Assalamualaikum warahmatullahi warabarakaatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih
dilimpahkan nikmat hidup, nikmat makan, nikmat minum, nikmat tangan, nikmat
jari, nikmat mata, nikmat kaki, nikmat tidur dan segala-gala jenis nikmat yang
diberikan kepada kita. Ingat, bukan kita punya tapi Allah SWT punya, dia bagi
pinjam untuk apa? Untuk menyatakan Syukur kepadaNYA. Konteks Syukur? Berusaha
menegakkan agama Allah, membenarkan yang benar dan menjatuhkan yang salah.
Simple kan? Tapi kat Malaysia ada prinsip yang telah digunakan iaitu ‘Bohong
lama-lama akan jadi benar dan Benar lama-lama akan jadi bohong’. (Rujuk post
awai2 terdahulu mengenai prinsip yang digunakan Mahathir) – inilah prinsip yang
buat orang kita susah nak menerima hakikat kebenaran dan jenih suka mengetahui hikmah
terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa (perangai bani Israil zaman nabi Musa
AS –bukan semua, segelintir).
Hari ni 7 Muharram 1434, bersamaan 21 November 2012. Dua
benda yang saya terpanggey untuk buat penulisan hari ni: Isu Boikot barangan
Israel(berikutan Gaza yang diserang beberapa hari ini) dan isu Doa PAS untuk
kehancuran UMNO baru-baru ini (penjelasan dari sudut agama). Sebenaqnya dua
benda ni memang sangat berkaitan seperti apa yang aku tulih sebagai tajuk post
ni.
Pertama: Isu Boikot Barang Israel (lepaih ni saya tulih BBI)
Ok. Apa problem statement dekat BBI ni?
1.
Ada orang kata: Bermusim
2.
Ada orang kata: Dari BBI baik penuhkan kantung
Aqsa Syarif dan Aman Palestin
3.
Ada orang kata: Hang BBI tapi hang BBI barang
yang hang tak guna ja, macamana dengan barang yang hang guna?
4.
Ada orang kata: Ridiculous lah nak BBI, semua
benda kat dunia ni memang Israel dah pegang, boleh ka hang hidup tanpa
barang-barang buatan Israel tu? Hang kena kembali ke zaman 70an-80an-90an dulu
la camni
5.
Dan lain-lain.
Jawapan untuk
statement yang pertama:
Bermusim? Ok. Aku tanya hangpa balik. Sapa kata bermusim? Sapa
yang buat benda ni bermusim? Pasepa kita nak salahkan BERMUSIM yang menidakkan
kita dari boikot? Bukan aku nak salahkan sapa, tapi salahkan diri kita sendiri.
DAN dalam masa yang sama adalah SALAH KERAJAAN YG MEMERINTAH.
A) Pasepa aku
kata salahkan diri kita sendiri? Orait. Soalan aku kat hangpa. Awat Baru ni
saja ka Palestin kena Serang/jajah/tawan/bunuh/etc2? Baru sejak dua menjak ni
saja ka? Setahun sekali saja ka? Dan jangan tuding kepada results kita boikot.
Tuhan takkan Tanya kita result apa. Tuhan akan tanya hang buat ka dak? Dah
Lamaaa Daaaaaahhhh~~(pinjam ayat Tun Dr XX yang ‘disayangi’). Dah lama dah aii
saudara kita di Palestin kena..hari-hari kena sejak berpuluh tahun dan nak
masuk beratuih tahun dah kena..takkan nak tudingkan benda ni kepada “BerMusim”?
Nak salahkan BBI bermusim? Salah sapa? Kan aku dah kata salah kita sendiri..apa
effort yang kita buat untuk BBI? Aku rasa iklan2 barangan2 berjenama Israel ni
dah berkurun dah kot puak inminds.co.uk duk sebaq..payah nak tinggai? Buat sikit-sikit,
buat pelan-pelan. Sorang buat tak Nampak effect, buat ramai2 nampak effect. Tapi
macam aku cakap tadi la, jangan pikiaq results. Pikiaq dengan adanya effort
kita tu it helps. Tak kisah la kecik tet mana pun. Orait?
