Sunday, March 25, 2012

Boleh Land? Perompak Land ada la..


Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera buat semua.

Kita kata kita boleh. Malaysia Boleh. Sampai tahap orang kita melabelkan atau mengatakan yang Malaysia ini "Boleh Land".
Jika kau fikirkan kau boleh, engkau boleh melakukan. Boleh ka?

Saya tak mau sembang banyak tentang benda yang malaysia dah buat yang sememangnya boleh buat, sebab banyak benda lagi yang malaysia
boleh buat tapi tak buat-buat dan jugak claim kata TAK BOLEH BUAT.

1. Hudud - tak boleh buat?
2. Mansuh Tol - tak boleh buat?
3. Mansuh PTPTN - tak boleh buat?
4. Turun harga minyak - tak boleh buat?
5. Pelajar berdemo - tak boleh buat?
6. Pakai baju BERSIH - tak boleh buat?


Analisis Terbalik.
Sebaliknya pulak,
benda yang sepatutnya ditidak bolehkan, boleh pulak dilakukan di malaysia. Ini bicara keadilan sesebuah kerajaan lah, bukan masalah
dengan peribadi sesiapa atau pun mana-mana pihak.

1. Menteri tak payah bayaq tol - boleh pulak?
2. Menteri tak payah bayaq minyak - boleh pulak?
3. Pelajar menyatakan terang-terangan sokongan terhadap UMNO - boleh pulak?
4. AP kereta luar hanya diberikan kepada kroni2- boleh pulak
5. Hiduplah berjimat, tetapi majlis pertunangan anak perdana menteri sampai 400k - boleh pulak?
6. Soft loan kepada menteri berfaedah 2%, tapi rakyat nak beli kereta pun 3-5% - boleh pulak?
7. Bekas menteri didapati bersalah seleweng wang berjuta, hukuman setahun, tapi orang biasa curi shampu penjara 4 tahun - boleh pulak?
8. Imam biasa terguna duit zakat terlebih dahulu kemudian membayar semula, dihukum 3 tahun penjara, menteri zakat guna dulu tapi tak bayar lagi, hukuman setahun - boleh pula?
9. Kelab UMNO luar negara (disertai student) boleh berpolitik, rakyat menyatakan sokongan terangan kepada PR tidak boleh berpolitik, ditarik biasiswa - boleh pulak?
10. Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri terbukti telah terlibat dalam banyak skandal, tetapi masih memerintah negara tanpa sebarang dakwa - boleh pulak?
11. Menteri yang sudah tertangkap basah kerana berkhalwat, hubungan seks pun masih boleh memerintah - boleh pulak?
12. Media utama negara hanya bias pada sebelah pihak - boleh pulak?
13. Pihak pembangkang tak boleh guna tempat public seperti sekolah, masjid, surau untuk bercerita politik, tapi kerajaan boleh - boleh pulak?
14. Kalau menulis artikel atau buku atau menerbitkan apa2 yang menyatakan pendirian berlawanan kerajaan, kena ban, kena gam, tapi kalau sokong kerajaan tak kena gam - boleh pulak?
15. Pekerja sektor awam tidak boleh menyokong pembangkang, sokong kerajaan takpa - boleh pulak?
16. ...


Nombor Satu: Hudud - tak boleh buat?
Apa alasan utama golongan pemerintah ni kata Hudud tak boleh buat?
A) Malaysia berbilang kaum - tak sesuwei
B) Hudud khas untuk golongan zaman dulu saja - macam nabi SAW tak bercukur janggut, zaman dulu mana ada Gillette (Mahathir kata)
C) Hudud ketinggalan zaman
D) Hudud akan memundurkan orang Islam - bila kena potong tangan, macamana nak bersaing dengan bukan Islam?
E) Hudud undang-undang primitif (Mahathir kata)

Malaysia berbilang kaum macamana pun, whats to do with Hudud? Hudud adalah untuk orang Islam, WAJIB bagi orang Islam melaksanakan dan mematuhi undang-undang hudud.
Orang bukan Islam nak takut apa? So tang mana tak relevannya hudud ni? Sebab apa pemerintah takut nak laksana hudud?

Hudud khas untuk golongan zaman dulu saja? Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk sapa? Apa yang Nabi SAW tinggalkan kat ummat selepas
kewafatan Baginda SAW? Al-Quran dan As-sunnah kan? Hudud ni mai dari mana? Ada kat mana? Time maulud Nabi SAW bukan main sambut,
selawat beribu kali tanda cintakan Rasulullah SAW (baguih la), tapi tang suruhan, arahan Allah SAW melalui Nabi SAW iaitu Al-Quran
dan As-Sunnah tak mau terima, siap tolak. Apa hukum menolak Nabi SAW, justeru menolak Allah SAW? Kap Fa Ro.

Hudud ketinggalan zaman? Primitif? Macamana pulak primitif? potong tangan primitif? rejam primitif? Saya pernah berbual dengan seorang bukan Islam di kilang saya.
Kami berbicara mengenai fitrah manusia. Saya kata kat dia, "Apa perasaan hang 'kalau' anak hang kena rogol?" Dia jawab, "Gila apa, aku cari orang tu pehtu bunuh la. Rogol ni bukan boleh recover balik dah. sekali pecah habih la".
Saya balas balik, "So makna kata hang nak bunuh, nanti hang pulak kena dakwa membunuh. tak bleh gak." Dia plak tanya, "habih tu takkan nak nganga ja? jenuh la lagu tu."
Saya kata lagi, "Tu la gunanya hudud, untuk pengetahuan hang, walaupun ni untuk orang Islam saja, just untuk bagi hang info, hudud ni dia buat hukuman berdasarkan penyiasatan. kita tak mau ada pihak yang mempunyai perasaan tidak adil,
dalam masa yang sama kita buat penyiasatan yang menyeluruh sebelum menjatuhkan satu-satu hukuman. hukuman rejam sampai mati, sebatan tu semua sebenaqnya nak mengadilkan pihak yang bersalah dan tidak bersalah.
So si pesalah pun dihukum dengan cara betul, yang tak bersalah pun diadili dengan cara yang betui. Hang pun tak yah risau nak p bunuh dia, melalui penyiasatan menyeluruh akan ada jaminan keadilan dalam tu."
Dia pun kata, "betui jugak no". Dalam masa yang sama, hukuman-hukuman ni bukannya terus direct dijatuhkan salah mana-mana pihak. siasat dulu adakah betui ka tidak.

Hudud memundurkan orang Islam? Apa pulak memundurkan. Dengan berdirinya Hudud, maka akhlak dan perlakuan rakyat akan menjadi lebih bersih, terjaga dan terpelihara. Walaupun hakikatnya pada permulaan,
mungkin orang akan nampak yang takutnya rakyat untuk berbuat salah kerana undang-undang, tetapi akhirnya rakyat akan akur yang ianya adalah undang-undang Allah SWT, maka
kita wajib Takut kepada NYA. so apa yang nak mundurnya? Bila kita takut untuk berbuat salah kerana Allah SWT, sebenaqnya kita akan semakin bersyukur kepada NYA. itulah Sifat Allah SWT yang Wujud.
Kita tak nampak Allah SWT tapi kita meyakini kehadiran Allah SWT melalui aqidah kita. kan baguih kita takut kepada Allah SWT? Sebagai contoh kita takut untuk meninggalkan sembahyang kerana Takut kepada Allah SWT.
Kan baguih? Kan Maha Mulia undang-undang Allah SWT? mundur apa undang-undang Allah SWT pun Allah SWT yang buat, pemikiran kita pun Allah SWT yang buat dan tentukan.

Perlaksanaan Hudud dilaksanakan di Arab Saudi. BOLEH SAJA PUN? Hudud ni nampak saja pada faktor curi dan zina, tetapi sebenaqnya mempengaruhi kesemua kehidupan kita.
Banyak contoh yang boleh kita tengok kat saudi arabia ni.

1) Indeks jenayah Arab saudi - terendah di dunia - hasil dari hudud. Ada media barat termasuk media kita yang kongkang melaporkan yang Arab Saudi menduduki tangga ke 101 negara teraman dunia.
Teraman yang bagaimana? percaya kita takat media barat saja kah?

2) Supermarket di arab saudi. Ada supermarket untuk lelaki sahaja, ada supermarket utk perempuan sahaja, ada supermarket untuk keluarga sahaja. Ada supermarket utk pakai wanita yang hanya wanita saja boleh masuk.

Apa kebaikan melakukan benda ni? Meminimumkan fitnah, mengurangkan budaya tidak elok dan nafsu lelaki serta wanita. Awat depa boleh buat? Awat kita tak boleh buat? Benda ni secara tak langsung adalah salah satu dari
hikmah melaksanakan hudud.

