Friday, February 24, 2012

Mengkayakan yang KAYA dan MEMISKINKAN yang MISKIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Syed Mokhtar Al-bukhary? Vincent Tan? Robert Kuok? Ananda Krishnan? Mirzan Mahathir (ops)?

·         SM Al Bukhary: BERNAS, GULA, SHARE di IPP, DRB HICOM, MMC Corp, Johor Port.

Tak payah ambik banyak2 la. Ambik BERNAS cukup. SM beli BERNAS, 20 juta dari pemimpin UMNO. Kita pulak dok rasa bangga, ada orang melayu jadi billionaire. Senang cerita, memang betui dia bermula dari bawah, saya tak nafi benda ni, tapi, adakah betui2 dengan asas perniagaan sebenar, telus dan jujur, beliau naik jadi billionaire? Yang saya tau, beliau ni naik mendadak, lebih kepada cara “beneficiary of political connections”. Dengan sapa? Tentulah MAHATHIR. Pasepa MAHATHIR? Sebab, hanya MAHATHIR, iaitu suatu ketika dulu pernah menjadi Menteri MITI, yang boleh memberi tender apa2 kepada orang yang dilantiknya. Kenapa Mahathir bagi kat Syed Mokhtar? Monopoli. Mengapa monopoli? Bila monopoli, Mahathir dalam masa yang sama dapat untung berkandaq-kandaq dari puak2 ni. Mana dia dapat untung? Cukai la bai. 

Ingat lagi statement Mahathir dalam Perhimpunan Agong UMNO?

"lebih baik membentuk SEORANG BILLIONAIRE dari membentuk 100 orang kaya, kerana SEORANG BILLIONAIRE, cukai pendapatannya, dah dapat brapa juta. Kalau kita ambil cukai 100 orang kaya, hanya dapat sikit lah cukai, mungkin 10000 ja seorang.."

Dari sini lah lahirnya insan2 billionaire seperti SM Al bukhary, Vincent Tan, Robert Kuok, Anandha Krishnan dan sebagainya.

Dengan kayanya SM beli BERNAS, adakah pesawah2 menjadi kaya? Adakah pesawah2 menjadi lebih mendapat hasil? Sapa yang dapat untung? Sapa yang susah payah? Sapa yang mengeluh? Pesawah mana yang jadi kaya dengan SM beli BERNAS? Habaq mai? Sapa yang jadi kaya sebenaqnya?

Dengan kayanya SM beli GULA, adakah pengguna2 menikmati penjimatan? Adakah pengguna dapat merasa gula itu bukan suatu beban? Adakah dengan SM beli gula, maka benda lain yang berkaitan dengan GULA pun turun? Sejal SM pegang GULA, dah 4 kali harga gula naik. Pasepa?

Elektrik. IPP ni dah jadi macam satu pakatan geng2 kaya, cekik TNB dan TNB pun cekik rakyat.
Pasepa boleh bagi share elektrik dekat orang yang niat dia Cuma nak mengumpulkan kekayaan saja? Pasepa nak mengkayakan yang kaya dan memiskinkan yang miskin?

Bila sebut pasai SM, ramai akan kata: hang tak tau pun apa yang dia buat..tengok la isu gardenia dengan mossimo..hang apa tau..?

Isu gardenia dengan mossimo, isu tepung. Depa ni geng kaya. Kaya dari sapa? Kaya dari Mahathir. Tepung ada genetic babi lah, apa semua lah. Betui ka? Kalau betui, awat JAKIM, Persatuan Pengguna, dan gerakan2 Islam semua tak keluar fatwa atau pun arahan MOSSIMO HARAM?
Pasepa tak terus p TERPA puak2 ni? Pasepa tak keluar macam fatwa Valentines Day haritu yang ianya HARAM disambut umat Islam? Ada keluaq ka? Dalam hal2 macam ni kena berTEGAS. Kalau tak tegas spekulasi-spekulasi macam ni lah akan timbui. Kawan tu kata kawan nib uh gen babi, kawan ni kata kawan tu harga kapak, kawan ni kata kawan tu bela melayu, kawan ni kata kawan nu bela cina. Walhal di belakang tabir dua-dua SM ngan Robert Kuok dok gelak semeja pekena tehtarik ka apa..

Pasepa tak dak penegasan? Pasepa? Senang saja, semua ni mainan orang kaya. Politik semua ni. Sapa yang politikkan? UMNO..


No comments:

Post a Comment