Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perbezaan Pendapat adakah waran untuk dijadikan isu sebagai
sesuatu pemerintahan itu berada di dalam kemelut atau krisis?
Sekarang ni dok heboh pasai Kerajaan Kedah kununnya berada
di dalam krisis pemerintahan, di mana penolakan tawaran oleh dua exco kerajaan
negeri iaitu YB Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail.
Lebih menarik, ada yang mengatakan perbezaan pendapat ini
telah membawa kepada kemelut yang boleh menentukan tanda aras keyakinan rakyat
terhadap sesebuah kerajaan. Wau, macam tu tak boleh ada perbezaan pendapat
langsung lah? Wooo…orang jenis apakah yang berani menyatakan kenyataan
sedemikian ini? Yaa, orang seperti ini dikatakan ibarat musuh dalam selimut.
Ada seorang makhluk Allah SWT ni mengaku bahawa dia bekerja
di bawah pemerintahan kerajaan Kelantan, day in day out, dan terus menyatakan
yang kerajaan Kelantan di bawah PAS adalah kerajaan yang lemah. So? Apa
kaitannya dengan ‘kerisis/kemelut’ kerajaan negeri kedah? PAS Kelantan lemah,
penanda aras PAS kedah lemah? And by the way, apa facts yang dia bawakkan untuk
claim PAS Kelantan lemah? Zero. Dia Cuma claim dia day in day out kerja gomen
kelate. Kahkahkah, macam ni ja orang yang sembunyi2 sokong umno nak debat? Oi hang
tau dak gaji hang tu bukan mai dari kerajaan Pusat, dari kerajaan Tuan Guru
yang hang gheja tu la, nak harapkan duit Kelantan yang patutnya disalurkan oleh
Pusat, ada hang nak rasa? Melainkan hang gheja ngan annuar musa lain la kot..
Kemudian di samakan pulak dengan krisis yang melanda Perak,
dimana YB Nizar dirampas kuasa secara haram. Kononnya vote of no confidence di
nyatakan oleh exco dan Sultan memecat yb Nizar.
Alih-alih kata Sultan Kedah Pro-PAS. Kahkahkah…mana dia
dapat tau pun tak tau..dia p sembang ngan sultan kot..
Jika perbezaan pendapat di dalam majlis exco menjadi suatu
tanda aras keyakinan rakyat kepada kerajaan tersebut, alangkah lemahnya
pemikiran rakyat jika menilai berdasarkan ini.
Mai saya cerita cara yang kita sepatutnya faham dalam
keadaan yang tak sepatutnya menjadi isu ni. Mengapa ia jadi isu? Media
lah..kerja depa..benda A cakap B, benda B cakap C. ni memang ideology Machiavelli.
Media digunakan sepenuhnya demi mengekalkan kuasa yang ada. Cerita mesti diputar
belit agar ideology yang bertentang dengan ideology yang dibawa oleh pihak
berkenaan menjadi negative. So kena hati-hati dalam membaca dan menerima
tulisan media ni, baik di pihak pro A mahupun di pro B. (paham2 la kan A dan B
tu sapa).
Saya secara kebetulan mempunyai salah seorang dari ahli
keluarga saya yang termasuk di dalam sidang tertutup prosiding pendengaran
jawatankuasa ulamak PAS Pusat terhadap kedua-dua belah pihak Ustaz Azizan Abdul
Razak dan jugak YB Phahrolrazi serta Dr. Ismail. Mungkin anda percaya mungkin
anda tidak percaya (hang sapa, aku pun bleh kata sepupu aku duk skali ustat
azizan). Apa yang saya pasti, ahli keluarga saya ini memang sama-sama bekerja
dengan kedua-dua orang ini iaitu ustat Azizan dan YB Phahrolrazi sendiri. Faham
ya istilah SAMA-SAMA BEKERJA. Bukan BEKERJA DI BAWAH.
