Bersambung dari kisah pengenalan saya sebelum ini, pasepa saya berani kata ceramah PAS ni menarik?
Cuba tuan-tuan pikiaq tengok. Dari sekecil bayi kita di ajaq untuk mengenal Allah, mengenal malaikat, mengenal kitab dan mengenal Rasul-rasul. Dan dengan itu kita belajar menyembah Tuhan yg Maha Esa, berselawat ke atas Nabi SAW dan sebagainya. Maka penerimaan kita ialah Allah ialah Tuhan kita yang telah mencipta kita, diturunkan Rasul untuk membimbing kita selama-lamanya. Tengok term saya SELAMA-LAMANYA.
Senang saja nak paham statement ni. Senang cerita, dunia ni Tuhan PUNYA. Dia berhak nak buat apa pun terhadap apa yang Dia buat. Suka hati Dia la. Dan kita sebagai makhluk tidak layak dan tidak berhak menuntut apa pun melainkan dengan keizinan Allah SWT. Nafas kita, nyawa kita, kerlipan mata kita, bulu hidung kita, tadak sapa lagi dalam dunia ni yang boleh merekacipta semua ini dengan sebijik macam yang Allah SWT cipta dengan kita. TIDAK BOLEH dan TIDAK AKAN BERLAKU melainkan dengan keizinan Allah SWT. Ini adalah pegangan kita dan tadak sapa pun boleh mensyirikkanNya. Maknakata, kita tidak boleh TAKUT dengan SIAPA pun melainkan Allah SWT. Kita tidak boleh bangga dengan apa pun yang kita ada dengan perasaan bangga terhadap kemampuan diri, walhal semuanya ketentuan Allah SWT yang mengurniakan kita bermacam kelebihan masing-masing.
“UMNO pembela nasib melayu”, “Tanpa UMNO melayu merempat”, “Ketuanan Melayu terjaga dengan UMNO”, “UMNO memastikan hal-ehwal melayu terjaga”, “Tanpa UMNO kita tidak akan mencapai kemerdekaan”, dan bermacam-macam lagilah slogan-slogan yang digunakan untuk memenangi hati rakyat. Adakah depa sedaq yang statement-statement sebegitu boleh membawa kepada syirik. Mereka yakin bahawa merekalah yang menanggung nasib melayu, mereka yakin bahawa merekalah yang boleh memberi rezeki kepada orang melayu. Tanpa mereka rakyat akan menjadi miskin, rakyat akan menjadi mundur dan sebagainya. Ini tuntutan mereka.
Berbalik kepada kisah saya yang berumoq 13 tahun pada 1999, di mana time tu baru lah saya belajaq mengambil tau hal2 yang berlaku dalam Negara umumnya (amik tau takat mana budak form 1 boleh pikiaq la). Time tu baru saya start mendengaq ceramah Allahyarham Fadzil Noor, Tok guru Nik Aziz, apabila depa ni turun padang. Ketika itu seingat saya di anak bukit. Pada malam itu pemerhatian saya berubah. Sebelum ini, kalau tengok tv, mahupun kadang2 ceramah ‘motibasi’, apa yang cuba dibrain wash ialah Melayu,melayu,melayu,melayu,umno,umno,umno,umno. Tak habih habih. Tapi bila dengaq ceramah Tok guru Nik Aziz malam tu, dengan tazkirah dan penyataan ayat-ayat quran dan hadis, saya terpikiaq la jugak. Betui jugak selama ni kita dok mengaji agama Islam, kita ni umat Islam, pasepa yang depa dok laung umno umno umno. Umno ni bela Islam ka? Tepikiaq la jugak kan, pemimpin nombot satu kita ni namanya Islam, tapi kalau masuk tv ka, ceramah ka apa ka tak pernah pulak mister prime minister kita ni nyatakan walau perkataan Allahuakbar, Alhamdulillah, apatah lagi nas-nas dari al-quran dan hadis Rasulullah SAW. Pembela agama ka macam ni. Orang kata pemimpin ni dalam bahasa arab, Imaam. So di mana nak Nampak kebaikan sesebuah Negara tu mestilah pada Imaamnya. Peribadi pemimpin tu sendiri bagaimana, kehidupannya bagaimana, akhlaknya bagaimana.
Pendekata, masa tu saya teramat kagum yang teramat sangat dengan ucapan Tuk guru Nik Aziz dan Allahyarham Fadzil Noor. Karekter pemimpin Islam tu ada. Itu pemikiran saya ketika berusia 13 tahun.
Dan berbalik kepada tahun 1999, ketika itu heboh dan telah berlaku di mana peristiwa penutupan Sekolah Agama Rakyat (SAR), banyak terutamanya time tu kat Kedah, Kelantan, Terengganu, dan lain2 lagi lah. So kita yang kanyiaq ni pelik la jugak, apa kejadah nak p tutup sekolah2 agama tu. Di sini apa yang kita boleh pikiaq, watak Islam itu sendiri sedang dipesongkan, kononnya Islam itu mundur, Islam tidak sesuai, dan sebagainya lah. Itu kata mereka. Dah Lama Daaaaaaah…
Jika kita baca dan kaji mengenai Mustafa Kamal Ataturk yg digelar bapa pemodenan Turki, kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah adalah berpunca dari beliau. Beliau yang sememangnya berdarah yahudi laknatullah, dengan bantuan yahudi sedunia, memupukkan semangat nasionalisme dan memperjuangkan pemodenan, dengan tuntutan Islam tidak mampu membawa kemajuan. Tengok betui-betui, NASIONALISME. Rupa-rupanya NASIONALISME ni adalah agenda yahudi Tuan-tuan! Mereka memesongkan pemikiran umat manusia dengan semangat nasionalisme ini lah. So, masih tak Nampak lagi?
So, apa beza nya kalau kita masih nak menuntut hak ketuanan, mementingkan semangat kebangsaan?
Dengan hal-hal sebeginilah saya menyokong PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seluruhnya. Pasepa? Senang, tengok lah Islam itu secara menyeluruh. Tengok p lah macamana pun, Islam pasti akan ada jalannya. Saya tak sokong PAS sebab PAS. Saya sokong PAS sebab Islam. Itu saja jalannya.
UMNO memperjuangkan Islam? Di Negara kita yang pada dasarnya mengaku ‘Negara Islam’, kita ada kilang arak yang besar di shah alam, tepi jalan lagi tu. Di Negara kita yang pada dasarnya menyertai pertubuhan OIC (owh, I see), Kita masih membiarkan melayu Islam mabuk arak, berjudi di pusat judi terkemuka di genting, masih ada yang membeli saham arak terbesar di asia, dan bermacam macam lagi.
Siapa pemimpin Negara kita? UMNO kan..
So masih sanggup nak jawap depan Allah SWT nanti di akhirat, yang kita memilih UMNO? Sebab apa? Melayu?
Hari ini, saat saya menulih blog ni, umat bukan Islam sedang menyambut Valentines Day. Kita ummat Islam HARAM menyambutnya, simply kerana dua sebab:
1) Kita menyambut hari kejatuhan Islam di Sepanyol
2) Kita menyambut hari penubuhan Negara HARAM ISRAEL
Yang bukan Islam tidak faham taka pa, seperti Karpal Singh dan lain-lain.
Yang ISLAM ni gatai jugak nak sambut pasepa? Tu pun jangan, menteri botak Nazri Aziz boleh kata:
“Apa dengan sambut satu hari boleh rosak akidah kita ke?”
Astaghfirullahal ‘azim..
Pikiaq2 tengok la no..
No comments:
Post a Comment