Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Malaysia
kita, hari hari berita, politik politik politik. Cemuih jugak hari hari politik
politik politik.
Sampai
ada yang melabelkan politik ini ibarat seketui taik, ahli politik pula berlawan
sesama mereka taik sapa
busuk
lagi. Atau pun untuk kurangkan sedikit busuk itu, dilabelkan sebagai kentut.
Kentut sapa lagi busuk dia lah yang menang...? Ini pandangan golongan atas
angin.
Golongan
atas angin ini, depa ni sifatnya jenis menerima bulat-bulat faedah, walaupun di
samping faedah itu terdapat anasir2 tidak elok. Atau dalam erti kata lain,
mereka ini jenih bersyukur dengan apa yang ada (
baguih
tuuu..awat tak baguih ka bersyukur?)
Sebagai
contoh terdekat, BERSIH 2.0. komen orang-orang seperti di ateh ialah, "ish
buat pa la dok berimpun, dok MENYUSAHKAN ORANG betui, jalan jem, hangpa dapat
apa dok berimpun tu?" atau pun, "buat apa dok SUSAH2 p berimpun,
bersesak sana sini, MENYUSAHKAN ORANG, janji kerja hujung bulan masuk gaji
sudah. bukan dapat pa pun".
Golongan
ini adalah golongan yang melihat buku dari kulit buku saja, tidak melihat
isinya, atau dalam erti kata lain, tak mengkaji atau pun menelaah atau pun,
istilah drastik, tak pikiaq habih.
Puak-puak
macam ni lagi senang nak kaunta..
sama
ada:
a)
depa ni kata depa atas angin, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tapi
sebenaqnya sokong yang berkenaan (tipu diri sendiri la kira)
b)
depa kata depa ambik yang mana elok, yg mana tak elok tak ambik (kira campoq2
la, kalau yang si A buat elok ambik, yg A buat tak elok tak ambik, tapi kira
puas hati la dengan prestasi A)
tapi
yang penting depa kata, "hangpa dapat apa hangpa duk berimpun tu, ada
hangpa buleh apa2? last2 puak2 A dan B kat belakang tabiaq dok bergelak sakan
sama2 tengok hangpa mengkelai".
Benda
ni bukan masalah dapat kelebihan, dapat faedah atau dapat taik ka apa. Benda ni
adalah KEHIDUPAN kita. Adakah depa ni faham ERTI KEHIDUPAN? Kita, sebagai ummat
Islam, apakah ERTI KEHIDUPAN kita? sekaldai2 kita pun, tau punya Syurga dan
Neraka. Tau bahawa Syurga itu indah, Syurga itu ultimate gift from God. Tau
neraka itu dahsyat, ngeri, dan sebagainya. Tapi, jom kita soal diri kita balik
sebagai ummat Muhammad SAW (ummat akhir zaman), apakah target kita dalam hidup?
soalan ni termasuklah saya soal diri saya sendiri. Ana jamin la, 80-90% kalau
disoal secara rambang:
a)
kemewahan
b)
kemewahan
c)
kemewahan
d)
dah mewah, baru nak sedekah, semayang, haji apa suma. (sebab la ni mana ada
duit lagi).
bila
dah ada pemikiran macam ni, lahir lah insan2 yang kira dapat gaji dah cukup
baik bagi mereka.
Tahukah
anda, Islam bukan agama Ibadah SAHAJA? Islam ADALAH KEHIDUPAN. KEHIDUPAN
merangkumi IBADAH, DAKWAH, FITRAH, dan sebagainya yang bersangkut terus dengan
hal-hal kita setiap saat. TERMASUKLAH BERPOLITIK. Kerana melalui berpolitik,
kita melantik pemimpin kita. Siapa kata bukan tanggungjawab kita melantik
pemimpin? Sapa kata? mai mai habaq mai. Kita akan disoal di akhirat kelak
siapakah pemimpin yang kita pilih dan berdasarkan kriteria apakah kita memilih
pemimpin tersebut.
Mengapa
kita berpolitik? Kerana kita mesti kena ada pemimpin yang menguruskan hal
kebajikan umum kita sebagai rakyat, memimpin dan fasilitate kita. (satgi ada
kata pulak, takkan pemimpin 100%) Ada hal ehwal yang perlu diuruskan untuk
kepentingan umum. Senang saja nak jawab soalan ni sebenaqnya. Ana jawab soalan
dengan soalan. Mengapa Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah diutuskan kepada ummat
mereka? pandai-pandai hangpa jawab sendiri, dulu upsr kelas PAFA lulus,
PMR PAI A, SPM Quran Sunnah dan Syariah Islamiyyah A1. Dan satu lagi soalan,
Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul terakhir, diutuskan sehingga akhir
zaman. Apa maknanya? jawap2 jangan tak jawab. Dalam khutbah Wida` Rasulullah
SAW meninggalkan dua benda, Al-Quran dan as-sunnah. apa maknanya? jawap2.