Apa yang saya nak habaq kat sini ialah, jawatankuasa ulamak
Pusat, atau pun pendekatanya geng2 majlis Syura Pusat, dah come out with
investigation report, investigation hearing kepada kedua-dua belah pihak. Ustat
Azizan dah come out with hujah dan faktanya dan YB Phahrolrazi dah come out
with hujah dan faktanya. Apa pun decision yang keluaq adalah berdasarkan
penelitian kedua-dua belah pihak punya hujah. Habih cerita. Apa nak jadi
isunya? Ada kaitan dengan keyakinan rakyat?
Dalam kes ini, kalau dibuat secara format bahas ala
parlimen, ustat Azizan akan jadi sebagai pihak kerajaan dan yb phahrolrazi akan
jadi pihak pembangkang, dan keputusan juri iaitu ahli majlis syura memutuskan
ustat Azizan akan menjadi MB Kedah sehingga PRU13 dan YB Phahrolrazi dinaikkan
pangkat ke pesuruhjaya PAS Kedah berkuat kuasa serta merta. Anda nak percaya
atau tidak, ini adalah prosiding yang pertama. NAMUN, apabila sampai keputusan
untuk diumumkan oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Hadi Awang, telah ditolak
bulat-bulat. So kes ini, apa kaitan dengan keyakinan rakyat?
So dalam kes ni, Tuan Guru Hadi sebenarnya bukan campur
tangan, tetapi beliau sebagai Presiden PAS layak memberi keputusan atau pun
rundingan kedua dilakukan. Saya bukan pro Tuan Guru Hadi. Saya lebih setuju
pendekatan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini mengenai hal ini, iaitu “buatlah
yang mana akan menjadikan keadaan lebih elok”. Dia tidak suruh atau dia tidak
larang apa pun tindakan yang bakal diputuskan. Beliau sebagai mursyidul Am PAS nampak
lebih relevant dalam kenyataan ini. Tapi saya kira Haji Hadi juga telah bertemu
kedua-dua belah pihak dan telah mendengar kedua-duanya berdasarkan hujah
masing-masing.
So pada ana kes ini sebenaqnya tak sepatutnya membabitkan
keyakinan rakyat pun (awat plak, bila exco bergolak, mestila menyebabkan orang
kurang yakin dengan pemerintahan ni, sedangkan sama-sama exco pun berbeza
pendapat?kalau tak ditangan dengan bijak macamana orang nak yakin?) Tu dia la
bila orang kata problem statement pun dah tak paham..melalut habih la semua.
Ok.
Problem Statement: Exco does not want to renew position in
2012 (Phahrolrazi,Ismail)
Root-cause: Indifferences in decision making between exco
members and the head exco (MB)
Root-cause investigation:
·
Main Root Cause: Certain decisions made by MB
were seen as direct negotiation, where it should be open tender, and instead
neglecting or rejecting PAS delegate decisions. (This is what claimed by
Phahrolrazi)
·
Fact and figures brought up by both sides to
stand up for themselves.
Corrective Action and Preventive Action (For first
proceeding):
·
Phahrolrazi to be installed as PAS Kedah Chief
Commissioner (Pesuruhjaya PAS Kedah)
·
Ustat Azizan Razak will maintain as MB of Kedah
until the next GE
Ini yang dikatakan prosiding yang pertama yang telah direjek
oleh Tuan Guru Hadi Awang. Sebenaqnya perjalanan dalam menyelesaikan kes ni
cukup simple dan straight forward. Pihak A bagi hujah, Pihak B bagi hujah, dan
Pihak C buat keputusan. Senang. Apa kaitan nya dengan keyakinan
rakyat?
Dalam kes ni, boleh la dikatakan:
Pihak A: Ustat Azizan
Pihak B: Phahrolrazi dan Ismail
Pihak C: Jawatankuasa Ulamak PAS Pusat
Ada ‘suara-suara’ pulak yang mengatakan, tak boleh la geng
PAS pusat campurtangan sebab ia melibatkan Exco kerajaan negeri kedah. Awat
pulak tak boleh. Kot mana pun semua bernaung di bawah PAS. PAS Pusat berhak
mengambil inisiatif dalam menyelesaikan apa yang berlaku. Ooo kalau kes Perak
Najib dan Azlan Shah campuq tangan hangpa tak hingaq? Isu Shahidan Kassim
dengan Isa Sabu di Perlis tadak sapa hingaq pun? Sengap lagu tu ja? Boleh pulak
tak melanggar undang-undang tubuh perlis?
