Wednesday, March 21, 2012

SPM: Penentu kejayaan Masa Depan?


Kepada adik-adik yang baru lepaih amik result SPM:

1) Ada yang berjaya SPM, berjaya Metrik/Dip, berjaya U, berjaya dlm kerjaya, berjaya dlm hidup -> ini Perfect, sangat sedikit.

2) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, berjaya u, berjaya dlm kerjaya, gagal dlm hidup -> ini termasuk cara hidup, amalan, agak ramai

3) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, berjaya u, gagal dlm kerjaya, gagal dlm hidup -> ini sangat ramai

4) Ada yang berjaya SPM, berjaya metrik/dip, gagal u, gagal kerjaya, gagal hidup -> ini kadang-kadang

5) Ada yang berjaya SPM, gagal metrik/dip, masuk u buat benda lain dari bidang, in the end masuk kerjaya lain -> PALING RAMAI

Walau bagaimanapun,

A) Ada yang gagal SPM, masuk kolej komuniti/poli/dip di mana2 berjaya, berjaya masuk u, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam hidup -> ini jugak perfect, jugak sedikit

B) Ada yang gagal SPM, masuk kolej komuniti/poli/dip di mana2 berjaya, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam hidup -> ini jugak almost perfect, dan ramai dah membuktikannya.


Dan jugak,

A) Ada yang gagal SPM, tak masuk u, tak masuk poli, tak masuk kolej komuniti, tetapi berjaya dalam kerjaya dan hidup.

B) Ada yang gagal SPM, tak masuk u, tak masuk poli, tak masuk kolej komnuniti, gagal dalam hidup


Ingat, SPM hanya penentuan tahap kefahaman sahaja. Yang penting selepas itu bagaimana anda mengatur dan fokus kehidupan anda.Oleh itu jangan terasa down dan buatlah pilihan yang tepat kerana anda mampu mengubahnya.

Kejayaan bukan diukur melalui:

1) Kerja dengan kerajaan: Semua orang boleh kerja kerajaan. boleh naik melalui credit, merit dan jugak kabel (ini ramai jugak)


2) Kerja dengan syarikat besar: Ini semua orang pun boleh pulun. melalui credit boleh melalui kabel pun boleh (ramaiii)


3) Belajar universiti besar: masuk universiti besar pun tak guna kalau buat bidang yang bukan pilihan. (ramai)


4) Kerja bergaji besar: belum tentu menentukan anda seorang yang berjaya. boleh jadi bidang kerja tersebut berisiko jadi gaji diberi besar.


5) Kekayaan: Ada jalan yang benar untuk mencari kekayaan, namun ramai yang mencari kekayaan melalui jalan yang salah dewasa ini..paling ketara ialah rasuah, kronism, bersikap bias dan kabel..

Kejayaan sebenarnya ialah bagaimana anda mengatur dan memperjalankan kehidupan anda secara teratur dan sesuai mengikut kehendak anda dan yang paling penting, tidak lari dari landasan yang ditetapkan oleh Agama.

Carilah rezeki yang halal dan jalan yang halal untuk berjaya.

Kejayaan juga boleh terbentuk melalui reaktif anda terhadap satu-satu situasi, contoh terbaik selepas mendapat result SPM lah.

Apa yang anda nak buat? Apakah jalan seterusnya untuk anda?

Saya mempunyai ramai contoh rakan yang berjaya walaupun bukan melalui keputusan SPM yang cemerlang. Ada yang tadak A pun boleh berjaya, Ada yang siap Fail SPM pun boleh berjaya.
Ada jugak sebaliknya. Cemerlang SPM tetapi gagal seterusnya di fasa-fasa mendatang.

So aturlah kehidupan anda, fikirkanlah boleh dan fikirlah ke depan. jangan terasa gundah dengan benda yang dah berlalu.

Dalam masa yang sama, yang berjaya cemerlang, Tahniah tetapi jangan dibuai kejayaan tersebut berlebih-lebihan, Kerana INGAT, di kala anda semua bersukacita, ada yang akan terlena dibuai mimpi indah, di saat itulah yang lain sedang meningkatkan diri mengatasi anda.. Anda hanya gembira takat tu saja la..

3 comments:

  1. baguih post hang ni cucoq.. mmg btol, spm bukan segala nya..aku spm pn x hebat mana tp alhamdulillah skrg jd la gak manusia nk banding bdk2 scorer yg dulu jd kesayangan cikgu :)

    ReplyDelete
  2. kejayaan orang yahudi hari ini adalah hasil pengajian dan pembelajaran mereka dari orang2 Islam sendiri. so tak payah kita nak berasa orang eropah atau amerika itu hebat, kerana mereka menciplak dan mempelajari ilmu perubatan, sains dan teknologi dari orang Islam sendiri, terutamanya para pakar dari kerajaan Islam Andalusia..Ibnu Rusyd, Ibnu Arabi, dan sebagainya..mereka ini semua penghafaz Al-Quran dan membuat analisis lebih 20000 muka surat mengenai perubatan dan sebagainya berlandaskan Al-Quran..

    Manusia hari ini hanya memandang barat dan amerika sebagai kuasa hebat dan moden, walhal semuanya diciplak dari umat Islam sendiri...

    ReplyDelete
  3. spm hanya kepada yang nak follow MK-ULTRA

    ReplyDelete