B) Pasepa aku
kata SALAH KERAJAAN YG MEMERINTAH? Benda ni fakta yang hangpa kena admit, tak
kisah la hangpa rasa kerajaan la ni adil ka aman ka berjiwa rakyat ka juara
rakyat ka pembela rakyat ka apa pun, Kerajaan Kita Bukan Kerajaan Islam. Maksud
aku Kerajaan Islam: Kerajaan yang tidak menanam KeIslaman di kalangan
rakyatnya. Jangan kata rakyat, Kerajaan yang tidak menanamkan KeIslaman
dikalangan pemimpin (ketepikan soal pemimpin bukan Islam, Nabi SAW dulu sendiri
menjadi tauladan oleh bukan Islam dek kerana peribadinya yang Islam). Orait.
Apa maksud Kerajaan? Pihak yang memerintah. Memerintah bermaksud berkuasa
mutlak terhadap segala isi yang terdapat di dalam Negara. Kalau pemimpin itu
ISLAM maka ISLAM lah Negara tu. Bukan Islam nama saja nooo..Islam di mata Allah
SWT ialah “Kaaffah” (Seluruhnya/100%). Macamana la pemimpin kita nak ada
kesuburan Islam, nak ada kesedaran terhadap sesama saudara Islam, nak ada
perasaan tanggungjawab menegakkan Islam, kalau asyik mengutamakan hiburan, menggalakkan
hiburan, melalaikan rakyat dengan program2 yang langsung tak ISLAM,
mengbrainwashkan kepala otak rakyat dengan hiburan?
Tak payah tanya aku la apa
dia, hangpa tau sendiri kot..nak aku habaq ka? Ok la habaq p la sikit..majalah
MANGGA bawah sapa? Bawah Utusan. Utusan bawah sapa? Kementerian Penerangan. Ok.
Media arus perdana bawah sapa? Sapa yang bagi kontrek/tender untuk
setesen-setesen media arus perdana ni? Kementerian Penerangan. Kalau
Kementerian Penerangan ni mestila berkuasa kan untuk menentukan yang mana patut
disalurkan atau dibrainwashkan kepada rakyat kan? Sapa lagi kalau bukan depa? Mesti
la yang LAGI BERKUASA dari depa, yaqni kepimpinan atas kerajaan lah. Sapa? PM,
TPM dan yang berikutnya lah..kalau depa ni betui2 ISLAM dengan inginkan
kepimpinan ISLAM, depa ada kuasa untuk tentukan benda ni..macamana dengan bukan
Islam? Islam kan menganjurkan ke arah kebaikan, apa masalahnya kalau benda2
baik diterapkan sama, dalam masa yang sama tidak menghalang hak-hak mereka
sebagai bukan Islam, tetapi perlu strict kepada bukan Islam saja? Macam hudud,
kan baguih jugak untuk bukan Islam kalau pencuri semakin berkurangan..simple
kan? Tapi mau dengan tak mau, jadi laa complicated…berbalik kepada topic,
kesedaran terhadap saudara kita di Gaza ni patut timbui sejak dulu lagi dan
pemimpin kita patut alert tentang benda ni dari semasa ke semasa..tapi pandai
yahudi, depa pegang tengkok pemimpin2 tiap2 negara sejak dulu (Rothschild).
Jika kerajaan Islamic, tak mustahil system khilafah boleh kembali. Seruan jihad
keluaq ja, bedesup dari semua Negara berSATU. Kan tak bermusim jadinya.
Jawapan untuk
Statement yang Kedua: Baik penuhkan kantung Aqsa Syarif/Aman palestin daripada
BBI
Boleh, takdak masalah bagi aku untuk penuhkan kantung Aqsa
Syarif/Aman Palestin. Baguih sangat-sangat dan patutnya bukan Aqsa Syarif yang
handle, lagi elok kalau kerajaan pusat sendiri handle benda ni supaya Nampak imej
Negara kita ada kesedaran setiap masa. Malangnya, hanya Aqsa Syarif/Aman
palestin yang alert setiap masa sejak dulu. TAPI, dalam masa yang sama, BBI tu
jugak adalah effort, tak kisah lah besaq mana resultnya yg kita sendiri tak tau
resultnya, ia TETAP EFFORT/AMAL/JIHAD kita terhadap saudara kita di palestin.