Dalam kes ni takkan nak ambik majlis ulamak PAS Kedah jadi
juri. Tentu akan ada unsur bias dalam keputusan tu, sama ada memihak satu
pihak, atau satu pihak lagi. Sama la macam Laporan Ketua Audit Negara, ia tidak
boleh memihak atau melapor kepada mana-mana pemerintah. Ia mesti melapor kepada
setiap Sultan negeri tersebut, sebab Sultan tidak boleh memihak mana-mana parti
politik. Jenuh makan rasuah la lagu tu Tan Sri Ambrin Buang kalau nak pihak
ikut pemerintah negeri.
Akhir sekali, mari kita sama-sama kembali kepada As-sunnah
Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW:
"Perbezaan
pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat dan perpecahan itu azab
(menyakitkan)."
Perpecahan
atau perbezaan pendapat ini adalah dalam Bab FEQAH.
Bab
Feqah mengandungi perkara-perkara seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah dan Siasah.
Dalam
hal-hal ini, nabi membenarkan berlaku perbezaan pendapat.
Sebagaimana
sabdanya, “Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia
mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala”.
Nabi
tak katapun, ijtihad yang salah mendapat dosa!. Malahan diberi 1 pahala.
Barangkali sebagai hadiah untuknya kerana serius memikirkan masalah agama untuk
kebaikan ummah. (Siapa
yang boleh ijtihad tuu.. tengok oranglah, pulak!)
Tambahan
pula ayat-ayat Al-Quran itu ada yang jelas (ayat Muktamad), dan ada yang
samar-samar (ayat Mutasyabihat).
Ayat
yang samar-samar sudah pasti timbul tafsiran yang berbeza-beza disebabkan
kepala otak yang berbeza-beza kadar IQ nya.
Contoh,
masalah dalam bab batal wuduk. Perkara ini berbangkit dari firman Allah yang
tak jelas, iaitu,“Atau kamu menyentuh perempuan” (Al Maidah: 6)
(Ulama
membandingkan perkataan ‘sentuh’ dengan sifat Allah yang Maha Pemalu. Sentuh di
situ ada makna tersirat!).
Maka..
Iman
Syafie r.h. berijtihad, sentuh kulit perempuan batal air sembayang.
Iman
Hanafi kata, tidak!. Naik ‘syok’ baru batal air sembahyang.
Ada
pula seorang Imam kata, sampai peringkat bersetubuh baharulah batal air
sembahyang.
Mana
satu yang tepat dan dapat dua pahala, Waallah hualam!
Yang
pasti, kita mudah untuk mengerjakan tawaf Baitullahi Haram di kala
perempuan-perempuan Hidustani dok sondol-sondol kaki kita kat depan-belakang! Kan tu satu Rahmat!.
Kalau
tidak.. kita dok berulang ambil air sembahyang untuk cukup 7 pusingan. Jenuh
jugak la kan.
Berbeza
pendapat ni bukan bermusuh. kita sebagai manusia
biasa sewajibnya memahami bahawa perbezaan pandangan atau buah fikiran bukanlah
dicipta untuk mencetuskan satu permusuhan dan sentimen pertelagahan sesama
manusia. Sebaliknya, ia hanyalah merupakan sebahagian daripada wadah atau
medium untuk mencipta satu persefahaman yang mantap dan semangat toleransi yang
jitu dan akhirnya akan menjalin satu ikatan
persaudaraan dan kesatuan ummah yang mapan sama ada sesama Islam
mahupun sesama bukan Islam.
Contoh paling mudah dalam Islam berkenaan persoalan
perbezaan pendapat ini timbulnya pelbagai mazhab. Kita harus menerima hakikat
bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu
berbeda-beda. Kerana itulah wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga
mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi. Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud
sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Apatah lagi kita umat akhir
zaman. Persoalan sebesar Akidah masih ada banyak khilaf, apa lagi isu-isu lain
yang bersifat teknikal.
Teladani Rasulullah SAW. Mari kita perhatikan beberapa contoh
yang dipetik daripada sirah agung Rasulullah SAW dalam persoalan menangani
perbezaan pendapat ini.
1. Sejurus perang Ahzab atau perang Khandak,
Rasulullah s.a.w. memerintahkan sebahagian para sahabat ke perkampungan Bani
Quraizhah untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianatan semasa peperangan.
Sebelum bertolak Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang beriman dengan
Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia solat asar melainkan di Bani
Quraizhah.”
Para sahabat dari madrasah az-Zawahir menafsir hadis
itu secara literal sehingga menyebabkan mereka melewatkan solat asar
sehinggalah mereka tiba di perkampungan Bani Quraizhah walaupun telah masuk
waktu maghrib. Para sahabat dari madrasah al-Maqasid melakukan solat asar
ketika di perjalanan kerana berpandangan bahawa tujuan Rasulullah s.a.w.
berkata begitu ialah supaya para sahabat bersegera ke sana.
Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah,
Baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan. Inilah antara bukti bahawa
Rasulullah s.a.w. sangat meraikan perbezaan pendapat di kalangan para sahabat
malah Baginda membiarkan mereka beramal mengikut ijtihad masing-masing.
2. Musyawarah yang diperintahkan Allah kepadaNya
telah dipraktikkan oleh Rasulullah dalam banyak peristiwa terutamanya dalam
soal-soal yang berkaitan dengan strategi perang.
Contohnya dalam perang Badar. Rasulullah telah
bermusyawarah dengan para sahabat dengan menawarkan ideanya untuk menghalang
khafilah musyrikin Quraisy yang kembali dari Syam. Idea tersebut diterima dan
disepakati oleh para sahabat dengan kata-kata yang menyakinkan:
”Ya Rasulullah, sekiranya engkau mengajak kami berjalan menyeberangi
lautan yang luas ini, tentu akan kami lakukannya dan sekali-kali tidaklah kami
akan bersikap seperti kaum Musa yang berkata kepada nabinya: Pergilah engkau
bersama Tuhanmu berperang, sedang kami akan tetap tinggal di sini.”
Perbezaan pendapat dalam muyawarah sebegini mampu
dimurnikan dengan baik hingga menimbulkan penyelesaian terbaik yang diterima semua.
Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika seorang di antara kamu dimesyuarahi saudaranya, maka hendaklah ia
memberikan petunjuknya”
Sewajarnya
wujud perasaan saling hormat menghormati dan harga menghargai antara satu sama
lain kerana kita semuanya diciptakan Allah bersama-sama dengan kelebihan dan
kekurangan masing-masing biarpun kita adalah sebaik-baik makhluk di bumi Allah
ini.pendapat atau pandangan boleh saja diterima dan boleh juga
ditolak, kerana ia hanyalah pandangan, ia bukan satu keputusan, bukan satu
resolusi, bukan juga satu arahan malah bukan dalil mutlak! Maka perbincangan
secara ilmiah wajiblah diadakan. Tidaklah menjadikan seseorang itu rendah
martabat atau menjadi hina jika pendapatnya ditolak.
Dalam
kes ni adalah sangat ketara professionalism diperlukan oleh kedua-dua belah
pihak.
So kesimpulannya,
Isu ni tak sepatutnya membangkitkan kebimbangan rakyat pun,
kenapa?
Kerana, prestasi Kerajaan Kedah di bawah PAS sudah 54 tahun
meninggalkan prestasi Kerajaan Kedah di bawah UMNO. Baru pegang 4 tahun sudah
surpass 54 tahun pemerintahan UMNO.
Kerana yang kedua, isu perbezaan pendapat ni antara exco
dengan MB. Isu ni hanya kerana decision making.
Apa yang nak ditidak yakin kan?
Wallahualam
No comments:
Post a Comment