Friday, January 11, 2013

Lebih Baik Melayu dari Kafir?

Masih ada yang berpendapat:
"Lebih baik Melayu dari Kafir", untuk ibaratkan "lebih baik aku sokong melayu dari sokong cina macam 'khalifah' Guan Eng"

Isu dia di sini.
Kalau melayu islam itu adil, benar, telus, menegakkan Islam. aku paham. memang patut.

tapi kalau melayu yang:
1) terang-terang tolak Islam - tak penah ditarik balik, tak pernah disoal 'amanat', tak pernah didakwa, tak pernah dikacau Mufti, ISMA dan sebagainya
2) terang-terang HINA Islam - gillette, tarian lucah, penari tiang rm25 dsb
3) terang-terang buat maksiat - amah, san miguel, skandal, bunuh, kelab malam, dsb

senang saja.
ibaratkan antara Abu Talib bapa saudara Nabi SAW dan Abdullah bin Ubay bin Salul.

Abu Talib = bukan Islam yang baik. mempercayai Nabi SAW bukan kerana Islam, bukan kerana Nabi SAW anak saudaranya, tapi kerana peribadi Nabi SAW. Al-Amin. 
dia bukan Islam. tempatnya tetap ke neraka. tapi dia baik.

Abdullah bin Ubay bin Salul = Islam yang jahat. munafiq. selalu pecah belahkan sesama umat. selalu pertikai Nabi SAW sendiri. selalu lari dari medan perang. apa yang Nabi SAW suruh semua tak mau buat. tapi Islam. dia jahat.

camna?

No comments:

Post a Comment