Monday, February 13, 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat hangpa semua.
Apa habaq, kira buleh la no.

Di sini saya yang memang x pernah langsung melibatkan diri dalam bidang perblogan ni, saja siok2 saj, utk berkongsi pengalaman, pendapat dan berdiskusi dengan hangpa semua mengenai:
Islam dan Malaysia (umumnya negara dan khususnya politik lah)


Kalau dulu time kecik,
Zaman saya sekolah rendah adalah pada era awal 90an sehingga hujung 90an, lebih kurang time 1993 hingga 1998. kira kanyiaq la citanya. Masa tu memang teruih terang, mana kita nak tau apa. Sampai tahap ada rakan sekelas pernah bahi kat saya keychain BN, kita pun tak tau apa ambik ja dia kata tokwan dia bagi.

Yang penting masa tu,
Hanya insan bernama Mahathir saja yang saya tau. Dialah hero, dialah bapak pemodenan dan pembangunan, dialah penjana arus pembangunan, dialah yang segala galanya lah masa tu. Kira nmpak hero habih la.
Bila dah ada hero mesti la ada jahat. Dalam kes ni, yg nampak jahat atau watak yg nampak tak brapa nak elok ni mesti la PAS. Dan pastinya masa tu saya tak kenai pun sapa Tuan guru Nik Aziz, tuan guru Hadi Awang, Allahyarham Fadzil Nor. Teruih terang cuma tau tuan guru Haron Din, tu pun kes depa kata dia pandai berubat. Sorang g ustat Ismail Kamus pasai dia dok ceramah agama. Tak menghairankan lah, masa tu sekolah rendah, hidup pun siang malam men ja gheja. Tgk tv ngan org tua pun duk tgk muka mahathir ja. Masa tu, bagi saya ustat2 yg dok ceramah agama ni dengan ustat2 PAS ni dua benda yg berbeza, yaqni geng PAS ni kununnya mcm dok lawan kerajaan ja la. Apa mkna PAS masa tu lun mana saya nk tau masa tu.Tu cerita masa saya sekolah rendah.

Tahun 1998, saya tamat darjah nam. Sebelum masuk sekolah menengah, tiba2 mak saya suruh p program Thaharah dekat surau kampung kami. Saya pun p ja laa ikut kata org tua2. P p tgk program tu anjuran PAS. Selop la sikit pasai pandangan saya masa tu kat PAS, mcm geng jahat la. Kira mcm apa yg depa ajaq ni, masa tu, dimata saya seorang budak 12 taun, mcm "ai depa ni ajaq ajaran sesat apa ni". Tu br kira pandangan saya seorang budak berumoq 12 taun.
Maka saya pun masuk laa kelas tu dengan disertai belasan budak yg lain. Layan ja laaa.

Tapi sepanjang program tu, dengan cara pengajaran melalui sumber teruih ayat Al quran dan Hadis serta kitab Bahrul Mazi,(ustat tu hapai kebanyakan ayat), saya mula pikiaq, ai depa ni pun pakai quran jugak, apa beza depa ni dengan ustat2 len? Ok ja pun, x dak nak kata sesat ka apa pun. Masa tu saya sedikit demi sedikit sudah berbeza pandangan kepada PAS walaupun pada hakikatnya memang tak pikiaq dan x brapa nak amik tau pun pasai politik ni. Mampuih p la no semua gheja orang tua.

Dengan ditakdirkan Allah SWT saya menerima tawaran menduduki sebuah sekolah agama kerajaan di kedah (melalui proses ujian kemasukan), iaitu SMK Agama Kedah. Saya tanpa berfikir panjang mnerima tawaran tersebut memandang hanya sekolah tersebut yg saya bleh masuk sebab x brapa nak lepaih nak masuk sbp. Disinilah bermula segala pemerhatian saya terhadap politik di malaysia.

Tahun 98 merupakan tahun di mana dato seri Anwar Ibrahim dipecat, seterusnya dituduh dengan isu sodomi. Bermula dari situ saya memerhatikan, di sekeliling saya, umumnya, suasana tiba2 jadi macam semua orang bercakap mngenai politik. Ada yg kata padan muka Anwar, ada yg kata Mahathir guna kuasa veto. Yg pastinya, yg memeningkan palaotak ni, ialah lagi ramai yg kata Mahathir zalim (di kedah) termasuk la keluarga dan sedara terdekat. Masa tu org bukan nk amik port sangat pn kt kita kata apa. Saya pelik la, ai dulu bukan main Mahathir lah wira negara la pahlawan moden negara la apa, ni mai2 apa plak kata dia zalim plak. Bukan kaa dia yg buat KLCC? Untuk umoq 13 thn time tu mmg x bapa nak heran sangat la. Tp saya dok tgk, kui lama kui ramai plak org dok p ceramah PAS, termasuk la keluarga dan sedaa terdekat. So saya pun ambiklah pendekatan utk join sama p ceramah2 depa. Masa nilah saya br kenai sapa tok guru Nik Aziz, sapa tok guru Haron Din, Allahyarham Fadzil Noor.


P dengaq ceramah PAS, mana ada kerusi meja. Mana ada ayaq pree. Kalau x dok ataih rumput tu memang bukan dia la. Tapi yg herannya, ai ramai pulak makhluk Allah mai dengaq ni. Pasepa, apa yg bestnya ceramah Pas ni.

Kita sambung lain waktu pulak.

No comments:

Post a Comment