Mengapa
timbul kerapkali, sesetengah isu kononnya 'dipolitikkan'? atau mereke
'mempolitikkan' isu Islam?
haa
yang ni ene mau explen sikit.
Mula-mula,
cuba
kita imbas kembali, setelah pemerintahan Rasulullah SAW, datang pemerintahan
khulafa` ar-rasyidiin, kemudian khilafah bani umayyah, bani abbasiyyah, dan
terakhir turki uthmaniyyah. di zaman mereka-mereka ini, pemimpin dilantik
berdasarkan majlis syura. diangkat berdasarkan persetujuan dan musyawwarah
ulama`, kemudian berbai`ah dengan nama Allah. walau seinci pun kesalahan
pemimpin tersebut berbai`ah bahawa beliau mesti dijatuhkan hukuman. begitulah
amalan dan tradisi berterusan, sehinggalah setelah Mustafa Kamal Ataturk, yang
ketika zaman pra kejatuhan Turki Uthmaniyyah, memegang jawatan general tentera,
mencadangkan supaya di adakan majlis perwakilan (perangkaan dan idea oleh
Theodore Hertzl - pengasas Zionism yahudi laknatullah). Majlis Perwakilan? apa
dia ni? apa lagi, wakil rakyat la. atau bahasa moden, demokrasi.
Apa
kena mengena dengan zaman kita?
Kita,
Malaysia kita, dunia kita, semua adalah MANGSA KEADAAN. mangsa keadaan apa? ya
lah, tengok lah bagaimana liciknya Yahudi sedikit demi sedikit merosakkan ummat
Islam. salah sapa? salah yahudi? SALAH. salah kita sendiri. mengapa salah kita
sendiri? sebab kita termakan umpan yahudi. mengapa kita termakan umpan yahudi?
sebab kita sendiri sedikit demi sedikit sudah meninggalkan Islam. err, apa dia
hang nak habaq sebenaqnya ni?
Kalau
kita kaji balik bagaimana kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah (baca buku la),
setelah beberapa lama kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih merampas kembali kota
Istanbul (dulunya konstantinople), ummat Islam semakin lama semakin tidak taat
kepada Allah SWT. (hang tau mana?) Sehinggalah zaman sampai kepada zaman AYAH
Mustafa Kamal Ataturk, juga menjadi salah seorang tentera Turki Uthmaniyyah.
Beliau sendiri mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, malah sebenarnya
berpura-pura Islam. Tambahan lagi beliau bersahabat dengan Yahudi Dumamah
(yahudi munafiq). Mengapa? kerana mereka sendiri tau yang tentera Islam Turki
jugak ada yang minum arak, dan sebagainya (melakukan larangan Allah SWT). Dalam
erti kata lain, sudah meninggalkan ajaran Islam. Ingat lagi janji Rasulullah
SAW mengenai kota konstatinople itu?
Sabda
Rasulullah SAW: “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh
ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik tentera……"(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Apa
maqna hadis Nabi SAW di ateh? pasepa setelah 800 tahun tentera Islam try, baru
nak buleh?
Apa
maqna nabi SAW kata, "sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera". Hangpa buleh baca kot no..Perkataan SEBAIK-BAIK di sisi
Rasulullah SAW ni macamana, level mana. Mestilah yang mengamalkan Islam 100%,
pengabdian diri kepada Allah SWT 100%. Pengabdian diri kepada Allah SWT ni
bukan kira semayang,posa,zakat, haji ja. Ia merangkumi KEHIDUPAN seluruhnya.
Semua
pun tau Dari Saidatina Aisyah RA,: "Akhlak Rasulullah SAW adalah
Al-Quran". Rasulullah SAW sebagai pemimpin ulung kita, menjunjung Allah
SWT dengan Al-Quran sebagai mediumnya.
Berbalik
kita kepada MANGSA KEADAAN. Kita adalah mangsa keadaan dunia masakini.
Perancangan Yahudi yang merancang sejak dulu, salah satu daripadanya ialah
mewujudkan semangat kebangsaan (mengambil iktibar mereka bangsa yang
berpindah-randah, tiada halatuju). Dan salah satu lagi daripadanya ialah
mewujudkan demokrasi. Dan dalam demokrasi inilah kita menjadi mangsa keadaan.
Pasepa?
Kerana
melalui demokrasi pemilihan adalah berdasarkan wakil yang dilantik, jika elok
maka eloklah tempat yang diwakili (umumnya) itu dan jika tak elok maka tak elok
lah tempat yang diwakili (umumnya). Walaupun demokrasi dah lama wujud, tapi
hanya setelah pembabitan Mustafa Kamal Ataturk di dalam ketenteraan Turki
(beliau adalah duri dalam daging kerajaan Turki Uthmaniyyah, menjadi ejen
Yahudi di belakang tabir), diserap prinsip demokrasi ini demi menghapuskan system
Islam yang telah lama diguna pakai sejak zaman Rasulullah SAW. Pehe?
Walaubagaimanapun,
Perkataan
MANGSA KEADAAN tidak boleh dijadikan alasan untuk kita (ummat Islam) mengalah.
Dan ummat Islam seluruh dunia tidak pernah mengalah, termasuklah yang terdapat
di dalam Negara kita ni. Melalui apa? Anda boleh jawab? Boleh? Saya tolong
jawab. Parti yang memperjuangkan Islam lah. (sabaq na, bukan sampai waktu PAS
lagi). Dengan mewujudkan parti sebagai medium untuk memperjuangkan Islam (nak
buat camna lagi, dah itu saja jalannya), kita boleh bersama-sama berjuang
menegakkan agama Allah SWT, dengan cara? Mengundi Islam lah. Dalam masa yang
sama, parti yang memperjuangkan Islam tersebut mestilah istiqamah dalam
memperjuangkan Islam di muka bumi Allah SWT. Nampak? Adakah tertubuhnya PAS
baru lah perjuangan Islam di Malaysia bermula (haa tu dia keluaq dah PAS)? Salah.
PAS lahir hasil dari gabungan PKMM
(Kesatuan Melayu Muda), API (Angkatan Pemuda Insaf – cabang dari PKMM) dan
Hizbul Muslimin (diharamkan oleh British). Ishak Haji Muhammad (Pak Sako),
Ahmad Boestamam, Dr Burhannudin Al Helmy serta Ustaz Abu Bakar gunung Semanggol
antara orang kuat memperjuangkan Islam dan kemerdekaan ketika itu.
Mereka-mereka inilah yang sebenarnya menuntut kemerdekaan mutlak, iaitu “Tanah
ini kita punya, kita yang perintah”. Tiada kemerdekaan yang boleh dicapai
melalui rundingan melainkan dipegang tengkoknya (merdeka pada nama,hakikatnya
masih dijajah). Apa benda yang hang nak habaq ni, hang tak jawab soalan pun?
Sabaq sat. Apa makna kenyataan di atas? Maknanya di Malaysia ni dah lama dah
orang memperjuangkan Islam, dan biasa la, ditentang, oleh siapa? Oleh British
lah. Yahudi dan nasrani cuba menghancurkan Islam dengan mewujudkan semangat
kebangsaan. Sebab itulah British mengiktiraf UMNO dan tidak mengiktiraf Hizbul
Muslimin, PKMM, API, AWAS dan sebagainya. Dan UMNO pulak ketika itu dilahirkan
dan disertai oleh golongan elit Negara saja. Eloklah, british pun peganglah
tengkok depa ni. Maka merdekalah Malaysia secara rundingan di London, tak
pernah wujud dalam dunia. Oleh sebab itu tengkok kita masih dipegang oleh
british, dah perlembagaan pun ditulis oleh Lord Reid.
Apa Malaysia saja ka jadi lagu ni?
Dak, Turki yang jatuh ke tangan secularism pun ada kebangkitan Islam. Mesir Negara
arab, tapi pasepa ada jugak parti seperti Ikhwanul Muslimin? Pasepa palestin
ada HAMAS? Adakah mereka menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik? Ooo kalau
orang luaq buat tak kata, tapi kalau PAS buat kata MEMOLITIKKAN ISLAM. APA
SEMUA Ni? PAS dipijak kepala DAP? Apa kebendanya yang hangpa nak racist sangat?
Kalau dah PAS parti yang memperjuangkan Islam mesti la dia membangkit isu yang
berkaitan dengan ISLAM, dalam masa yang sama memperjuangkan fitrah kehidupan
manusia, termasuklah kepentingan orang bukan Islam. Apa kejadahnya nak
memolitikkan ISLAM? Apa kejadahnya nak kena pijak oleh DAP?
Hangpa tau ka Vice President of
Ikhwanul Muslimin adalah seorang kristian? P search sendiri la..untuk
pengetahuan ente2 semua, Ikhwanul Muslimin Mesir mempunyai lebih 1000 orang
ahlinya yang beragama kristian. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Di mana? Apa?
Slogan Ikhwanul Muslimin adalah “Islam is the solution”. So? Apa point yang
hang nak habaq kat sini? Haa, ini membawa maqna yang sangat mendalam. Apa
maknanya? Maknanya, even orang bukan Islam pun sudah faham dan terima bahawa
golongan yang memperjuangkan Islam boleh memimpin dengan adil, Islam tidak
racist, Islam bukan terrorist, Islam bukan kapitalis dan sebagainya. Dan apa
intention Ikhwanul Muslimin lantik seorang kristian sebagai vice president
depa? Senang saja, untuk menjaga kebajikan orang kristian lah. Ramai yang
menjangka kan di mesir suatu masa nanti akan berlaku Civil War atau pun perang
saudara kerana hakikat ini. Ya ka? Hangpa tau mana? Adakah orang kristian saja2
nak menyokong Ikhwanul muslimin untuk satu hari nanti menjatuhkan Ikhwanul
Muslimin? Logic? Relevant? Di mesir hanya 10% dari rakyat mereka beragama
kristian. Ada berani?
So, point yang nak dihabaq kat sini
ialah, tiada istilah Memolitikkan Islam, tiada istilah Islam dipolitikkan,
tiada istilah Islam dipijak agama lain. Semua tu hanya permainan kotoq oleh
ahli politik yang kotoq. Politik adalah kehidupan dan kehidupan itu termasuk
dalam Islam
Terserah kepada hangpa semua samada
sanggup menjawab di hadapan Allah SWT yang kita memilih pemimpin yang
mengagongkan secularism serta menghina kedaulatan Islam TERANG-TERANGAN. Anda
ada pilihan masing-masing.
Masih mahu memilih pemimpin yang
menolak Islam TERANG-TERANGAN? Masih mahu memilih pemimpin yang tidak
mengamalkan Islam terang-terangan? Sat lagi ada pulak yang akan mai kata,
tengok diri sendiri dulu sebelum nak menyalahkan orang lain, siap keluaq ayat
Al-Quran surah Al-Hujurat. (pemimpin salah, kena tengok diri sendiri dulu…aduih..terang-terangan)
Ingat, Sekular itu dari manusia, Islam
itu dari Allah SWT. Sekular itu dari Yahudi dan Nasrani, Islam itu dari Allah
SWT.
Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz:
“Politik itu termasuk dalam Islam,
hanya orang yang terlibat dalam politik yang membusukkannya.”
So again I reiterate to say:
THERE IS NO SUCH THING AS POLITICISE
ISLAM or ISLAM POLITICISED. ANDERSETENG?
Ini bukan karangan politik. Ini
karangan mengenai kehidupan. Jangan salah guna perkataan politik.
Politik itu adalah kehidupan.
Wallahualam.
berpolitik lah untuk Islam... menegakkan cahaya Islam
ReplyDeletehttp://www.alziyadnews.com/2012/03/anda-setuju-bayi-diikat-ditutup-mulut.html
komen anda di alu-alukan..
ReplyDeletebersama kita berkongsi pendapat..berbeza pendapat pun tidak mengapa..
berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Islam itu mencakupi segalanya bukan sekadar ibadah sahaja.. Islam itu adalah kehidupan dan selagi anda hisup Islam perlu diamalkan.. baca http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/03/i-s-l-m.html, politik itu adalah islam, kerana hanya yang hidup berpolitik yang dah tak hidup dah tak dapat nak buat pilihan atau lebih popular dengan undi apa2 undi AFUNDI ke..
ReplyDeletex phm ane bhse hok ats nun..ambe phm bhse ganu je..:)
ReplyDelete"memisahkan agama dari politik adalah jalan termudah utk menjadi kufur" Shiekh Mustafa Sabri(mufti terakhir turki Uthmaniyah)
ReplyDeleteThanks sharing, weh, terbuka minda! Takde sambungan ke? Hehe!
ReplyDeleteitupun depa asyik dok kata guna agama utk politik..
ReplyDeletemmglah guna agama utk politik.. Islam kan panduan hidup..
kalau tak guna agama utk politik, nk guna apa? guna fitnah? haha.. adoilaaaaa.. jenih payah buleyh pon payah jugak nowh..
sib baek ceq org kedah.. mujuq paham.. :D
Memali?
ReplyDeleteKesian..
ReplyDeletejom rehatkan minda daripada politik sat:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/ustaz-azhar-idrus-dalam-majalah-apo.html
sokong pautan anda..tapi laenkali gunakan bahasa y lebih skema kerana bukan org kedah ja dahagakan kebenaran...hehehe
ReplyDeleteSokong,terbaik & Tahniah
ReplyDelete