Thursday, February 16, 2012

Politik atau Dipolitikkan?

Saya ni bukan jenis yang 100% ikut isu semasa, sebab pada saya benda yang perlu difahami ialah sejarah terlebih dulu, then dari situ kita boleh kait-kait buahnya. Dan selepas itu baru kita ulas isu semasa.

Kata-kata hikmah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika ceramah konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar 14/01/2012: “Berpolitik itu termasuk di dalam Islam, kerana kita yang bertanggungjawab menentukan siapa yang memerintah Negara kita atau pun ummat kita, tak kira melayu,cina, india, semua bertanggungjawab. Akan disoal di akhirat nanti tanggungjawab ini”.

So faham dulu ayat di atas, mengapa penting kita mengambil berat mengenai politik, pemimpin dan kepimpinan Negara ini, bukan hanya terima bulat-bulat semuanya dengan kononnya mengaku rasa bersyukur. Adakah kita sedaq kita ni sedang dipermainkan, diperkotak-katikkan, dicuri, dihina, dan segala di-di lah. Ada yang berpendapat pulak, “aku heran apa, janji hujung bulan gaji aku masuk sudah”. Ada yang lagi best, “biaq la depa buat kerja depa, kita ni kira untung la segala kemudahan depa sedia”. Masalahnya depa tak buat kerja la yang orang dok bising, kemudahan apa yang kita dapat? Semua yang dilakukan mesti diterima sebagai tanggungjawab mereka sebagai pemerintah, bertanggungjawab terhadap kita. Bukannya konon seperti kita kena berterima kasih dekat depa sebab depa bagi tu bagi ni. Contoh terbaik ialah slogan di papan projek “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Apa relevannya letak statement tu? Dah memang tanggungjawab hangpa bina sekolah, etc. Takpayah nak letak projek kerajaan BN, letak kerajaan dah cukup. Semua kena faham, kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat, so apa saja yang kerajaan buat terhadap rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, bukannya kemudahan yang disediakan kerajaan, bukan kerajaan prihatin dan sebagainya. Kerajaan mesti menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Dengan wang penyelewengan sebanyak RM17 billion ringgit lesap, masihkah anda boleh terima hakikat yang kerajaan kita dah buat macam2 kat kita? Walhal depa rompak duit EPF kita (yang berkerja swasta terutamanya).

Dengan penurunan harga yang turun baru2 ni, Menteri kata kerajaan akan naikkan subsidi gula bagi mengurangkan beban rakyat. Hangpa ingat kami ni bodo sangat ka? Harga dah memang turun, takpayah nak keluaq statement konon prihatin kata naikkan subsidi. Tu semua akai ja. Dula masa harga naik, kata rakyat kena kurangkan makan gula. So dah turun ni rakyat kena makan lebih gula lah? Mangkaq jugak menteri2 yang memerintah Malaysia ni.

So, adakah isu-isu ini dipolitikkan atau memang dah politik? Faham title saya?
Keuntungan PETRONAS tahun 2009 dan 2010, mencecah RM150 BILLION (kalau salah betulkan saya). Salahkah kalau diambil RM10b dan diturunkan harga minyak untuk rakyat, masih lagi untung RM140b? Bila anda semua sedaq hakikat nombor2 ni dan kaitkan dengan entri post kedua saya iaitu mengenai strategi UMNO dalam mengekalkan penguasaan, “Kumpulkan kekayaan untuk parti”.

Isu terbaru hari ini yang diperhangatkan: Isu Najib dikalung Kavadi dan isu Anwar hadir majlis dan dikalungkan bunga. Politik atau dipolitikkan? Isu Najib: Harussani Mufti Perak berkata itu ialah isu akidah kerana kalung tersebut dibabitkan dengan isu keagamaan Hindu. Kemudian tiba-tiba semalam 15/02/2012 masuk tivi pulak si najib peluk harussani. Buat u-turn pulak orang tu ni. Hangpa boleh Nampak macamana ana boleh Nampak? Tak Nampak sangat ka benda ni macam ada perancangan? Mula-mula kritik, lepas tu tiba2 kata ok pulak.

Macam ni lah. Cuba kalau ada orang mai ugut hangpa kata macam ni: “Hang buat lagu ni siap anak bini hang”. Tak kecut? Muhong sangat la kalau tak kecut. Tara mana sangat iman orang Malaysia ni. Orang bukan Islam baca ayat Quran pun nak jadi isu, Orang bukan Islam masuk masjid pun nak jadi isu. (hat ni sapa tak paham lagi boleh Tanya), Tuhan Samseng pun jadi isu.

Betui sangat2 lah kata2 Tok Guru Nik Aziz di dalam buku “Pemikiran Tuan Guru”,
“Umat Islam di Malaysia sudah semakin jahil, sepatutnya Tuhan samseng, bukan Islam masuk masjid, bukan Islam baca ayat Quran, tak sepatutnya jadi isu. Nabi dulu dakwah kat mekah, zaman tu orang kafir Quraisy baling macam2 dekat nabi kat mana? Time nabi tengah buat apa? Nabi tengah semayang, orang balik najis, orang baling macam2. Kafir Quraisy tu. Tak ke mereka masuk masjid? Ada nabi larang? Saidina Umar Al Khattab sebelum masuk Islam, macamana dia masuk Islam? Dia baca Quran adik dia yang tertinggal dirumah, ketika itu beliau masih belum masuk Islam, beliau baca Surah TaHa, beliau menangis dan terus masuk Islam. Nabi berdakwah melalui surat kepada raja negara2 yang belum Islam, nabi nyatakan ayat2 quran di dalam nya, untuk apa? Bukan untuk baca?”

So, siapa yang suka mempolitikkan? Boleh beza politik dan dipolitikkan?
Ingat, prinsip utama UMNO (telah diutarakan dalam post2 sebelum ni):

1) Kumpul kekayaan untuk mengukuhkan parti (tak kira lah apa pun sumber mana dan sapa punya)
2) Guna kuasa veto untuk Media (gunakan media untuk rapuhkan pembangkang sampai bila- bila)
3) Bohong lama2 akan jadi benar, benar lama2 akan jadi bohong
4) Menutup isu dengan isu (contoh terbaru Madrasah Salihiah digunakan untuk tutup isu NFC dan isu menteri zakat guna duit zakat).
So? Nampak?

Sumber utama saya ialah pembacaan buku-buku. Antara buku-buku yang menjadi sumber utama saya:
1) Ulat-ulat UMNO - Azizi Abdullah
2) Pemikiran Tuan Guru
3) Mustafa Kamal Ataturk: Pembela Agenda Yahudi - Abdul Latip Talib
4) Gerakan Freemasonry
5) Sultan Muhammad Al-Fatih - Abdul Latip Talib
6) Malay dilemma (Mahathir tulis, ini lagi clear cut dalam tu yang beliau menganggap Islam itu mundur. Tak sama macam Mustafa Kamal Ataturk ka?)
7) Apa Erti Saya Menganut Islam –Fathi Yakan

Saya akan teruskan membaca dan cuba berkongsi isian di dalam pembacaan saya.
Sebab saya kurang ilmu, sebab itu saya kena membaca. Saya akan terus membaca. Istilah “dipolitikkan” dan “politik” adalah dua benda yang berbeza. Berpolitik adalah tanggungjawab, dipolitikkan ialah lari dari tanggungjawab. Betuikan saya kalau saya salah. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment