Kalau yang berkenaan positif ke arah UMNO BN
Actual: 3 orang
Laporan: 300 orang/3000 orang
Matematik menate gapo ni?
Bersih 2.0
Laporan: 6000 orang
Actual: 100000 orang
Ingat orang kampung bodo sangat ka?
Malam khamis yang lalu, 02/16/2012, Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR, V. Sivakumar, Speaker DUN Perak yang SAH kerajaan pasiaq bedengung Perak, dan jugak YB DATO Siti Aishah, ADUN Merbau Pulaih.
YB Dato Siti Aishah: Menerangkan isu "Memorial Park" di Kulim
Ulasan: "Memorial Park" Projek adalah projek tanah perkuburan untuk orang bukan Islam (semua sekali) dan adalah diusulkan oleh UMNO-BN pada tahun 2007, sebanyak 190 ekar. (Depa yang usul, depa plak yang hingaq). Kini, Setelah dikaji oleh mesyuarat EXCO Negeri (PR), kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan 80-89 ekar untuk projek ini.
Persoalan: Pasepa pulak ada pihak UMNO-BN nak hingaq? Kononnya PAS ikut telunjuk DAP?
Jawapan oleh YB: Bumi ni bumi Allah, untuk semua manusia, melayu cina india semua. Habis tu kalau tak buat NAK SIMPAN MANA? Bukan ka UMNO-BN yg usul dulu? so pasepa nak politikkan?
1-0
YB V. Sivakumar: Isu DAP anti melayu anti Islam, isu Kavadi Najib dan Kalung Anwar.
Ulasan:
1) DAP tak pernah anti Melayu, tak pernah anti Islam. Media perdana UMNO BN yg gunakan taktik untuk konon takutkan rakyat. Dalam perlembagaan DAP sendiri ada tertulis "Menjunjung Perlembagaan Persekutuan" di mana di dalam perlembagaan persekutuan sendiri tertulis hak istimewa orang melayu dan agama Islam sebagai agama Rasmi negara. DAP respek dan menjunjung benda ini sejak penubuhan. Mengapa nak label DAP anti melayu dan anti Islam?
2) India ada tiga perayaan. Deepavali: adat. Punggel: adat. Thaipusam: AGAMA. So Najib memakai KAVADI adalah mengikut keagamaan Hindu..(nilai sendiri). Anwar dikalungkan bunga biasa dan adalah adat.
3-0
Saudara Rafizi Ramli: Isu NFC. Bagaimana ia bermula, bagaimana ia terbongkar.
Ulasan:
1) Dato Seri Anwar bertanya di dalam Parlimen 2008. Menteri Pertanian berkata: Projek "berjaya" katanya.
2) Laporan Ketua Audit Negara - telah dibongkarkan bahawa kerajaan melalui kementerian pertanian telah memberi bajet RM250 juta untuk PERTERNAK MISKIN dan PERTERNAK MUDA (yg baru nak start). Persoalan timbul, mengapa nak salurkan duit pun nak ada orang tengah iaitu NFC? kalau buat jalan, pasang tiang lampu boleh la ada orang tengah. ni nak sua duit saja pun..appaa daa punya putaq..Kes ni dibangkit kan dalam parlimen sejak 2008 dan 2010 baru terbongkaq..maknakata dah 2 tahun buang masa ja.
3) Rafizi ke ladang NFC di Gemas - Menyamar seorang tauke ingin membeli lembu untuk raya Haji. Apa yg berlaku, ketika itu hanya ada seorang kerani di pejabat penjualan lembu NFC tersebut. maka proses jual beli pun berlaku ketika itu. Apabila disoal untuk membeli 20 ekor lembu, dimaklumkan lembu tidak cukup. Ai, projek 250 juta takkan 20 ekoq pun tak cukup? Si kerani memaklumkan biasanya hari-hari pun sembelih dalam 10-15 ekoq saja. ai sudah pelik berbunyi ni. Dan akhirnya si kerani berkata:"kalau tuan nak beli jugak, boleh beli direct ke tuan punya lembu2 ni, sebab yg dok sembelih hari2 pun hantar ke restoran2 dia saja". Disoal pulak oleh saudara Rafizi, sapa tuan punya lembu2 dan restoran2 tu? tertera lah nama2 yang dok populer la ni...Dato Shahrizat Abd Jalil, Dato Mohd Salleh Ismail (suami dia) dan anak2 dia lah..jeng jeng jengggg...5000 hektar beb..apa kejadah 20 ekoq lembu pun takbleh ada.
4) Siasatan diteruskan lagi. apa kaitan kondo dengan restoren? haa setelah tadi di pejabat NFC, Rafizi mendapat info dr kerani yg tuan punya lembu ni ada restoren, maka dia pun p lah di salah satu resturen yang disebutkan (ada banyak, 6 kot). Dan diselidik disoal, ditanyalah tuan punya dok mana...si pekerja restoren tu pun kata lah.."ada di atas.." atas kondo lah tu..Pastu disoal lagi..kedai2 cawangan ni ada kat mana lagi...
3 di malaysia, 3 di singapore...pummmm berlepaih p singapore plak si Rafizi ni.
5) Siasatan di Singapore..serupa seperti dilakukan di malaysia..di bawah restoren di atas kondo..Tapi bezanya di singapore ialah, tak payah susah2 nak cari info tuan punya..just letak alamat di online pejabat tanah singapore, then keluaq la meneru menera nama tuan punya alamat tu..jeng jeng jeng..mohd Salleh Ismail..uhuhuhu kantoiii lagiii...
6) Antara sebab kononnya diberi peruntukan 250 juta ni ialah..nak bawa teknologi perlembuan dari australia dan new zealand ke malaysia..tapi....yang dibawa gemuk2..naik kapai 2 minggu..kuruih habih semua..pastu dari port klang pulak nak bawak p gemas..berasak2 bersangkut2..habih dah dekat setengah mati...camna nak maju?
So..dengan macam ni punya analisis..adakah masih nak tanya sapa habaq kat dia?aduih..Shahrizat..step down la...buat malu muka najib ngan mahathir ja..pak lah takpa..dia buat tak heran ja..
Terlalu banyak benda yang kalau di teliti dari awal, semuanya bersangkutan dengan strategi UMNO dan strategi Mahathir..so..sapa yg jahat sebenaqnya?
Chua Soi Lek ada berkata dalam debat bersama Lim Guan Eng pada sabtu 02/18/2012:
"Kami (MCA) berani lawan UMNO mengenai hudud. DAP berani?"
Jawap Lim Guan Eng:
"Kita menghormati hukum hudud kerana ia adalah hukum agama Islam, begitu juga kita minta mereka menghormati agama kita".
So dalam isu ni sapa yang Rasis? terang lagi bersuluh kan?
No comments:
Post a Comment