Tuesday, February 14, 2012
Mari Menambah Ilmu: Ulat-ulat UMNO
Rujukan buku: Ulat-ulat UMNO
Penulis: Azizi Abdullah (Sasterawan Negara)
Buku ini mengisahkan sejarah akar-umbi keadaan politik di negara, khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Menariknya buku ini ialah ia membongkarkan strategi politik UMNO yang digunakan selama ini, baik dari zaman pra kemerdekaan sehinggalah zaman Pak Lah.
Introduction buku ini menerangkan kisah penubuhan UMNO, mengapa ia ditubuhkan, bagaimana ia ditubuhkan, golongan mana yang menjadi tumpuan dan sebagainya.
Key-point utama yang kita semua patut tau ialah dengan prinsip apakah UMNO mengorak langkah. Sangat menarik untuk di ketahui. Rujukan mereka ialah Nicolas Machiavelli, buku The Prince. Di dalam buku tersebut diletakkan taktik-taktik politik untuk sesuatu parti MENGEKALKAN KEMENANGAN. See the word, MENGEKALKAN KEMENANGAN. So di dalam buku ini sudah terjawab persoalan mengapa UMNO-BN boleh mengekalkan kemenangan mereka selama 54 tahun memerintah Negara. Soalan seterusnya, tahukah anda siapa Nicolas Machiavelli yg menulis buku tersebut? Hehe anda wiki-wiki lah sendiri ya.
Di sini saya letakkan beberapa point yang Machiavelli tulis dan UMNO ikut:
• Pendekatan Pragmatik: Iaitu pendekatan berdasarkan kehendak rakyat dan trend semasa. Contohnya, pada akhir tahun 70-an dan awal 80-an, semangat keIslaman dalam kalangan rakyat memuncak, maka beberapa dasar berkaitan Islam pun dibuat seperti Dasar Penerapan Islam Dalam Pentadbiran Awam [swasta juga digalakkan dengan diberi beberapa ganjaran], penubuhan organisasi-organisasi yang bercorak Islam seperti Bank Islam, Pusat Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan sebagainya. Tapi, untuk jangka panjang ia tidak membawa keuntungan kepada UMNO. Lalu pada akhir tahun 90-an dan tahun 2000, keutamaan pengajaran bercorak ke Islaman dikurangkan terutama di university-universiti. Unsur-unsur negative mula dibawa masuk secara beransur-ansur. Masyarakat tidak lagi didedahkan secara meluas tentang ilmu Islam. Dan digantikan dengan unsur-unsur hiburan. Artis didewa-dewakan. Untyk mengekalkan kuasa, UMNO akan memenuhi kehendak tersebut dengan memberi pelbagai alasan, walaupun bertentangan dengan agama. Contohnya, lesen-lesen judi. Alasan mereka? Untuk orang bukan Islam dan pelancong asing. Tapi kemudian ditarik balik, kononnya kerajaan ni prihatin lah.
• Pendekatan nilai-nilai dalam system komunis seperti menyekat ideology yang bertentangan dengan ideology UMNO, lalu dikepung-asak pemikiran rakyat dengan nilai-nilai itu. Dilaungkan melalui radio, TV bahawa UMNO senantiasa dalam kebenaran. Apabila UMNO mahu bertindak zalim, maka dibuatlah pelbagai tuduhan liar terhadap pihak yang dizaliminya.
o “Politik adalah tidak lebih daripada satu permainan, iaitu percaturan dan pengekalan kuasa adalah bergantung kepada kepintaran dan kecekapan permainan itu sendiri meramal dan membuat keputusan. Tiada musuh atau kawan yang kekal dalam politik” kata Machiavelli, dan kata-kata ini telah dipetik oleh Mahathir dalam perhimpunan agung UMNO Khas pada disember 1998 di PWTC.
• Pendekatan Matlamat menghalalkan Cara: Ini adalah benda yang sering UMNO guna. Demi “bisnes” depa, maka tak kisah lah walau haram atau menipu ada menindas sekalipun, demi matlamat mereka iaitu memenangi rakyat, depa tibai ja..so? tipu pun takpa. Macam latest kes, untuk kononnya mengambil prihatin kepada rakyat, dibaginya RM500 (BR1M). Tapi in the end yang mana kena bayaq income tax, kena bayaq balik semua tu.. tak ka namanya menipu? Dan jugak one-off payment. 5 tahun baru dapat RM500, ni tak lebih kepada gula-gula pilihanraya. RM500 = RM100 setahun = RM8.33 sebulan = RM0.27 sehari. Tak rasa kena tipu ka?
• Pendekatan “Benda Bohong jika diulang-ulang akan menjadi benar.” Benda benar jika diulang-ulang akan menjadi bohong. Inilah konsep yang digunakan mereka untuk memerangi para pembangkang. Nilai sendiri lah, malaih saya nak ulaih.
• Pendekatan “Makan dulu sebelum musuh makan kita” – ni pun sama.
• Bentukkan public opinion melalui media yang dikuasainya = Hat ni selalu kita dok tengok. Makcik-makcik, pakcik-pakcik bagi opinion dalam berita, ataupun program2 seumpamanya yang nak tunjuk kononnya UMNO ni baguih laaaaa..
• Membina kekuatan melalui built-in-advantage, seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya.
• Kumpul sumber kekayaan, kawal sumber maklumat, undang-undang, birokrasi dan sebagainya.
• Biar musuh berteriak sehingga musuh letih, baru kita menerkam
• Paksa ahli-ahli yang taat tidak berbelah bagi seperti mengenakan hukuman yang berat bagi menakutkan ahli-ahli lain. Tonjolkan yang semua orang bersetuju dengan sesuatu dasar yang diperkenalkan supaya orang lain juga turut bersetuju sama dan gunakan ugutan dan ancaman.
Maka, UMNO pun gunalah sepenuhnya seperti badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, pasukan polis, SPR, SPRM. Semuanya jadi baji-baji UMNO mengekalkan kuasa.
So, nak terang macamana lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment