Wednesday, November 28, 2012

Ya Allah Selamatkanlah Palestin


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Gencatan sejata dah berlaku 22 november 2012 yg lepaih, ramai yang memuji2 tindakan Hamas ke atas Zion. Hebat dan mengagumkan sebagainya. Alhamdulillah.

Dan akibat dari gencatan ini, maka tamatlah perjuangan para fbookers? Jangan, jangan stop selagi mana kita daya. Pasepa? Zion takkan berenti menakluk dunia. Pasepa DUNIA? Palestin adalah di pertengahan dunia. Menguasai palestin bermakna zion akan berada di center of everything. Al-Aqsa adalah masjid ketiga tersuci buat umat Islam, bahkan masjid yang mempunyai banyak kisah di zaman terdahulu yang kita mesti pertahankan.

Orait, ada yang kata jangan perlekeh usaha orang lain, diam tak bermakna dia tidak menyumbang, bersangka baiklah dengan orang. BETUI. Aku takdak masalah pun dengan statement semua ni bahkan bersetuju 100%. Bukan perlu kita umum kat fb ka twitter ka apa ka mengenai apa yang kita buat untuk menyumbang. Amal kita takat kita tau sudah la.

Apa yang aku nak forwardkan ialah while kita keep menyumbang kat saudara mara kita di palestin, Syria, rohingya dan semua tempat secara personal dan diam-diam, mesej tetap perlu di sampaikan SETIAP MASA. Itu point aku. Tahniah aku ucapkan kepada semua kita yang sentiasa berdoa, menyumbang setakat yang mampu. Semoga usaha kita diberkati dan diredhai lantas dimakbulkan Allah SWT.

Bagi aku, gencatan senjata yang berlaku ni memang meredakan kesengsaraan yang berlaku kat saudara mara kita di sana. TAPI bukan menghapuskan terus kesengsaraan mereka. Ini yang apa aku sebenaqnya berusaha takat termampu nak sampaikan. Mereka masih perlukan makanan yang cukup, pakaian yang cukup, tempat tinggal yang sebaiknya, kasih sayang ibu bapa dan saudara, dan sebagainya. Maka untuk itu kita janganlah stop menyampaikan mesej-mesej yang membawa kepada kita kesedaran terhadap perlunya mereka terhadap sokongan kita. Yang mana dok attack page IDF (Israeli Defence Forces), dan sebagai nya tu, keep attacking. Yang mana dok promote utk berikan sumbangan dana kepada mereka, keep promoting. Keep supporting Aqsa Syarif (sebagai contoh) dan sebagainya. Keep our walls flooded with all these messages. Jangan henti.

Itulah sebenaqnya mesej yang aku nak sampaikan, walaupun mungkin ada nada seperti memerli kita. Tapi orang kita ni sedia maklum, kalau tak perli takkan rasa apa..ia nya berbentuk perlian tapi sebenaqnya mesej yang aku nak sampaikan ialah, jangan putus usaha kita..kerana Zion tidak pernah putuih berusaha untuk menakluk dunia dengan agenda ‘Goyim’ depa..

Takkan nak tunggu kena bom pulak baru nak penuh balik walls kita dengan mesej “Ya Allah Selamatkanlah Palestin”? Harap kita sentiasa mendoakan mereka tak kira bila masa pun. Mereka memerlukan kita dan kita jugak memerlukan depa.

Semoga kita sentiasa diberi peluang berusaha memartabatkan Islam. Amin.

No comments:

Post a Comment