3) Perlaksanaan penghukuman jenayah - dilakukan live di televisyen - atas kebenaran keluarga masing-masing - untuk pengajaran kepada semua. bukannya kantoi curi or anything terus buat hukuman. penyiasatan dijalankan. dan yang lebih manis, pasukan medic jugak turut bersiap sedia sama dalam merawat para pesalah selepas dihukum - sebagai contoh kantoi mencuri - potong tangan - terus dirawat oleh geng medik ni. bukan kena tinggai buta ja

Ini semua adalah hikmah terlaksananya hudud, maka jenayah akan berkurangan, rasuah akan berkurangan (rasuah pun kira jenayah jugak laaa).

Apa masalahnya melaksanakan hudud? bukankah ia membawa lebih kesedaran supaya takutkan Allah SWT? Bukankah itu lebih baik?

Tamat kisah Hudud.

Nombor Dua: Mansuh Tol - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa tol tidak boleh dimansuhkan?
A) Maintenance

Tu saja?
Boleh terima, tapi masalahnya berapa actual kutipan vs bajet diperlukan untuk memaintainkan serta membayar gaji pekerja etc?
Bajet yang digunakan untuk membina lebuhraya utara selatan adalah sebanyak 6.8 billion ringgit.
Setakat 5 tahun pertama kutipan tol PLUS, 22.3 billion ringgit. takkan lah maintenance lagi mahai dari bajet pembinaan? ridikiulus!

Masih mau kutip tol untuk apa? anda pikiaq sendiri ya. gaji pekerja kalau seorang pekerja gaji 10000 pun, kalau pekerja dia ada 3000 pun tak habih lagi duit untung 5 tahun pertama PLUS.

La dah brapa lama Tol PLUS? kui naik pulak tu rate? Apa yang tak boleh mansuhnya?

Tamat kisah Tol

Nombor Tiga: Mansuh PTPTN - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa PTPTN tidak boleh dimansuhkan?
A) Rakyat kena bersyukur dengan pemerintah, salah satu sebab menghargai pemerintah ialah membayar balik pinjaman yang diberikan sebagai tanda terima kasih.

Err, hasil bumi di negara ni pemerintah punya ka? Err, bumi ni sapa punya? pemerintah punya ka Allah SWT?
Pemimpin dunia ini hanya diberikan amanah oleh Allah SWT MENGURUSKAN Hal ehwal di dunia. MENGURUSKAN bukan bererti memiliki.

Banyak hasil bumi kurniaan Allah SWT di bumi Malaysia ni. Keuntungan hasil bumi ni p mana? buleh kat sapa?

Malaysia ni sebenaqnya negara yang kaya dengan hasil bumi. Tak boleh ka ambil hasil dari hasil bumi tersebut untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada rakyat?

Kenapa nak mintak bayaq balik? Keuntungan petronas berpurata 90 billion ringgit. ambik 1 billion pun rasa2 dah lupus dah hutang semua pelajar yang terikat dengan PTPTN.

Hasil daripada benda ni, orang yang tamat mengaji belum dapat kerja tapi hutang sudah start dikutip? tak zalim ka?

Apa masalah bagi pendidikan percuma kat rakyat? negara lain buleh, awat kita tak buleh?

Tamat kisah PTPTN

Nombor Empat: Turunkan harga minyak - tak boleh buat?

Apa alasan utama pemerintah bahawa harga minyak tak boleh diturunkan?
A) Harga minyak mesti selaras dengan harga minyak dunia, malah malaysia antara terendah kalau dibandingkan banyak lagi negara.

Kes ni sama macam PTPTN kat ataih la. Amik keuntungan hasil bumi negara, contoh 10 billion, turunkan harga minyak. Masih lagi untung 80 billion. UNTUNG.

apa masalahnya untuk turunkan harga minyak? mana p semua duit ni? bandingkan dengan negara bukan pengeluar, memang la murah lagi malaysia ni. negara pengeluar semuanya harga minyak mereka rendah. Malaysia saja tidak. kan malaysia boleh?

