Wednesday, February 29, 2012

Mahathir dan Hudud



Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuktikan beliau istiqamah menentang perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia. Beliau menjadi sebaris dengan Chua Soi Lek (Menteri Skandal) dan Karpal Singh yang membawa objektif yang serupa.

Apa kita boleh kata, bila orang yang dirinya mengaku ISLAM boleh tergamak kata sebegini rupa, TERANG TERANGAN. Kita bukan nak jatuh hukum kat sapa2, tetapi untuk orang ISLAM, muhasabah balik lah.

Untuk orang macam CHUA SOI LEK, KARPAL SINGH, APEK2, AYA2, kita tak boleh kata apa sebab mereka BUKAN ISLAM, tauhid mereka bukan kepada ALLAH SWT tetapi kepada Tuhan2 mereka. Lagipun mereka tidak faham erti Hukum Hudud kerana mereka tak baca Al-Quran macam kita org Islam. So kes depa ni kita boleh explain, dan ada yang faham dah pun macam Lim Guan Eng kata: “Itu agama mereka punya undang-undang, kita kena hormat undang-undang itu di pakai atas mereka, dan mereka juga mesti menghormati agama kita”. Mahathir baca Quran? Dia jawap sendiri lah.

Isu ni sekali lagi menjadi perhatian di dalam satu persidangan di UNIMAS, Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme pada 26 February 2012 (kemarin dulu ja oi).

Anda boleh Search Youtube dan taip MAHATHIR HUDUD. Keluaq la segala macam video yang berkaitan, ambik yang mana anda suka.
Sebagai ringkasan dari video tersebut, saya simpuikan kata-kata TUN DR MAHATHIR, The ‘living legend’ bagi sesetengah orang kat Malaysia dan dunia ni:

Kata Mahathir: Hukum Hudud tidak ada dalam Al-Quran
Kata Mahathir: Hukum Hudud rekaan Ahli Fiqah
Kata Mahathir: Hukum Hudud tidak adil
Kata Mahathir: Kita kena faham Al-Quran berdasarkan Bahasa yang kita FAHAM. (Melayu?)
Kata Mahathir: Hukum Hudud hukum TOKOK TAMBAH

Okey, mai kita kaunta dia balik sat.

Nombor one: Surah Al-Baqarah ayat 178

Firman Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisaas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu), mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (sipembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Al-Baqarah: 178)

Nombor Dua: Surah Al-Maidah Ayat 45:

Firman Nya:

" Dan kami (Allah) telah tetapkan terhadap mereka di dalam (At-Taurat) bahasannya jiwa (dibalas dgn jiwa), mata dgn mata, hidung dgn hidung, telinga dgn telinga, gigi dgn gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisasnya), maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Al-Maa-Idah:45)

Ayat di atas, menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariah Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah  iaitu: Kafir, jika keengganan untuk melaksanakan hukum-hukum Allah ini kerana keingkaran dan tidak beriman terhadap kebenaran undang-undang Islam. Jika hanya menyeleweng daripada hukum atau undang-undang Islam tetapi tidak mengengkari atau mendustakannya maka mereka akan tergolong dalam golongan orang yang fasiq dan zalim. Oleh yang demikian, patuh kepada Islam dan syariahnya merupakan tuntutan agama.

“Kesudahan Kami menjadikan engkau (wahai Muhammad dan pengikut engkau) menjalankan satu syariah yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama; maka turutlah syariah itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui perkara yang benar”. (Surah al-Jathiyah 45:18)

Paham makna tafsir ayat Quran di ataih? Dia (Allah SWT) kata apa? Tengok tang buah last tu. JANGANLAH KAMU MENURUT HAWA NAFSU ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGETAHUI PERKARA YANG BENAR. Ada paham ayat ni? Boleh kait dengan Mahadewa Mahathir?

