Tuesday, January 29, 2013

Lawak AES

Apa sebenaqnya tujuan AES?


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”

“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.

Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu. -BS-



kahkahkahkah..

AES ni dibuat nak mengurangkan jalanraya ka lagi suka kalau kemalangan banyak?

kalau dah kata untuk keselamatan, patutnya time2 ghaya camni laa hangpa patut buat lagi elok..

#mungkindahnampakbetapabodonyadepabuatkeputusandanterkantoinakbuatduit

No comments:

Post a Comment