Tamat kisah Minyak

Nombor Lima: Pelajar Berdemo - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa pelajar tidak boleh berdemo?
A) Pelajar belajar sudah la
B) Politik merencatkan proses pembelajaran

Err..kalau pelajar cuma belajar, tak mengamalkan apa yang dipelajari, tak berkembang la pemikiran..lagi merencatkan la. Pelajar berdemo bukan nak berperang, mereka cuma menuntut hak-hak mereka sebagai seorang pelajar, dalam masa yang sama mengambil berat hal ehwal negara, sebab mereka pun rakyat malaysia, dah dewasa, dah boleh mengundi dah pun, apa sebab nak halang mereka berdemo atau berpolitik? semua ni tak heran la, sebab prinsip machiavelli ala mahathir yang takutkan kebenaran itu tertegak.

kalau depa berdemo apa yang menyusahkan orang lain? bukannya depa buat rusuhan? depa cuma tuntut hak mereka tidak dinafikan, itu saja.

Di negara2 maju tak ada istilah pelajar tak boleh berdemo atau berpolitik ni. malah di negara2 ini pelajar lah antara yang paling aktif berpolitik. pelajar adalah generasi masa depan pemerintahan,
memang depa wajib diberi pendedahan serta ambik tau isu berkaitan negara. kalau institusi pengadilan negara tidak adil, sapa boleh senang duduk? atas dasar tanggungjawab la kita berreaktif terhadap
perkara2 seperti ini.

Apa masalah nya?

Tamat kisah Pelajar berdemo

Nombor enam:Pakai baju BERSIH - tak boleh buat?
Apa alasan utama pemerintah bahawa Baju BERSIH tak boleh dipakai?
A) Unsur menghasut

Tu saja?
Menghasut apa? pada baju BERSIH tersebut hanya ada tuntutan utama rakyat dalam memastikan pilihanraya berlaku adil.
Apa yang nak ditakutkan? apa unsur hasutan yang terdapat dalam tuntutan tersebut? rakyat berhak apa untuk menuntut pilihanraya yang bersih? rakyat tadak hak ka?
Dah terbukti dalam banyak pilihanraya yang sistem pilihanraya malaysia adalah sangat vulnerable kepada penipuan, terutamanya
UNDI POS.

So apa nak ditakutkan dengan sehelai baju berwarna kuning?

Tamat kisah Baju BERSIH.


So daripada penilaian semua hal di atas ni, saya simpuikan satu ja, PEMERINTAH KITA TAKUT DENGAN KEBENARAN KERANA APABILA KEBENARAN TERTEGAK MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MENGAUT KEUNTUNGAN HASIL BUMI YANG SEPATUTNYA
MENJADI MILIK RAKYAT UNTUK DIKONGSI BERSAMA, MAKA MEREKA TIDAK BULEH LA NAK ENJOI LAGI. SEPERTI KATA MAHATHIR, "AKU PUN NAK ENJOI HIGH END PUNYA CARS". HABIH TU RAKYAT TAK MAU?

Analisis Terbalik pulak.