Jangan pertikai usaha walaupun sedikit (ada sesetengah kata pointless/wasteful)
dan aku rasa tak payah aku hurai panjang pasai Tafsir Ibnu Kathir mengenai
kisah burung kecil di zaman Nabi Ibrahim AS ketika baginda dibakar api yang
marak menyala, burung kecil itu berusaha mengambil ayaq menggunakan paruh dia
yg kecik tet tu untuk memadamkan api yang membakaq Nabi Ibrahim AS, lantas
ditertawakan pulak oleh geng burung besaq (ibarat geng2 yang kata effort BBI ni
pointless la). Kesudahannya apa jawapan burung kecik tet tu kepada geng burung
besaq?
“Aku tidak akan ditanya oleh Allah SWT apakah api itu sudah
terpadam, tetapi aku akan ditanya oleh Allah SWT apakah yang aku telah buat
untuk memadamkan api itu”. Cukup bagi aku jawapan untuk geng macam ni, paham
tak paham ambik paham sniri lah, ibarat pakai tudung lah, kita pakai tudung
sebab hikmah menutup aurat ka atau kita pakai sebab Tuhan suruh? Pikiaq sniri
la no..
Jawapan untuk
statement ketiga: Hang BBI kat barang yang hang tak guna, yang hang guna hang
tak BBI.
Orait..contoh terbaik henset, facebook. Katakan hang pakai
iphone. Hang pakai nokia. Terang-terang product yahudi. Hang dah habih
beratuih, beribu, untuk beli henset tu. Sebab apa hangpa beli barang-barang tu
DULU aku rasa subjektif, terpulang la ikut niat masing-masing dan kemampuan
masing-masing. Dah tu hang nak suruh aku BBI, kira aku takleh guna dah la
henset aku? Nak kena beli henset lain pulak?
Facebook. Dalam keburukan ada
kebaikan. Dan aku rasa masih ada kesamaran yang Mark Zuckerberg ni Zion,
walaupun dia memang yahudi. Katakan la, dia memang Zion, dia punya duit sumbang
kan kat Zion. Facebook ni kita boleh manipulate. Medium penyampaian. Macam
hangpa semua sendiri dok dapat info sepertimana aku. Lagi reliable dari tengok
berita tv dan soratkabaq. Macam aku kata tadi. Kataaaa la memang betui dia dia
Zion, facebook ni jugak boleh jadi medium untuk dia dijatuhkan. Senang. Ingat lagi
arab spring? Tu contoh dia.
Jawapan untuk statement
keempat: Ridiculous lah nak BBI, semua benda kat dunia ni memang Israel dah
pegang, boleh ka hang hidup tanpa barang-barang buatan Israel tu? Hang kena
kembali ke zaman 70an-80an-90an dulu la camni
Ya ka? Tak pasti la pulak aku. Ish. Betui ka? Tu nooo..? ish
ish ish..cobaan.. dari segi technology hang boleh manipulate, apa pulak masalah
untuk hang BBI kan keperluan harian? Ayaq gas, ayam goreng sedap, burger sedap,
awat orang kita tadak yang buat sendiri ka? Atau pun lagi baik seperti yang
diulas oleh UAI dalam facebook dia: “Kalau tak makan mcd tu tak boleh hidup ka?
Mati ka kita kalau tak makan mcd tu? Banyak lagi makanan lain untuk hidupkan
diri kita dengan makanan, bumi Allah ni luas”
Cukup aku punya ulasan mengenai topic pertama: BBI.
Isu yang kedua: Doa
PAS untuk Kehancuran UMNO dan statement murtad oleh TGNA.
Ok. Aku rasa ramai yang paham, tapi manipulate statement.
Doa ialah urusan kita dengan Tuhan. Bukan urusan kita dengan
orang lain. Paham? Kita mintak Doa kat Tuhan. Tuhan Pencipta kita. Sukahati
kita la nak doa apa pun, Tuhan yang akan tentukan. Kita hanya merancang.
