. Sebab Dia buat. Nak persoalkan apa lagi?

3.       Bentuk-bentuk Hukum Allah SWT
Terbahagi kepada Dua dari Al-Quran dan satu sebagai Ta`zil. Hudud terbahagi kepada enam hukum, dan Qisas secara timbal-balik hukuman. Manakala Ta`zil mengikut kesesuaian sekiranya tiada terdapat di dalam hukum Hudud dan Qisas.

4.       Bidang-bidang hukum Allah SWT
a.       Hukum Hudud
                                                              i.      Hukuman bagi yg Berzina
                                                            ii.      Hukuman bagi yg menuduh orang berzina
                                                          iii.      Hukuman bagi pencuri (mengambil hak orang lain secara tersembunyi)
                                                           iv.      Hukuman bagi perompak (mengambil hak orang lain secara berdepan)
                                                             v.      Hukuman peminum arak
                                                           vi.      Hukuman bagi orang murtad (keluar dari Islam).
b.      Hukum Qisas
                                                              i.      Bunuh dibalas bunuh
                                                            ii.      Simbah asid dibalas simbah asid (perumpamaan untuk senang faham)
c.       Hukum Ta`zil
Hukum yang digunakan berdasarkan kesesuaian JIKA tidak terdapat di dalam HUKUM HUDUD DAN QISAS.

5.       Contoh-contoh Perlaksanaan Hudud
Terdapat 2 kes terkenal di Zaman Rasulullah SAW (ada lagi yang lain, tetapi dua ini yang terkenal).

a.       Kes Zina Maiz bin Malik RA
Diriwayatkan bahawa Maiz RA pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk membuat pengakuan (revelation). Maka setelah bertemu Nabi SAW, Maiz pun berkata:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali kedua.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling lagi sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali ketiga.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Sebelum Maiz RA ingin bertanya Nabi SAW buat kali keempat, Saidina Abu Bakar RA telah menyuruhnya pulang. Namun Maiz RA tetap mahu meneruskan pertanyaan, seraya bertanya:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Kemudian Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya bercium sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya meraba sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, tahukah kamu apa erti Zina?”
Jawap Maiz, “Tahu ya Rasulullah”.( Zina dari segi fiqahnya dikira kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam kemaluan perempuan, ada pendapat mengatakan hanya apabila seluruh kepala ashafah [kepala kote la] di masukkan ke dalam kemaluan wanita barulah dikira berzina). Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi:
“Wahai Maiz, apakah kamu berada dalam keadaan gila ketika melakukan zina tersebut?”
Jawap Maiz RA “Tidak ya Rasulullah SAW saya berada di dalam keadaan waras”.
Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Pulanglah kamu dan bertaubatlah, semoga Allah SWT mengampunkan kamu”. Motif Rasulullah SAW ini kerana disebabkan perbuatan tersebut hanya diketahui oleh beliau sendiri dan Allah SWT, bukan diketahui umum.
Namun Maiz RA tetap bertegas: “ Ya Rasulullah, selagi saya tidak dijatuhkan hukuman saya akan sentiasa berperasaan saya berdosa”.
Maka Nabi SAW pun mengarah Maiz RA direjam mengikut hukum Allah SWT. Ketika peristiwa rejam itu di lakukan, ada diantara sahabat yang mengutuk Maiz RA dengan kesalahannya, lantas Nabi SAW bersabda (Riwayat Ibnu Abbas RA):
“Janganlah kamu berkata yang demikian, ketahuilah bahawa aku Nampak Maiz berenang-renang di sebuah sungai di syurga”.

b.      Kes Zina Wanita Ghamidiah
Serupa juga lebih kurang kes Maiz RA di atas, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang perempuan Ghamidiah yang mengandung, meminta Nabi SAW mengadili perbuatan salahnya. Rasulullah SAW menyuruhnya pulang sehingga lah bayi itu lahir. Kemudian wanita tersebut datang kembali setelah kandungan tersebut di lahirkan. Rasulullah SAW sekali lagi menyuruhnya pulang sehingga bayi tersebut “kenyang dengan susuan”. Setelah 2 Tahun kemudian wanita tersebut kembali lagi menemui Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan wanita tersebut menyerahkan budak tersebut kepada siapa-siapa yang mampu menyaranya, barulah kembali datang kepada Nabi SAW. Setelah selesai menyerahkan anaknya kepada yang mampu menyaranya, baru wanita itu kembali kepada Nabi SAW, dan baru lah selepas itu Nabi SAW mengarahkan sahabat merejam wanita tersebut. Sama juga, ketika itu diberitakan Khalid Al-Walid RA mengutuk perbuatan wanita tersebut, lantas Nabi SAW berkata: “Wahai Khalid, jagalah mulut kamu, kerana sesungguhnya sekiranya Taubat wanita ini diterima Allah SWT maka tertolaklah perbuatannya itu”. Darah memercik selepas rejaman itu dan terkena pada Khalid RA.

c.       Rumusan dari contoh Rasulullah SAW
Kita dapat lihat dengan terang, betapa dalam melaksanakan hukum Allah SWT, Nabi SAW memastikan dengan jelas dan terang dahulu kebenaran tuntutan pesalah atau pendakwa, bahkan disunatkan penghakim meragu-ragukan dahulu si pesalah sebelum menjatuhkan hukum, seperti yang kita dapat lihat ada kes Maiz RA. Bahkan Nabi SAW menyuruh Maiz pulang supaya bertaubat, kerana yang mengetahui kes tersebut hanya beliau dan Allah SWT, bukan diketahui umum. Sama juga kesnya dengan wanita Ghamidiah, tujuan Nabi SAW menyuruhnya pulang agar peristiwa itu dapat ditamatkan dengan taubat dan pengampunan dari Allah SAW kerana ia tidak diketahui umum. Begitu berat Baginda SAW untuk menjatuhkan hukum, bukan senang-senang macam hakim-hakim la ni. Dalam kedua-dua kes ni, dapat dilihat yang Nabi SAW tak pun bertanya atau memanggil pasangan si pesalah tersebut. Tak pun Nabi SAW bertanya Maiz RA siapakah pasangan nya dan Wanita Ghamidiah tersebut siapakah pasangannya. Itu zaman Nabi SAW. 10 tahun baginda SAW memerintah hanya 2 kes ini saja la yang terkenal dan mungkin juga berlaku. Terdapat juga kes jenayah lain tetapi amat minimum. Itulah kesan perlaksanaan hukum Allah SWT. Ada pendapat cakap hanya ENAM kes jenayah saja ketika pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. Dan untuk statistic, kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan Raja Abdul Aziz yang memerintah selama 24 tahun, mencatat kes jenayah terendah rekod mereka (bukan termasuk Nabi SAW), iaitu hanya 16 kes sepanjang 24 tahun. Bermakna 1 kes dalam masa 1 setengah tahun. Kita? Setiap 5 minit pun entah2 dah ada kecurian, rogol di seluruh Negara.

6.       Kesan Perlaksanaan Hudud
Senang saja nak cakap bab ni, semuanya berbalik kepada ketakutan kita kepada Allah SWT, ketaatan kita kepada Allah SWT. Apa yang kita nak jajakan tentang masyarakat majmuk lah, tak sesuwei di Negara kita lah, apa perasaan cina india lah, apa la masalah kita nak persoai semua benda ni? Sebab tu ummat Islam makin lama makin jahil. Sebab Apa makin jahil? Sebab tak takut Allah SWT, tak terasa keWujudan Allah SWT, tak terasa Allah SWT itu Al-`Alim (Maha Mengetahui). Awat Allah SWT tak tau ka Malaysia ni bermasyarakat majmuk? Awat Allah SWT tak tau ka yang perbezaan agama di Malaysia ni? SEMUA DIA BUAT, SEMUA ATURAN DIA. Dia tau la apa yang sesuai untuk kawai ciptaan Dia. Mai mangkaq2 yang dok kata hudud ni primitive, tak sesuai, ni semua makhluk2 yang tak takut dengan Allah SWT, tak reti nak bersyukur, tak sedaq keWujudan Allah SWT di mana-mana. Dia ingat dia berkuasa di Malaysia Tuhan tak berkuasa? Tuhan kata “Kun Fayakunnn” habih camtu ja kita ni. Mangkaq2 ni jangan kata hudud ni primitive, ada yang siap kata rekaan ahli fikah lagi. Apa hukum kata macam ni? Jatuh aqidah. Atau bahasa sedap sikit Murtad. Kena mengucap lain. Apa kesan dia kalau buat hudud? Kurang la jenayah, aman la Negara. Contoh terbaik, Arab Saudi. Depa, kalau azan waktu semayang dah dengaq, tinggai kedai apa buta ja, mana grill kunci apa teruih bergegas p masjid semayang. Sapa yang tak p semayang tu la yang nak kena bawak p balai. Nampak? Sifat Takutkan Allah SWT tu dah menyelubungi hati rakyat Arab Saudi umumnya. Perempuan nak berjalan seorang diri di waktu malam, mana ada perasaan takut kena ragut ka apa. Sebab apa? Sebab semua takutkan Allah SWT untuk melakukan kesalahan. Kita? Cuba soal diri sendiri dan tgk Negara kita macamana dah la.

7.       Kesan tidak melaksanakan hudud
Ini pun senang. Jenayah semakin bertambah, Tanya diri anda sendiri dengan keadaan Negara kita hari ini. Culik, rogol, rompak, curi, ragut, semua ni dah sinonim dengan kehidupan seharian. Kita nak tinggai rumah, kadang-kadang terlupa kunci rumah pun sanggup patah balik, takut apa? Paham2 ja la kan. Kes Mawi kena ragut, kes nurin jazlin kena rogol, semua tu. Apa jadi kat kes2 ni? Tlepaih lagu tu ja? Mana keadilan? Tanya diri kita sendiri, rasa selamat ka tinggai dalam Negara la ni? Berani? Anda memang best la kalau kata Negara kita selamat la ni. Tempeleng wanita untuk anda. Jauh panggang dari api statistic  jenayah Negara kita dengan arab Saudi. Tu pun nak bangga kununnya Negara selamat. Nak selamat macamana, institusi keselamatan macam Polis yang sepatutnya menjaga rakyat, sebalik nya membuli rakyat? Polis, tuan-tuan ingat sikit na, gaji anda, gaji menteri-menteri, gaji perdana menteri dibayar oleh KAMI SEMUA YAKNI RAKYAT! ANDA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEAMANAN KAMI BUKAN MENINDAS KAMI! DUIT ANDA BAGI MAKAN ANAK BERANAK TU KAMI YANG BAYAQ! Mana p kes altantuya? Mana p kes sirul dan azilah? Mana p kes adik sharinnie? Mana p ? Kes teo beng hock? Kerja hangpa menjaga rakyat bukan menjaga menteri dan perdana menteri sekalipun. TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!




Cukupla takat ni saya cakap bab ni. Kalau ada yang masih tak paham, sama ada anda tak terang hati, kurang cerdik, atau pun kaldey saja la.

Perlu diingat, kepada yang dok mengata kerajaan PAS Kelantan tak melaksanakan lagi hudud tu, macamana depa nak laksana dah depa bukan ada kuasa mutlak, disekat oleh kerajaan PUSAT.

Perlu diingat, ada tiga faktor yang memainkan peranan dalam membolehkan Hukum Islam dilaksanakan. Yang pertama mestilah ada Tanah (Negeri, Negara), yang kedua ada RAKYAT, dan yang ketiga ada kuasa Mutlak terhadap tanah dan rakyat tadi. Macamana kerajaan Kelantan nak laksana dah tengkok dipegang oleh Kerajaan Pusat? Bajet pun disekat. Apa cerita? Sudah-sudah la hangpa oi.

Sama jugak dengan kes kununnya PAS nak dipijak kepala oleh DAP. Apa yang depa nak pijak kepala? Depa bukan gaduh ikut pun hukum Islam. Cuma perlu hormat saja, dan dalam kes ni memang DAP menyatakan pendirian menghormati hukum Islam bagi ummat Islam, seperti yang dinyatakan oleh pemimpin mereka Karpal singh, Lim Guan Eng, V Sivakumar dan sebagainya.

