Thursday, April 11, 2013

Sapa dia Ikatan Muslimin Malaysia, Melayu Sepakat Islam Berdaulat, dan Arus Baru(a) ni? (sebut gaya mahathir tanya "sapa dia khairy ni?")

Mungkin ramai yang dah tau.
mungkin ramai yang dah kenai.
betui ka?
mengikut penyelidikan, dalam 100 orang, hanya seorang yang tau apa dia ISMA.
depa ni akan bertanding atas tiket BERJASA, satu parti yang hidup segan mati tak mau, tapi pernah menolong BN memecahkan undi pada pilihanraya 1974 dulu.

apa agenda depa? Negara Islam.

Tapi,
tolak bangsa lain. melayu saja. serupa macam umno saja la. awat tak join umno teruih under biro agama?

depa tolak non muslim.
depa tolak cina, depa tolak india dari ada perwakilan dalam negara.

nak tau depa ni macamana?
sila baca hujah di bawah:



depa ni kononnya, "Pendirian ISMA tetap dengan hujah, ISMA sedia muzakarah."

[1]

Satu lagi kepincangan yang masyarakat awam dapat kesan dengan mudah pada ISMA adalah kegagalan mereka untuk "walk the talk"

Contohnya dakwaan seperti di atas, kononnya pendirian ISMA berdasarkan hujah. Walhal umum mengetahui bahawa.kepakaran ISMA adalah dalam membina persepsi terlebih dahulu, hujah atau fakta dikemudiankan.

Keupayaan ISMA membina persepsi sudah menghampiri kepakaran Barisan Nasional dan apendaj medianya membina persepsi ke atas sesuatu isu, khususnya melibatkan isu agama dan kaum dalam menakut-nakutkan orang awam.

Contohnya ISMA menggembargemburkan mengenai kehilangan kuasa Melayu dalam Parlimen di bawah pentadbiran Pakatan. Ini satu persepsi, kerana hakikatnya

1/ Mana pernah Pakatan memegang pentadbiran lagi, tiada rekod di peringkat persekutuan. Manakala di peringkat negeri pula, ISMA memakan umpan media kawalan BN mengenai isu2 setempat, walhal rakyat awam khususnya setempat mengakui kuasa Melayu tidak tergugat. Hatta di bawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang, faktanya, pentadbiran DAP meningkatkan bajet ke atas hal ehwal agama Islam - menambah elaun guru Kafa, bajet kepada masjid2, membina bangunan baru mahkamah syariah dsb. Ini faktanya. Isma mendatangkan persepsi bahawa jika Pakatan memerintah, kuasa Melayu lemah. Tetapi fakta menunjukkan perkara yang berlainan.

2/ Jumlah calon Melayu dalam Pakatan lebih ramai dari calon Melayu dalam Barisan. Semua parti-parti komponen dalam pakatan, mempunyai ahli Melayu. Dalam DAP ada ahli Melayu, dalam PKR ada ahli Melayu, dalam PAS ada ahli Melayu. Walhal dalam Barisan, kita tahu cuma UMNO sahaja ada Melayu. Saya tak tahu la kalau saya je terlepas pandang bahawasanya ada ahli Melayu dalam MCA dan MIC.

3/ Persepsi yang didatangkan ISMA adalah kononnya suara Melayu/ISLAM didalam Pakatan tidak bersifat dominatif berbanding suara bukan Melayu. Atau dalam bahasa ringkasnya - yang ISMA sering laungkan - PAS gagal mengawal DAP. Itu persepsi yang ISMA timbulkan. Faktanya, apa yang dipraktiskan PAS adalah tahaluf siyasi, tahaluf siyasi tidak bermaksud untuk mengawal sesiapa (bukan melayu kawal melayu atau vice versa), bukannya menjadikan mana2 pihak sebagai tunggangan mana2 pihak. Faktanya jika kuasa dominatif menjadi ukuran, maka kita melihat kegagalan yang lebih besar pada UMNO didalam Barisan yang tidak dominatif ke atas MCA yang terang-terangan menolak hudud. Ini tidaklah menghairankan kerana umum mengetahui, hatta didalam UMNO sendiri terdapat pihak yang menolak hudud, masakan taik dapat mencuci taik?

Ini antara contoh yang dapat saya berikan mengenai sikap Isma iaitu membina persepsi. Malahan, bukan sedikit dalam kalangan ahli ISMA yang membakulkan semua - liberalisma, pluralisma, kristianisasi - dalam satu bakul. Hal kristianisasi contohnya, tanpa menafikan ianya wujud di Malaysia (sebagaimana wujudnya juga Islamisasi, dan juga apostasi), fenomena ini telah di-highlight secara hiperbola sehingga ada segelintir yang bila tengok gereja atau nampak buku bible sahaja terus rasa prejudis dan takut.

Persepsi yang dibina ISMA bukanlah memfokus ke atas membina keyakinan umat Islam bagi berhadapan kristianisasi, sebaliknya menakut-nakutkan rakyat. Fokus yang sama, jika diberikan kepada Usaha2 dakwah ke atas orang bukan Islam (Islamisasi) pasti mendatangkan kesan yang berbeza. Dengan teguhnya Islamisasi, jika selama ini kita umat Islam yang intimidated by kristianisasi, kita boleh gain the upper hand iaitu kita pula yang intimidate mereka dengan Islamisasi.

Perihal dakwah ke atas bukan Islam tentu sekali sesuatu yang asing ke atas Isma, kerana faktanya seruan2 kebangsaan Isma yang memfokus ke atas Melayu sahaja tentu sekali tidak menyumbang ke atas proses Islamisasi di negara kita. Malahan kenyataan yang dikeluarkan seperti "bukan Melayu tiada peranan mendaulatkan Islam di Malaysia" lebih mengguris hati orang Islam bukan Melayu di negara kita.

Ok itu bab pertama, mengulas statement "pendirian ISMA berdasarkan hujah", saya sangkal dengan "ISMA membina persepsi, bukan hujah".

Resource: FB Mohd Syamirulah Rahim dalam post oleh Azlan Shah Nabees Khan.


sudah terang lagi bersuluh, depa ni memang berpihak kepada barisan nasional.

No comments:

Post a Comment