Thursday, March 8, 2012

Maju atau Mundur?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.

Kehidupan kita seharian dewasa ini apa yang kita kejar, apa yang kita kecapi sebenaqnya. Apa yang kita nikmati sebenaqnya. Apa yang sepatutnya kita dapat. Apa yang sebenaqnya kita dapat. Apa yang selayaknya kita dapat. Dari diri kita sendiri, dari usaha kita sendiri, dari hasil titik peluh kita sendiri.

Namun setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Setiap orang mempunyai level pemikiran yang berbeza. Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza. Memang kita semua sama, makhluk Allah SWT. Tapi hakikatnya bagaimana tindakan kita, pemikiran kita serta kehidupan kita itulah yang menentukan bagaimana kita akan end up akhirnya.

Maju. Apakah definisi Maju. Sinonimnya Moden. Asalnya perkataan Madaan di dalam bahasa Arab bermaksud tamadun.

Maju istilahnya apa? Maju di mata kita apa? Maju hasil nya apa? Maju asalnya dari apa?
Sebenaqnya secara jujoqnya, ramai yang memandang, MAJU ini:
1)      KLCC
2)      KLIA
3)     F1 SEPANG
4)      LRT
5)     MonoREL
6)    Menara KL
7)    Eye on Malaysia
8)      Pavillion, Midvalley, Bukit Bintang
9)      Tesco, Giant
10) Mcdonalds, Pizza Hut, KFC
11)   Genting Highlands
12)  Berbangga Syed mokhtar Al bukhary jadi billionaire, berasa tercabar dengan kayanya Vincent tan, ananda Krishnan, Robert kuok dan sebagainya

Contoh terbaik orang kata, walau pun cara seloroh, orang kata kalau tempat tu ada TESCO, ada GIANT, ada McD,KFC,Pizza Hut, “uih dah maju no kulim, ada tesco!” itu hakikatnya walaupun berseloroh.
Betuikah pemikiran seperti ini mengenai MAJU?

Apakah sebenaqnya MAJU disisi Allah SWT? Adakah ada banyak wang? Adakah ada banyak bangunan Tinggi? Adakah ada banyak tesco dan giant? Adakah ada banyak kfc, pizza hut, mcdonalds?

Cuba kita korek balik la, habih ingat pun hat sikit-sikit pun jadi la. Al-Quran ni, dia dah siap ready semua dah, ahli saintis baru nak cari, baru nak jumpa. Ada betui? Tak betui? Betui? Sekecik-kecik semut pun nama dia ada dalam Al-Quran, sekecik-kecik kuman pun nama dia ada dalam quran, sebesaq-besaq matahari pun nama dia ada dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran ada tulis dah akhir zaman nak jadi lagu mana. Dalam Al-Quran ada tulis proses kejadian manusia macamana. Dalam Al-Quran ada tulis macamana nak mengubati orang yang sakit AIDS (biasanya golongan yang berzina lah kena AIDS ni), semua benda Al-Quran dah explain. Al-Quran jugak boleh menjadi ubat, tak kira lah ubat apa pun. (apa bukti hang? Cari sendiri lah, semua boleh baca quran kan, lain la kalau tak pandai baca quran, baca tafsir pun boleh jugak kan). Yang paling penting sekali, dalam Al-Quran, tak kira lah ayat apa pun, mesti akan ada tulis, darjat manusia di sisi Allah SWT. Apa yang Allah SWT nak manusia buat supaya mendapat rahmat dari Nya, mendapat hidayah Nya, mendapat anugerah tertinggi dari Nya.
Apa dia tu?

