Monday, April 22, 2013

Banner Fitnah


Semalam saya berkesempatan duduk mendengar ceramah kelompok di  Markas PAS Taman Mutiara, Sungai Kob, Karangan, Kedah.

Ada Lima penceramah kesemuanya.

Saudara Rizal, Ketua Penerangan PAS Padang Serai.
Ustazah Dato Siti Aisyah, Calon PAS Dun Merbau Pulas.
Ustaz Shahabudin, seorang pengajar setempat (sudah 7 kali ditukarkan tempat)
Uztaz Sharkawi, Calon Dun PAS Bagan Serai
Dan N. Surendran, Calon PKR Parlimen Padang Serai.

Bukan nama calon atau penceramah yang saya nak utarakan.
Sebenaqnya apa isi-isi kelima lima penceramah ni, semua benda yang dah terbukti secara fakta dan prosedur, jelas dan sudah sampai titik penyelesaian.

Tapi key point semalam yang saya Nampak selari dalam kesemua lima-lima penceramah semalam, ialah menangkis fitnah banner yang digunakan umnoBN yang dipasang di merata jalan dan tempat. Tak salah pasang banner untuk promosi, tapi jangan fitnah, itu yang paling utama. Nak menarik perhatian rakyat biaq jujur, jangan main kotor. Sebab main kotor lama lama akan naik kudis, lepas naik kudis kalau tak bagi ubat lama-lama akan berkulat.

Tang mana kotor? Tang mana fitnah?
“KUIN Hancur, PAS tak mampu tadbir Kedah”.
“Balak ditarah, PAS tak mampu tadbir Kedah.”
“Kalimah Allah milik orang Islam, PAS jangan jual AGAMA!”
“Selamatkan Madrasah Salihiah, PAS jangan jual AGAMA!”

Ini antara tohmahan yang mana telah sebenaqnya lama dah diselesaikan dan diulas dengan jelas oleh semua perwakilan PR baik PAS, PKR mahupun DAP sekalipun. Dan rasanya boleh kata 100% rakyat Kedah yang duduk di Kedah boleh Nampak banner yang tertulis benda2 ni di mana mana.

Dan kelima-lima penceramah semalam menarik minat ratusan penduduk Taman Mutiara semalam dengan penerangan yang ke berapa kali pun tak tau lah untuk banner banner yang disebut kat ataih ni. Kesian tengok kat depa terpaksa ulang ulas banyak kali dek kerana  tidak diberikan peluang penjelasan di media arus perdana. Tapi depa teguh, tak tau lah kalau ada lagi orang yang tak Nampak kesungguhan depa menjelaskan ketidakbenaran banner2 di atas.

Ketua Penerangan PAS Padang Serai, Saudara Rizal menerangkan “KUIN Hancur, PAS tak mampu tadbir Kedah”. Celah mana KUIN Hancur? Zaman di bawah pemerintahan BN, KUIN hanya menyewa rumah kedai untuk meletakkan pengajar dan pelajar. Nak belajar pun kena menumpang. Dibawah PAS 2008 Ustaz Azizan telah membeli rumah kedai tersebut, dan kini dalam fasa pertama menyiapkan KUIN Induk di Kuala Ketil yang berjumlah RM330 Juta untuk menampung kemasukan yang semakin ramai. Dato Noh Omar (BN) sendiri mengakui, kalau BN yang buat projek ni mungkin mencapai RM1.5Billion. Ini persepsi oleh orang BN sendiri. PAS bukan kata menghancurkan malah menambah baik. Isu dalaman KUIN yang digembar gemburkan seperti gaji dan sebagainya adalah isu tidak professional mereka mereka yang kerja di KUIN sejak dizaman BN, tetapi tidak boleh menerima pertukaran kuasa kepada PAS, lantas melakukan kerja kerja tidak professional seperti melambatkan atau menangguhkan proses verifikasi, pengesahan projek dan sebagainya. Kes Plaza Tunku Yaakob juga berlaku atas ketidak professionalan Rasli Basir, Pegawai KCS yang melambatkan pengesahan perobohan(untuk menaikan Aman Central) yang sepatutnya berlaku pada 2010-2011, tapi ditangguhnya sampai 2012. Ini isu KUIN.

Mantan dan Calon DUN Merbau Pulas, Ustazah Dato Siti Aisyah lagi lantang. “Balak ditarah, PAS tak mampu tadbir Kedah.” Balak ditarah, tapi keluasan hektar yang sama, boleh untung RM80 Juta pada 2012 berbanding RM8 Juta pada zaman BN perintah Kedah. Diulang, dengan keluasan yang sama. Mana p RM72 Juta sebelum ni? Orang BN dakwa katanya PAS potong balak mengikut pilihan saiz. Memang betui pun, PAS potong balak mengikut procedure jabatan perhutanan Negara, ada saiz yang tertentu baru boleh potong balak tu, dan kawasan yang telah dibalak ditanam semua tanaman buah buahan bagi mempelbagaikan sumber tanah Kedah. Isu parit lecah, tasik kotor dan sebagainya tak pernah timbui, cuba p sniri di Pedu, jangan takat tengok tv saja. Kenapa zaman BN tak timbui pulak isu “Balak Ditarah”? keluasan yang sama kan? Ustazah jugak menerangkan bagaimana Kerajaan PR Kedah memberi bajet sebanyak RM600k dan RM1.5m buat sekolah sekolah cina dan india, disamping memberi contoh bagaimana Lim Guan Eng yang selalu dicemuh anti Islam itu, memperbaik sekolah sekolah agama rakyat di pulau pinang. 

Kalau p pulau pinang hari ini, semua sekolah pondok  sekolah baru, bangunan baru dan sebagainya.
Ustaz Shahabudin mengulas isu “Kalimah Allah milik Orang Islam, PAS jangan jual Agama” dengan simple, tepat dan pendek. Dia kata: Tuan tuan baca fatihah berapa kali sehari? Ayat kedua surah fatihah hari2 17 kali baca. Tak kira lagi dalam solat2 sunat. “Alhamdulillahirabbil’alamiin”. Segala puji bagi Allah, Tuhan SEKALIAN ALAM. Tuhan SEKALIAN ALAM. Sekali lagi saya ulang, TUHAN SEKALIAN ALAM. Allah tak kata pada manusia yang bukan Islam “Hangpa jangan sebut nama aku”. Adakah dengan cara penerangan sebegini, ada pihak nak kata PAS jual agama demi raih undi? Apa tak benarkah, Allah Tuhan Sekalian Alam? Kemudian penerangan selanjutnya oleh ustaz din, mengenai prosedur pengesahan, siapa yang bagi kebenaran dan sebagainya, tapi masih nak menuduh PAS. Walhal kementerian dalam negeri, di bawah perintah perdana menteri sahaja yang boleh bagi kebenaran sebegitu. Sejurus selepas isu ini, ustaz din menerangkan kalau undi bn dapat apa dan kalau undi PR dapat apa, mudah. Undi BN – GST, Minyak naik, bayaq tol, ramai penganggur, rakyat tertekan dengan hutang Negara. Undi PR – semua yg ada kat BN tadi tiada. Mudah.

Ustaz Sharkawi, yang lebih dikenali ramai sebagai ustaz Rempit (dek kerana pantas beliau menyampaikan hujah tanpa sangkut), juga menerangkan bagaimana penerimaan rakyat di tempat beliau Bagan Serai khususnya masyarakat cina dan india. Juga beliau menceritakan kisah-kisah brainwash oleh pensyarah2 umno (bukan puan listen, tak diiktiraf umno sendiri) kepada guru-guru dan sebagainya. Tapi point yang paling penting yang saya sendiri tak pernah tau, ialah beliau menyatakan proposal PR apabila Berjaya memerintah, lima buah lagi university teknikal akan diwujudkan, KHAS buat mereka yang gagal dalam SPM. Mereka ini akan diambil bekerja di tempat2 yang akan diadakan, seperti perkilangan dan sebagainya, dipantau selama setahun dengan gaji minima RM1100, kemudian selepas setahun akan diberi ujian bertulis serta praktikal, jika lulus akan diberi sijil kemahiran. Tahun kedua dan ketiga juga akan berlaku yang sama, selepas itu diberi sijil diploma dan tahun2 mendatang akan diberi sijil ijazah dan sebagainya. Ini adalah untuk menyesalaikan masalah rakyat yang susah mendapat kerja hanya kerana gagal spm. Bukan angka sedikit, 3 juta rakyat mengikut statistic gagal dalam spm. (gagal dalam erti kata tidak mendapat keputusan yang baik dan susah untuk mendapat kerja). Gaji akan ditingkatkan mengikut kemahiran dan bukan lagi sijil semata-mata. Bukan nak pertikai keberkesanan Pusat Giat Mara tapi lebih kepada memberi lebih pendidikan kepada rakyat. Ini satu proposal yang sangat baik untuk dipertimbangkan.

Akhir sekali N. Surendran, calon PKR Padang Serai yang ditolak sesetengah pihak (kalau tidak masakan ada 5 calon di Parlimen Padang Serai, adalah sorang tu saja claim calon berwibawa, nama apa? Hamidi ka apa? Tak turun padang pun tapi ber’wibawa’). Beliau menerangkan kebanyakan yang semua pimpinan PR terangkan seperti didalam manifesto PR. Antaranya yang diterangkan, ialah menubuhkan Suruhanjaya ANTI MONOPOLI. Ini benda yang saya personally nanti-nantikan dan harap sangat ia berkesan dan Berjaya. Beliau menerangkan monopoli yang tidak sepatutnya berlaku dan tokoh-tokoh monopoli seperti SMAB, AK dan RK tu perlu dibanteras. Mereka mendapat kontrak mudah bukan berdasarkan kredibel. Contohnya Pembelian asset Proton oleh SMAB, hanya berjumlah RM1.5Billion. sedangkan asset di dalam Proton berjumlah RM50 Billion. Ada syarikat lain yang menawarkan pakej dan program yang lebih baik dari SMAB, tapi mengapa SMAB yang dipilih?

PAS tak mampu tadbir Kedah adalah fitnah paling besar dalam banner banner tersebut. Orang depa sendiri yang buat laporan audit Negara, dengan bukti-bukti kukuh bajet surplus setiap tahun pada tiap negeri PR terang-terang menyatakan mereka mampu mengawal pengurusan negeri dengan baik. Sebaliknya yang tiris, seperti NFC, PERMATA, kementerian belia dan sukan, tidak pernah terjawab persoalan ini ke mana hilangnya wang-wang kita ini.

Hairan, dengan kerjasama tanpa unsur perkauman yang wujud dalam PR seperti ini, masih ada pihak yang cuba nak melaga anginkan rakyat supaya takutkan PR. Anda bercakap mengenai “cina tepuk tangan”, “cina nak rampas Negara”, “cina nak kristiankan Negara”. Anda yang racist. Bak kata Tuan Ibrahim Tuan Man, “Allah tak kata pun dalam Quran ‘Wama arsalna ka illa rahmatallilmalayuwiiin”.

No comments:

Post a Comment