Seterusnya ramai yang kata: lebih baik doakan dibukakan
hidayah dari dok doa kehancuran. Ramai yang quote doa Nabi SAW masa dibaling
batu kat Thaif, Nabi SAW doakan penduduk Thaif dibukakan pintu hati dan
menerima hidayah Allah SWT. Soalan aku kat puak ni: orang thaif time tu dah
Islam ka? Tak Islam lagi, malah musyrik, menghina Nabi SAW. Nabi SAW mendoakan
depa sebab depa jahil. Yang dikatakan UMNO ni jahil ka? Kalau jahil awat claim
pembela Agama? Islam dak UMNO ni? Ok Islam. Tapi menzalimi. PAS pulak ramai
dikalangan ahlinya adalah rakyat yang dizalimi. So pemimpin PAS pun buatlah Doa
kepada Allah SWT supaya dijatuhkan UMNO pada pilihanraya akan datang. Valid. Sangat
Valid bagi aku. Apa yang hangpa nak manipulate sangat aku tak tau. Doa kat
Allah supaya UMNO jatuh. Bukan simbolik sangat pun. Doa PAS supaya UMNO jatuh
ni tak tumpah macam kita Doa Ya Allah Selamatkanlah Palestin. Pasepa? Kita
nakkan dijatuhkan KeZaliman supaya digantikan dengan KeBenaran.
Nak Nas? Nak Dalil, orait..
“Sesungguhnya Nabi SAW mendoakan kecelakaan kepada
orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz Al Quran dan sentiasa mendoakan
kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda Berdoa: Ya Allah laknatilah Ri’l,
Zakwan dan ‘Usayyah (nama-nama kabilah).” Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
(Sumber dari Ust. Mohd Idris Mohd Yusoff)
Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (Pengarang Syarah bagi kita
Azkar(Imam Nawawi)) berkata di bawah tajuk Bab: Harus bagi seorang manusia
untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau
menzalimi dirinya sendiri:
“Maksud harus yang disebut Imam Nawawi adalah merangkumi
sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tiada makruh. Sekiranya doa kecelakaan
kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya
maka hukumnya SUNAT. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi
dirinya sendiri atau yang menyakitinya, sesungguhnya ini diharuskan untuk
berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya”
Nampak dak apa syarah Imam Nawawi kat atas? Apa reflek dekat
doa PAS kepada kejatuhan UMNO?
UMNO menzalimi
rakyat. Yang ni sapa pun tak boleh nafi. Yang terkena ramai, yang tak terkena
sikit, yang buat2 rasa tak kena pun ramai. Maka PAS, yang mana ahlinya ramai
dikalangan rakyat yang terasa diri dizalimi dan ditindas, mendoakan
kejatuhan/kecelakaan UMNO. Bukan Ahli UMNO, tapi UMNO tu sendiri. Maknakata UMNO
tu dikuburkan. Jugak macam aku cakap bukan simbolik pun. Pasepa? Doa tu
sebenaqnya nak menyelamatkan SEMUA RAKYAT, TERMASUK AHLI UMNO SENDIRI. Ok,
kalau hangpa claim kata bukannya confirm pun kalau UMNO jatuh tu terus aman?
Kamon la..give time la bro..hasil mahsul 4 tahun PR perintah negeri pun dah
success story berbanding BN perintah, why not?
Stetmen TGNA pasai murtad: betui la kan? sapa2 pun yang tolak Islam pasti murtad. tok guru ka, tok imam ka, tok lebai ka, sapa ka sekalipun kalau dia seorang Islam yang TOLAK ISLAM, jatuh hukum MURTAD. apa yang hangpa nak play game dalam stetment ni? tadak salah apa pun..
Dan yang terakhiaq, aku explain lagi skali doa kita supaya
hancurkan Israil dan Zionist dan jugak kaitan dengan doa PAS untuk jatuhkan
UMNO: kan ka sama, dua-dua nakkan keadilan, kezaliman hancur.. doa hancur
Israel sana, doa sama Israel sini hancur jugak..kan APCO Israel?
Wassalam..
No comments:
Post a Comment