1. Menteri tak payah bayaq tol - boleh pulak? - apa kelebihan menteri berbanding rakyat? kalau menteri saran rakyat berjimat, menteri pun kena rasa susah macam rakyat dan berjimat macam rakyat. ni semua free, macamana?
2. Menteri tak payah bayaq minyak - boleh pulak? - sama seperti di atas, takpayah sembang deraih, sendiri rasa susah dulu baru bicara pasai bab jimat.
3. Pelajar menyatakan terang-terangan sokongan terhadap UMNO - boleh pulak? - kalau umno boleh, pasepa PAS tak boleh? pasepa PR tak boleh? kena adil la. kalau tak boleh katakan tidak pada semua. jangan berat sebelah sebab nampak sangat bezanya.
4. AP kereta luar hanya diberikan kepada kroni2- boleh pulak - kenapa rakyat negara lain boleh menikmati kehebatan kereta luaq tanpa perlu buat loan yang besaq macam kat malaysia? jawap soalan ini dah cukup. duty masuk malaysia apa tak boleh bayaq ka? pasepa camry kat indonesia berharga senilai rm60k sahaja, kat malaysia 150k? jawap2.
5. Hiduplah berjimat, tetapi majlis pertunangan anak perdana menteri sampai 400k - boleh pulak?- suruh rakyat berwasatiyyah, sndri jimat hapa kalau tunang saja pun dah 400k. tu belum kompem kawin tu. kena laki tu men pompuan len. duit sapa jugak yang rugi? pemerintah hapa macam ni. ikat bata pun fail.
6. Soft loan kepada menteri berfaedah 2%, tapi rakyat nak beli kereta pun 3-5% - boleh pulak? - macam kes tol dan minyak, apa kelebihan menteri2, kroni2 umno berbanding rakyat lain? sama taraf rakyat jugak. kena bagi sama la.
7. Bekas menteri didapati bersalah seleweng wang berjuta, hukuman setahun, tapi orang biasa curi shampu penjara 4 tahun - boleh pulak? - ini jelas ketidak adilan sistem kehakiman yang terangan berat sebelah.
8. Imam biasa terguna duit zakat terlebih dahulu kemudian membayar semula, dihukum 3 tahun penjara, menteri zakat guna dulu tapi tak bayar lagi, hukuman setahun - boleh pula? - sama seperti di atas.
9. Kelab UMNO luar negara (disertai student) boleh berpolitik, rakyat menyatakan sokongan terangan kepada PR tidak boleh berpolitik, ditarik biasiswa - boleh pulak? - kalau student sokong umno boleh berpolitik, apa salah student PR? depa pun rakyat malaysia. kalau tak bagi jangan bagi dua dua teruih. kalau bagi kena bagi semua lah. baru adil.
10. Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri terbukti telah terlibat dalam banyak skandal, tetapi masih memerintah negara tanpa sebarang dakwa - boleh pulak? - ni petunjuk akhir zaman oleh Nabi SAW - pemimpin zalim diangkat, pemimpin alim ditolak. malaysia bukan takat pemimpin alim ditolak, Allah SWT pun ditolak. jenuh macamana Tuhan tak bagi bala?
11. Menteri yang sudah tertangkap basah kerana berkhalwat, hubungan seks pun masih boleh memerintah - boleh pulak? - sama seperti di atas
12. Media utama negara hanya bias pada sebelah pihak - boleh pulak? - malaysia ja media berat sebelah. di negara lain media adil untuk semua pihak. so nampak dak?
13. Pihak pembangkang tak boleh guna tempat public seperti sekolah, masjid, surau untuk bercerita politik, tapi kerajaan boleh - boleh pulak? - kalau tak bagi jangan bagi semua, kalau bagi benarkan semua, jangan berat sebelah
14. Kalau menulis artikel atau buku atau menerbitkan apa2 yang menyatakan pendirian berlawanan kerajaan, kena ban, kena gam, tapi kalau sokong kerajaan tak kena gam - boleh pulak? - ni hak rakyat dinafikan..macam ni punya pemimpin pun nak sanjung lagi?
15. Pekerja sektor awam tidak boleh menyokong pembangkang, sokong kerajaan takpa - boleh pulak? - pekerja kerajaan pun berhak menentukan siapa yang patut memerintah, mereka tak boleh bias kepada satu pihak. kalau bias tu tandanya takut kepada pemimpin tapi tak ikut akai. Takut kat pemimpin lagi takut kat Allah SWT. sedaqla yang kita akan disoal esok.
16. ...


Semua ni satu ja sebab dia.
Sebab Malaysia kita diperintah oleh PEROMPAK.

Sapa kepala Perompak?
Mahathir Mohamad Iskandar Kutty

Sapa timbalan kepala Perompak?
Daim Zainuddin
Syed Mokhtar Al bukhary
Rafidah Aziz
Vincent Tan
Robert Kuok
Ananda Krishnan

Siapa perompak senior?
Sama seperti di atas

Siapa perompak junior?
Najib dan Rosmah
Jamil Khir
Shahrizat
(Pasepa depa junior - sebab kantoi buat jahat, tak pro, tu pun lepaih jugak..boleh laa..)

ramai lagi lah. ni ingat-ingat lupa ja.

Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar dijatuhkan rejim perompak ni supaya rakyat boleh menikmati semua hasil negara yang dah lama tertangguh.

2 comments:

  1. "supaya rakyat boleh menikmati semua hasil negara yang dah lama tertangguh"?? ahahaha
    kalo nk rasa hasil nikmat ni mmg kena angkat tangan tinggi2 doa mohon kt Tuhan..dikhuatiri sape pn memimpin lepas ni, pusing2 kt situ jugak. ekonomi recovery pn paling best ko hanya merasa beli beras jimat 30sen...kehkehkeh (doa senjata mukmin)

    ReplyDelete
  2. Memang betui, kita cuma ada usaha untuk memilih tapi dalam masa yang sama menerangkan serta menyedarkan hakikat ini.

    Dan betui, Tawakkal kita kepada Allah SWT.

    Tujuan utama blog ini lebih kepada menerangkan apa yang basic sebenarnya. Masih ramai yang buta hakikat, masih ramai yang nak menyanjung pemimpin2 yang zalim sama ada terang-terangan atau di belakang tabir..ini masalahnya.

    ReplyDelete