Kerana apa hukum Islam untuk orang Islam saja? Kerana berbalik kepada Aqidah lah. Kalau Aqidah pun depa dah tolak Islam, memang terang lah di akhirat kelak di mana bakai mereka berakhiaq. So hukum Islam untuk orang Islam kerana ketaatan dan keimanan serta kepatuhan kita kepada Allah SWT akan menjadi ukuran. Utk kap alif fa ro memang tau dah depa kat mana sebab aqidah pun dah lari.

Apa masalah dengan pakatan rakyat yang disertai PAS, PKR dan DAP? Senang saja, kepentingan umum iaitu Tahaluf Siasi. PAS tetap berpegang dengan menegakkan hukum Islam, DAP menegakkan hak asasi kemanusiaan dan PKR bertindak sebagai penjana kesatu paduan antara semua. Apa masalahnya? PAS tetap memperjuangkan Islam, tak pernah runtuh pun. Sapa yang dok melutut bila MCA melenting? Bukan ka alip mim nun wau, sarkis?

Firman Allah SWT : Janganlah kamu berkata yang tidak elok melainkan kamu dizalimi.

Di Malaysia Islam dizalimi. Islam dihina. Islam dicerca. Islam dipandang rendah. Oleh pemerintah sendiri. Oleh sesetengah umat Islam sendiri.

Wajiblah bagi saya dan anda menentang mereka yang menolak hukum Allah SWT. Termasuklah mengkritik serta menukilkan kezaliman mereka.

Jangan berkata lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain, kerana saya memandang dari sudut terang terangan bahawa mereka menolak Allah SWT, maka wajib bagi saya dan anda yang tahu bahawa Islam dihina oleh pmimpin negara ini sendiri, menyatakan kebenaran dan menyatakan yg kezaliman di malaysia ini perlu dijatuhkan.

Saya dan anda juga tidak terlepas dr melakukan dosa, tetapi apabila terang terangan Islam dihina, dicaci, di underestimate, wajib bagi saya dan anda menentang mereka yg menyatakan sedemikian.

Dalam konteks ini, sudah banyak pemimpin negara kita yg beragama Islam menolak hukum Islam. Iaitu Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Ini bukan politik tp kenyataan sebenar. Mereka menolak Islam. Jatuh hukum mereka menyatakan sedemikian adalah sama terpalit terhadap mereka yg menyokong pemimpin2 ini.

Maka fikirkanlah dan ubahlah kepada pemimpin yg berusaha menegakkan Islam. Ada, bukan tak ada. Ketepikan unsur kepartian dan fikirkan unsur kehidupan sebagai seorang Islam. Jangan kerana taboo terhadap warna hijau anda sanggup mengenepikan aqidah anda.

Sumber utama
Forum "Relevankah Hudud di Malaysia" 14 November 2011, Masjid Al-Ibtisam TTDI Jaya
Oleh Ustat Hadi Talhah, Ustat Nazmi Abdul Karim dan Ustat Idris Ahmad.

4 comments:

  1. salam alaik...
    penulisan yang menarik, qul haq walau kana murran..byk yg ana dpt drp penulisan dalam blog ni..syukran..

    ReplyDelete
  2. Arab saudi aman???? lawak...paling banyak kes rogol, cabul adalah...

    ReplyDelete
  3. adalah apa?
    pernah p arab saudi? pernah p makkah dan madinah?

    ReplyDelete
  4. hukum hudud bukan penyelesaian kepada masalah sosial di negara.hukum hudud akan menyeret dan menambah lagi masalah lain.termasuk mereka yang bukan beragama Islam tetapi mempunyai IC bercetak agama Islam.JPN dan jabatan Agama Islam juga tidak mempedulikan mereka yang memilih agama lain.Agama lain bebas dan terbuka sekiranya penganutnya bertukar agama..tapi Islam tidak.disitulah bentuk paksaan yang tidak dinyatakan secara langsung.Perlu ada penelitian yang sesungguhnya dari pihak yang berusaha melaksanakan hukum hudud..

    ReplyDelete