Wednesday, March 14, 2012

Apabila Al-Quran sudah hanya menjadi sebuah Kitab


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau saya tulis di sini mengenai pemimpin Malaysia, mesti orang akan kata politik. Kalau saya tulis pasai isu yang melanda pemimpin Malaysia, mesti orang akan kata politik. Kalau saya tulis pasal Islam dan kaitkan dengan pemimpin Malaysia,  mesti orang akan kata politik jugak.


MEMANG BETUI! Memang politik pun. Tapi pahamkah anda yang politik itu termasuk di dalam kehidupan, dan kehidupan itu adalah Islam?


Terbaru satu kenyataan berani yang dilakukan oleh seorang pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang menyatakan terang-terangan, bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadikan Agama untuk menarik pengikut, dan menyamakan beliau dengan Ayah Pin. Tambahan lagi, dia mengarah atau memberi proposal supaya TGNA mengikut jejak langkah Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan (sebenarnya tamat tempoh, bukannya letak jawatan pun). Apa kejadahnya semua ni? Semakin lama dilihat semakin bengong orang Malaysia kita ni.


Kenapa pulak TGNA ‘menggunakan’ agama sebagai mempengaruhi atau menarik pengikut? Cakap biaq berlapik cik Farahana oi. Islam bukan digunakan untuk politik, malah politik itu sendiri termasuk di dalam Islam. Islam tidak dipolitikkan. Walhal beliau mengajak, atau dalam makna yang lebih jelas, berdakwah supaya Islam disanjung, Islam sebagai sebuah kehidupan, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan terbaik, Islam sebagai penyelamat dan penyelesaian segala hal ehwal kehidupan! Apa kena mengena dengan Ayah Pin?! Paling menyedihkan ialah apabila orang yang mengaku Islam sendiri boleh berkata sedemikian rupa. Ini tak lain tak bukan adalah kerana kepentingan diri dan takut untuk membongkarkan kebenaran, takut dengan orang atasan yang memerintah. Ini makna dia apa? Takut kepada  pemerintah yang menolak Islam, bererti sudah tidak TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Apa hukum tidak Takut kepada Allah SWT? Takut kepada orang lain? Syirik lah kan. Bawak2 mengucap la cik Farahana oi. Lain kali kaji dulu betui2. Hang nak kritik TGNA hang tu macamana? Boleh lawan ka amalan TGNA dengan hang? Amalan Shahrizat, boleh lawan ka dengan TGNA? Bukan kita nak pertikai amalan masing-masing tapi hal ni dah mengaitkan keperibadian TGNA, perjuangan dia.

Kita semua sedia maklum, TGNA perintah Kelantan dah 20 tahun, tak pernah ada satu kes dan skandal pun yang beliau terkancah atau terlibat. Macamana nak terlibat? Tengoklah peribadi dia macamana. Kehidupan seharian dia bagaimana. Nak compare dengan shahrizat? Mereng gamakknya Farahana ni. Ayah Pin apatah lagi, ajaran sesat teruih, lagi la amalan tah ke mana, akidah dah lari dah. TGNA bukan nabi dan bukan rasul, tetapi beliau menyanjung, mengikut dan mengamalkan semaksima mungkin cara Nabi Muhammad SAW. Hanya Allah SWT yang tau, tapi dari keperibadian beliau terserlah yang beliau cuba sedaya upaya menyahut seruan Nabi SAW, baik dari segi kehidupan seharian atau pun pemerintahan sekalipun. Sapa hang (Farahana) nak kata lagu tu?

Sebenaqnya kalau kita kaji balik apa punca si Farahana ni buat declaration macam tu? Senang saja, tak lain tak bukan adalah strategi nak memulihkan kembali reputasi yang telah tercalar. Banyak benda berkait yang boleh difahamkan di sini.
1)      Shahrizat menyatakan beliau tidak terlibat langsung dalam kes NFC
a.       Tak terlibat tetapi suami dan anak terlibat. Betuikah Shahrizat tidak terlibat? Wallahualam


2)      Shahrizat membuat pengumuman beliau akan meletak jawatan 8 april 2012
a.       Walhal beliau tamat kontrak
b.      Kalau betui nak rasa tanggungjawab kenapa tak letak jawatan serta merta?
c.       Kalau betui rasa tanggungjawab kenapa tak letak semua jawatan yang disandang?
Kenapa masih nak rasa ada kepentingan?