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam kerana jalan yang lain mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintah kamu, supaya kamu bertaqwa“. (Surah al-An’am 6:153)

Mungkin kita selama ni tak brapa nak perati Quran dan tafsir, kelik2 la sama no, belambak kot DALIL NAQLI yang menyatakan ALLAH SWT memerintahkan kita wajib melaksanakan dan mengikut hukum hudud.

Sebab tu saya bubuh dulu siap2 ayat di atas, saya ulang lagi, Surah Al-Jatsiyah ayat 18, antaranya menunjukkan ALLAH SWT memerintah supaya JANGANLAH KAMU MENURUT HAWA NAFSU ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGETAHUI PERKARA YANG BENAR.

Maknanya, jangan dok ikut orang yang tak tau pasai agama, bila orang tak tau pasai agama nak cakap pasai agama, jadi lagu ni la, pesong habih akidah orang yang terima kata-kata dia bulat2.

Ni kot hangpa berasa dalil tak berapa nak cukup, hambik nih, p kaji tengok dalam Al-Quran:

Surah Al Baqarah: Ayat 84
Surah Al Baqarah: Ayat 85
Surah Al Baqarah: Ayat 178
Surah Al Baqarah: Ayat 179
Surah An-Nisaa`: Ayat 29
Surah An-Nisaa`: Ayat 30
Surah An-Nisaa`: Ayat 92
Surah An-Nisaa`: Ayat 93
Surah Al-Maaidah: Ayat 27
Surah Al-Maaidah: Ayat 28
Surah Al-Maaidah: Ayat 29
Surah Al-Maaidah: Ayat 30
Surah Al-Maaidah: Ayat 32
Surah Al-Maaidah: Ayat 45
Surah Al-An`am: Ayat 137
Surah Al-An`am: Ayat 140
Surah Al-An`am: Ayat 151
Surah An-Nahl: Ayat 58
Surah An-Nahl: Ayat 59
Surah An-Nahl: Ayat 59
Surah Al-Isra`: Ayat 33

Di sini jugak di lampiaqkan dalil naqli berkenaan hubungan Seks. Cukup?

Surah An-Nisaa`: Ayat 15
Surah An-Nisaa`: Ayat 24
Surah An-Nisaa`: Ayat 25
Surah An-Nisaa`: Ayat 31
Surah Al-Maaidah: Ayat 5
Surah Al-Isra`: Ayat 32
Surah Maryam: Ayat 28
Surah Al-Mu`minun: Ayat 5

Menahan diri dari gejala seks:
Surah Al-Mu`minun: Ayat 7
Surah Al-Mu`minun: Ayat 10
Surah Al-Mu`minun: Ayat 11
Surah An-Nur: Ayat 2
Surah An-Nur: Ayat 4
Surah An-Nur: Ayat 13
Surah An-Nur: Ayat 30
Surah An-Nur: Ayat 31
Surah An-Nur: Ayat 33
Surah Asy-Syura: Ayat 37
Surah An-Najm: Ayat 32
Surah Al-Ma’arij: Ayat 29

Hukum bagi orang yang memfitnah:

Surah An-Nur: Ayat 4
Surah An-Nur: ayat 5
Surah An-Nur: ayat 23
Hukuman bagi pencuri:
Surah Al-Maaidah: Ayat 38

Banditry

Surah Al-Maaidah: Ayat 33
Surah Al-Maaidah: Ayat 34

Hukum melawan Imaam:
Surah Al-Hujurat: Ayat 9

Nin dia ambik hangpa. Tolong baca, paham dan sebaqkan. Ini aku ambik bulat-bulat dari Al-Quran Al-Karim. Tak percaya atau tak terima hukumnya, Kap Fa Ro. Ini bukan aku kata tapi tersurat di dalam al-Quran iaitu ALLAH SWT sendiri yang kata.

Mahathir menentang hudud ni bukan isu baru, ada jugak ana sudah post sebelum ni, Cuma mungkin ente2 tak sedaq kot? Boleh lah klik ke topic Mahathir: The Living Legend sebelum ni.

No comments:

Post a Comment