Macam2. Yang paling bertakwa akan dapat habuan dari Nya, yang paling beriman dan beramal soleh akan mendapat habuan dari Nya, yang menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar akan mendapat anugerahNya, yang paling tinggi darjatnya ialah mereka yang membaca, beramal dan menyebarkan Al-Quran, menegakkan Al-Quran, menjunjung Al-Quran dan mengGUNAkan Al-Quran. Pendekata p mai p mai semua Al-Quran. Macam saya kata awai2 tadi. Apa benda yang berkait dengan kehidupan yang Al-Quran tadak JAWAPAN? Macamana boleh tak dak jawapan sedangkan yang memberi kata-kata di dalam Al-Quran adalah Pencipta Alam ini? Alam ya, bukan bumi saja. Termasuk la bima sakti dan segalanya yang wujud dan ghaib.

Dan semua-semua darjat di atas, bukan Allah SWT bagi kat sebagai reward sahaja. Ia adalah satu tanggungjawab buat semua makhluk bernama manusia, dengan jaminan reward yang diberikan oleh Nya. Tanggungjawab tetap tanggungjawab, di anugerahkan dengan reward. Kita nak reward tapi tanggungjawab kita tak buat, macamana nak dapat reward?

Suatu ketika di zaman nabi SAW pernah suatu ketika Nabi SAW mahu mengirimkan satu pasukan tentera, tiba ketika di mana Nabi SAW ingin melantik kapten pasukan tentera tersebut. Apa kata Nabi SAW?

“Siapakah di antara kamu yang menghafaz Al-Quran?”

Tidak ada siapa yang mengangkat tangan. Kemudian Nabi SAW bertanya lagi:

“Siapakah di antara kamu yang menghafaz beberapa surah Al-Quran”

Kemudian salah seorang dari sahabat Nabi SAW mengangkat tangan lalu berkata: “Saya menghafal seluruh Surah Al-Baqarah ya Rasulullah”

Kata Nabi SAW “ Maka kamu lah yang akan memimpin pasukan ini”.

Ada lagi satu cerita mengenai betapa tingginya darjat orang yang dekat dengan Al-Quran disisi Rasulullah SAW, iaitu ketika pengebumian para syuhada Perang Uhud.

Ketika itu Nabi SAW bertanya kepada para sahabat: “Yang manakah di antara mereka yang menghafaz Al-Quran?”. Maka yang menghafaz Al-Quran dikebumikan terlebih dahulu.

Kita ni, kata ja rajin selawat ke atas Nabi SAW. Mai Maulud Nabi SAW sambut besar-besaran. Tapi yang Nabi SAW buat, yang Allah SWT dan Nabi SAW suruh buat, kita ambik sikit, tinggai banyak. Kita Ambik sikit-sikit, secopek secopek. Baca ayat Quran bila nak lalu jalan gelap (takut hantu!). Elok lagi 5 minit nak sampai rumah hilang la ayat Quran tadi. Quran takleh letak kat bawah, so letak la kat atas, sampai nak ambik pun tak sampai dah. Jadi la Quran itu Suci dalam Debu. Ya la Quran suci tapi berdebu sebab letak kat atas rak tak dak sapa ambik.
Berbalik kepada Maju, kita dah boleh Nampak dah kan apa dan bagaimana definisi manusia tertinggi di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Al-Quran sebagai kehidupan. Al-Quran sebagai panduan. Al-Quran sebagai penunjuk jalan. Mereka inilah golongan yang maju. Sapa kata ikut Islam tak maju. Kelantan tanpa sesen (sedet kata orang utara) pun saluran kerajaan pusat masih mampu mengurangkan dan mengclearkan deficit hutang. Adakah kita mau kata Kelantan mundur? Itulah kerajaan yang maju. Saya bukan berkata kerana nak bias dari segi politik. Saya bercakap kerana nilai2 Islam yang terdapat di kelate. Bagaimana pemimpin dia. Bukan masalah bias, tapi dah memang ini contoh terbaik yang ada.

KeMAJUan di mata sesetengah atau kebanyakan orang, hanya kerana dunia semata-mata? Bangunan tinggi seperti KLCC, apa yang anda dapat dengan berdiri megahnya KLCC tu? Dapat rasa megah saja la? Tu pun bukannya orang Malaysia buat, apatah lagi orang Islam. Nak bangga apanya? Kalau bangga pun dapat apa? Adakah hasil tourism yang berlaku di KLCC, satu Malaysia dapat rasa? Orang Baling, Kuala Ketil boleh rasa?