3)      Muhyiddin, Najib keluaq statement pengunduran Shahrizat satu pengorbanan besar buat Negara
a.       Apa yang hebat sangat ? Bukannya dia (suami dan anak2 dia) pulangkan pun RM250 juta?
b.      Kalau beliau berasa tanggungjawab dan berkorban besar, kenapa mula-mula bila di interview beliau kata beliau tadak terlibat langsung dengan NFC? Kenapa tiba2 pulun nak undur diri? Paksa saja la suami dan anak2 bayar balik?

4)      Farahana Jamaluddin keluaq statement TGNA sama saja macam Ayah Pin, dan sepatutnya tiru pengunduran Shahrizat.
a.       Apa kaitan TGNA dalam kes ni? Tadak kena mengena kan?
b.      Apa kaitan Ayah Pin dalam kes ni? Tadak kena mengena kan?

Nampak dak kaitan di atas? Ini semua adalah STRATEGI UNTUK MEMULIHKAN SEMULA IMEJ YANG DAH BERLUMOQ TAIK! SEBAB ITU LA SANGGUP MENGHINA KESUCIAN ISLAM DAN PERJUANGAN ULAMAK!


Lepas ni tak yah heran la kalau lepas Kak Jatt kita berundoq, Kes ini takkan lagi dibincangkan lagi dalam parlimen, dan kemudian bila ditanya akan dijawab “sedang dalam penyiasatan”, sampai kesut la tadak apa dan last skali akhirnya tutup kes. Nganga ja kita semua duit rakyat 250 juta lesap, itu semua duit yang kita bayaq income tax dan EPF. Silap haribulan depa dok enjoi lagi duit tu ada la. Dah tu, NAK SOKONG LAGI KEPIMPINAN ZALIM MACAM NI?


Sebelum ni saya dah ceritakan kisah bagaimana Nabi SAW memilih pemimpin, tak kira lah pemimpin pasukan tentera kah pemimpin apa pun, Baginda SAW akan memilih yang paling tinggi menyanjung Al-Quran. Apa maknanya? Yang menghafal mengamal mengajar Al-Quran paling tinggi.


La ni saya nak bawak kisah Nabi SAW sendiri pulak. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA (Ibnu Abbas), ketika itu beliau masih kecil, Rasulullah SAW datang melawat rumahnya. Ketika itu ditanya Ibu Ibnu Abbas adakah beliau sudah tidur, maka ibunya menjawab bahawa Ibnu Abbas RA sudahpun tidur. Maka Baginda SAW mendampingi Ibnu Abbas RA. Ibnu Abbas RA yang ketika itu masih sedar, melihat segala tindak tanduk Nabi SAW. Baginda menyebut nama Allah SWT berulang kali sebelum tidur. Begitulah jadinya setelah bangkit dari tidur, Nabi SAW menggesek kan matanya, kemudian membaca 2 ayat Al-Quran (saya tak ingat surah apa, kena check balik). Begitulah dia insan yang dah Dijamin Syurga, masih kuat mengingati Allah SWT. Itulah dia pemimpin yang menjulang Al-Quran. Kehidupan baginda adalah Islam dan Al-Quran.


Ada satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnu Yaman RA. Huzaifah Ibnu Yaman RA ini bolehla diiibaratkan sebagai setiausaha politik Nabi Muhammad SAW, bahkan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA juga menggunakan khidmat Huzaifah Ibnu Yaman RA. Apa istimewanya Huzaifah Ibnu Yaman RA ni? Ya, beliau telah dianugerahkan oleh Allah SWT ilmu kasyaf, iaitu ilmu imbasan/tilikan. Dikatakan bahawa Huzaifah Ibnu Yaman RA ini, dengan melihat muka kita sahaja, beliau sudah tahu bagaimana peribadi kita. Beliau boleh tau keimanan kita, boleh tau amalan kita, dan sebagainya. Ini anugerah Allah SWT kepada Huzaifah Ibnu Yaman RA. Sehingga dikatakan ketika di zaman Saidina Abu Bakar RA, jika sesuatu jemputan sembahyang jenazah diberikan kepada beliau, beliau (Saidina Abu Bakar RA) akan bertanya dahulu, adakah Huzaifah Ibnu Yaman RA hadir? Jika hadir maka Saidina Abu Bakar RA akan hadir. Jika tidak hadir maka Saidina Abu Bakar RA jugak tidak akan hadir. Ini kerana melalui imbasan Huzaifah Ibnu Yaman RA sudah tahu bagaimana peribadi si mati. Huzaifah Ibnu Yaman dapat membezakan yang betui2 beriman dan yang munafiq.



Diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnu Yaman RA, pernah suatu ketika beliau turut sama menunaikan solat sunat di waktu malam (Qiamullail) bersama Nabi SAW. Pada rakaat yang pertama, Nabi SAW membaca surah Al-Baqarah. Ketika itu, Huzaifah RA berpendapat, mungkin Nabi SAW membaca beberapa ayat dari surah Al-Baqarah. Andaiannya tidak tepat, apabila Nabi SAW terus membacakan surah Al-baqarah. Kemudian beliau beranggapan mungkin Nabi SAW membaca hingga tamat juzu’ yang pertama sahaja. Anggapan beliau tidak tepat lagi, apabila Nabi SAW terus membaca lagi melangkaui juzu’ yang pertama. Seterusnya sampailah tamat surah Al-Baqarah. Tiga Juzu’ satu rakaat!



Tu tara Nabi Muhammad SAW yang DIJAMIN SYURGA oleh Allah SWT. Cuba bayangkan berapa lama kita baca quran surah Al-baqarah. Koman2 3 jam. Habih laju sejam setengah. Tu kalau kita baca sambil duduk. Cuba kalau kita baca sambil solat? Buleh tara tu? Nabi SAW kompom masuk syurga pun beramal macam tu. Kita jangan kata semayang sunat, semayang fardhu pun tibai QulhuAllah (Al-Ikhlas) dengan Inna A`toina (Al-Kauthar). Semoga kita lebih baca surah panjang2 sikit lepas ni.


Bila ditanya para sahabat, kenapa baginda masih kuat beramal, walaupun telah dijamin syurga? Baginda menjawab kerana Bersyukur Ke hadrat Allah SWT. Itulah jadinya kalau kita ikhlas beramal.


Kita kata kita sayang Nabi SAW, kita kata kita junjung Nabi SAW, kita kata agungkan Nabi SAW, kita kata kita sambut Maulud Nabi SAW. Tapi kita ikut ka apa yang Nabi SAW suruh dan Nabi SAW buat? Kita ni buat dah ka semua yang Nabi SAW buat sampai berani nak mempertikaikan ulama` (satgi ada pulak yang kata ulama` bukan maksum). TGNA tak pernah ada skandal, mengapa tiba-tiba nak babitkan beliau dengan kes Shahrizat? Shahrizat sudah terang suami, anak-anak beliau terlibat. Wallahualam kalau betui dia memang ZERO tak terlibat, tadak alasan pun untuk dia letak jawatan. Dia mempunyai kuasa untuk memaksa Suami dan Anak-anak dia PULANGKAN WANG2 tersebut. Ada dia buat? Tak buat kan? Pasepa? Pasai sangkut skali la kot..Wallahualam.kita tunggu saja perbicaraan. Tak di dunia, di akhirat sana ada lagi oi. Dan yang paling best, tamat kontrak tidak bererti meletakkan jawatan. Meletakkan jawatan sama ada serta merta atau pun berhenti sebelum tarikh tamat kontrak. Tamat kontrak kira tamat kontrak la, tidak disambung. Yang MEDIA MALAYSIA pun MANGKAQ nak putaqbelit pasepa? Ohh lupa, konsep Machiavelli, “bohong lama-lama akan jadi benar”.


Apabila seorang insan yang berjuang di jalan Allah, menegakkan Islam, berusaha menjunjung Al-Quran dan RasulNya, boleh dipertikaikan kununnya menggunakan Agama sebagai strategi politik, boleh diperkatakan sebegitu rupa, Sahlah memang mereka yang mempertikaikan ini menolak Islam, menolak Allah SWT, menolak Rasulullah SAW, menolak Al-Quran. Kembali lah ke jalan yang benar. Jangan takut kepada kuasa Dunia, Takutlah kepada kuasa Allah SWT.

No comments:

Post a Comment