Adakah LRT di kuala lumpur, sebagai satu ‘kemajuan’, membawa faedah kepada orang cerok tokkun? Adakah ia memudahkan perjalanan orang kubang rotan?

Ada yang mampu ada yang tak mampu.

Ramai lagi di Malaysia ini yang nak membeli setong gas untuk memasak pun tidak mampu? Tanyalah diri anda sendiri jikalau benda ini sudah tidak ada.

Adakah dengan program BERSAMAMU itu menolong kesemua rakyat miskin di Negara ini? Atau hanya imbasan kononnya keprihatinan itu berlaku? Cuba pikiaq tengok. Pakcik2 makciks2 yang masuk dalam program BERSAMAMU itu. Apa depa dapat? Sekampit beraih? Baju raya? Songkok? Kain pelekat? Duit rm500? Duit rm1000? Tahan lama mana? Ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Inikah Negara Maju?

Di Australia, orang yang homeless mendapat elaun setiap bulan, sekitar AUD1000. Tangga gaji di Australia, seorang penyapu sampah, lihat betui2, PENYAPU SAMPAH, mempunyai gaji sekitar AUD2000. Ini adalah hakikat, bukan hentam keromo. Pemetik buah, atau pun fruit picker, diberi gaji berdasarkan berapa banyak buah yang boleh dipetik, selalunya mencapat AUD1000 seminggu. Sebulan? (Tp bergantung juga kepada musim buah). Bayangkanlah kalau yang bekerja di sector kerajaan, perkilangan dan sebagainya.

Jangan bila saya buat statement kat atas ni, orang kata plak “P la belah dari Negara ni, p duduk Negara lain apply kerakyatan Negara lain”. Ini orang jenih tak boleh pakai punya. Kita kritik untuk kebaikan, untuk improvement, bukan untuk kritik buta semata-mata. Apa punya orang macam ni pun tak tau.

Ini adalah sebenarnya kenyataan sebuah Negara maju. Australia adalah tempat yang saya berpeluang hidup di sana sekitar 5 tahun. Dan apa yang saya Nampak, terlalu langit dan bumi perbezaan antara Australia dan Malaysia. Dari segi kemajuan yang saya definisikan, telah saya terangkan di atas. Satu lagi contoh, di sana, kawalan harga minyak dikaji SETIAP HARI. By the way mereka bukan Negara pengeluar minyak ya. Katakan harga minyak mereka, aud2.00 seliter, jika keesokannya naik kepada sekian sekian amount, Rakyat sudah pun berdemo menyuruh PM mereka letak jawatan. Dan berdemo tanpa sekatan FRU, tanpa sekatan polis, tanpa ada orang yang komen seperti “hangpa dok berimpun buat pa bukan dapat apa pun”.

Hak rakyat tidak dinafikan. Kerana rakyat tidak puas hati, rakyat terus bersuara dan hasilnya, hari ini Kevin Rudd (PM ketika saya berada di sana) sudah pun digulingkan. Nampak? Hanya kerana tidak dapat mengawal harga minyak, tidak dapat mengawal inflasi, terus rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati, dan tiada pun sekatan dari mana-mana pihak. Malah media pun turut membuat penyiaran demo tersebut, membuat liputan live. Debat antara PM dan ketua pembangkang juga diadakan secara LIVE di TV tanpa ragu-ragu. Iklan pilihanraya menjadi BEBAS, kedua-dua belah pihak dibenarkan berkempen di dalam TV. Terserah kepada rakyat mahu memilih dan menilai pemimpin yang mana mampu membuat keputusan. Disinilah kuasa rakyat di Australia, sebuah Negara maju, dan Negara bukan ISLAM.

Kita, sebagai sebuah Negara Islam, sepatutnya kembali kepada Al-Quran. Pemimpin yang dipilih sepatutnya menjadikan Al-Quran sebagai kehidupan, bukan Al-Quran di atas rak, bukan Al-Quran apabila ucapan Hari Raya, bukan Al-Quran ketika ucapan Maal Hijrah, bukan Al-Quran ketika ucapan Maulud Nabi SAHAJA. Al-Quran sebagai kehidupan. Barulah pertolongan demi pertolongan Allah SWT akan sampai. Macam la ni punya pemimpin, mana tak ketinggalan? Indeks rasuah semakin menjunam, hutang Negara menghampiri 55.5% GDP (sekarang 54%), kadar tangga gaji rakyat 70% bawah rm3000 ( sama dengan USD900-1000, lagi rendah dari gaji seorang operator kilang di amerika),  and yet kita rakyat marhaein ni nak berasa bangga ada orang melayu macam Syed Mokhtar Al Bukhary jadi billionaire? Kita dapat apa? Dia beli Gardenia tolong rakyat? Beli Gula tolong rakyat? Yang dapat untung berkandaq kandaq adalah Syed Mokhtar Al Bukhary, bukannya rakyat Malaysia pun. Sama la kes ananda Krishnan, Vincent tan, Robert kuok dan paling utama, MAHATHIR. Bangga dengan depa2 ni adakah petanda Negara Malaysia Maju?

Sepatutnya, kemajuan sesebuah Negara itu perlu dinilai berdasarkan ekonomi rakyatnya. Biar jurang antara yang tertinggi dan yang terendah tidak jauh. Biar harga barang setara dengan kemampuan rakyat. Malaysia bukan Negara gersang tiada apa. Getah banyak, timah banyak, minyak ada, gula ada, emas ada, copper ada, beraih pun banyak, dan banyak lagi lah. Gunakan dengan sebaiknya dan dengan mengikut panduan Al-Quran. Timbang sukat tu kena betui. Ni pesawah tolak beraih kat bernas, berapa boleh dapat? Berapa sangat? Tu duk bangga lagi dengan syed mokhtar al bukhary beli Bernas? Thailand di mata ramai orang Nampak mundur. Mundur-mundur Thailand tak seinci jalan pun di sana memerlukan Tol. Jalan double lane pulak tu. Single ada double pun ada. Tak kena bayaq tol, sapa pun boleh pakai. Macam kami di kedah ni nak p KL pikiaq 5 kali gak la tara nak bajet duit tol tu dulu.

Biar Negara Nampak bangunan rendah tapi rakyat hidup sama rata. Banyak cara boleh dilakukan untuk memajukan Negara, antara paling ketara ialah majukan pendapatan rakyat. Nilai prestasi berdasarkan merit bukan kabel, bukan kroni. Indeks rasuah pun dah setaraf Negara seperti Zambia, nak claim Negara maju.
Apa yang Litar F1 Sepang bagi kat kita? Apa yang Eye on Malaysia bagi kat kita? Apa yang KLCC bagi kat kita? Apa yang pavilion bagi kat kita?

Tenung-tenungkan. Ini bukan untuk pemimpin saja tapi untuk semua. Majukah kita, Majukah Negara kita, majukah pemimpin kita.

2 comments:

  1. negara kita negara kebajikan ok! saya dapat bantuan RM500 1malaysia.. anak-anak saya juga dapat bantuan voucer 1malaysia RM200.. syukurlah.. itu tandanya negara kita sudah maju kerana pemimpin sangat prihatin dan mampu memberi bantuan kewangan kepada rakyat..

    - penonton setia televisyen

    ReplyDelete
  2. saudara crayon,
    dapat bantuan rakyat 1 Malaysia, cukup ka rm500 tu dalam masa 54 tahun? voucher satu malaysia, adakah pelajar pergi membeli buku kerana betui2 ingin study ataupun just kerana tiba2 dapat bantuan?

    adakah jaminan kerajaan benda ni akan berlaku tiap2 tahun?
    Rm500? kahkahkah

    dan taukah anda dari manakah rm500 itu diambil?kahkahkah

    ReplyDelete